Showing posts with label Kongsi. Show all posts
Showing posts with label Kongsi. Show all posts

Tuesday, December 20, 2011

Ya aku kacak



Dari dulu lagi orang panggil aku kacak. Pada mulanya
aku fikir mungkin mata diaorang rabun. Masakan muka
sebegini dipanggil kacak. Makin lama makin ramai yang
'rabun' macam tu. "Ini tak boleh dibiarkan," getus hati
kecil aku. Kerap kali aku berdiri depan cermin dalam bilik
aku, memastikan kekacakan yang sering dikatakan orang itu. Tapi berakhir dengan senyuman, ternyata mereka semua memang 'rabun' dalaman.


Makanya aku conteng ini pada cermin burukku.


1. Go to Google

2. Taip kat search bar--> Let it snow
3. Yeappy. snow pun kuar..pastu bole la korang mouse over kat skrin.
ala2 mcm conteng kat cermin keta selepas berembun hihi
*Credit to Jue


**************************************************************


Ok maaf bukan aku yang kacak. Hentikan repekan, mari kita mulakan keseriusan. 

http://kemejakacak.blogspot.com/
Kauorang nampak header atas ni? Barulah betul² layak dipanggil kacak. Ni adalah blog Iz, boyfriend kesayangan classmate aku masa sekolah dulu, Chix. Dua²  pun ada blog shop. Semoga bisnes diaorang semakin maju dan mantap, aminnn.


Ini antara kemeja kacak yang ada dekat blog tu :-

Kemeja kacak Lexie
Kemeja kacak Gibbons
Kemeja kacak Cricter




T-shirt kacak


T-shirt jalur berkolar kacak
Perhatian! Baju² ini mampu menambahkan keyakikan kauorang apabila ia dipakai, terjah http://kemejakacak.blogspot.com cepat² ok. ;D

Kepada para gadis pulak, kalau terasa nak cari barang² comel boleh jenguk blog bawah ni. Macam² gaya ada, bdari skirt comel, shawl cun hinggalah wages and shoes dll. Harga pun boleh tahan cun. 



ZIKIR HARI SELASA
ALLAH HUMMA SOLLI A'LA MUHAMMAD WA A'LAA AALII MUHAMMAD
~Mendapat rahmat Allah dan mendapat syafaat Rasullullah di dunia dan di akhirat~

Sekian, wassalam.
Masih ada plan B.

Monday, October 31, 2011

See Netron




Hai semua, selamat hari Isnin. Terima kasih pada yang sedekahkah Al-Fatihah tu. Semoga saudara² kita tenang di sana, aminnn. Jugak pada yang memuji gambar kapal terebang bergerak tu, kasih anda diterima. Gambar tu sebenarnya aku ambik dari filem pendek bertajuk "I'm Here" dan bukan buatan aku, sebab tu ia cool.


Ni la watak utama cerita tu.



Tapi niat aku sebenarnya nak cerita pasal sinetron atau lebih comel ditaip seeeee netron. Semakin banyak episod , semakin panjanglah ia boleh ditulis. Haha. Selain channel Singapore, tempat aku dapat channel Indonesia jugak. Sila jangan cemburu ye kawan². Empat channel kot semuanya.


Paling ngetop SCTV (tempat kita TV3). Adiknya, RCTI, MNC (sukan²) dengan satu lagi siaran dangdut, tak ingat namanya. Goyang gerudi kot. Eh itu nama tarianlah..


Boleh dikatakan setiap malam lepas isya' mak aku dah duduk depan TV, layan sinetron Puteri Yang Ditukar. Sekali tayang 2 jam, sekarang dah dekat episod 300 kalau tak silap. Kauorang bayangkanlah betapa berbulunya aku kalau terpaksa tengok muka pelakon² lelaki sinetron tu.



Sunday, July 24, 2011

Remembering sunday

Assalamua'laikum sahabat ;)




Entri ni akan lebih gerek kalau korang baca sambil layan lagu atas tu. Kalau korang tak rasa gerek, boleh je luahkan dekat ruangan komen bawah ni nanti.

Apa yang ada pada hari ahad ni? Mesti ramai yang jawab ada manusia yang masih terbongkang atas katil tatkala matahari menunjukkan diri dan bahangnya. Mungkin ada jugak yang jawab tengah berjoging bersama jiran sebelah kiri.. ;D Tapi kalau aku biasanya tengah sapu sampah, tak pun layan dangdut kat channel indo hehehe. Layan lagu pop la, apa barang dangdut. Kata seorang kawan aku. (tapi itu hanya rekaan okeh) ;D

Ikutkan banyak je benda manis dan pahit yang berlaku kat aku pada hari ahad. Tapi lebih baik aku ingat yang manis² je kan. Paling kurang aku boleh tersenyum sambil sapu sampah kat laman rumah.

Masih aku ingat, sementara tunggu masa tayangan kat pawagam, aku makan la dulu. Tapi air yang sampai tu tawar, yang memaniskan cerita ni adalah ada orang yang sudi menambahkan gula dekat air aku tu ;) Korang tak rasa cukup manis ke hari ahad itu? hehehe

Cerita manis lain aku kongsi nanti² ye, nak jumpa jiran sebelah kiri dulu. wassalam.



Wednesday, July 20, 2011

Wordless Wednesday #7

Assalamua'laikum sahabat ;)





Meaning of Wordless Wednesday :

Pada setiap hari rabu, ramai blogger akan membiarkan gambar membebel sedirian.


_________________________________________________


Aku akan cuba post jawapan teka Pantun Mak jah secepatnya.. TERIMA KASIH kepada yang meneka..








Ada siapa² tahu ubat merajuk yang paling mujarab? Please kongsi sama aku dong........

Wednesday, July 13, 2011

Wordless Wednesday #6

Assalamua'laikum sahabat.. ;)



Meaning of Wordless Wednesday :

Pada setiap hari rabu, semua blogger akan post satu gambar di entry mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut. Biar gambar itu sahaja yang bercerita sendiri..

Wednesday, July 6, 2011

Myvi lagi best (sangat)

Assalamua'laikum sahabat ;)



Safuan sedang mempraktikkan teknik apungan diri.


Rasanya ni tajuk yang paling panjang aku pernah gunakan untuk blog bersih aku ni. Tak salah pun kan asalkan bukan tajuk yang mengarut lagi mencarut. Saja aku taip CAPS LOCK tu sebab nak merujuk pada entry si Syrupmasin ni. Kelakar pun ada jugak. Dah macam arahan warden yang garang kepada pelajar²nya yang degil pulak. Kan Sin? ;D

Perkataan BEST tu pulak aku nak rujuk kepada tagline Perodua MYVI baharu tu. Masa TV3 guna perkataan SURE HEBOH dulu tu, masing² pun nak kecoh sebab merojakkan BAHASA MELAYU katanya. Tiba² bila Perodua keluarkan kereta baharu, gunakan bahasa rojak jugak! Adakah kesemua staff Perodua terlalu fasih berBAHASA INGGERIS sehingga segan nak membanggakan dan menggunakan bahasa ibunda sendiri. Ataupun mereka tak jumpa perkataan BAHASA MELAYU yang lebih sesuai. Lagi Terbaik pun ok je aku rasa.

Tak pun Lagi Mantap. Lagi Hebat. Lagi Bagus. Lagi Baik. Lagi Mahal.

Aku tulis macam ni sebab aku rasa aku nak kongsi rasa. Sebab aku rasa benda ni masih boleh diperbetulkan dan sebab aku tengok ramai je yang hantar komen kat surat khabar buatan Malaysia, komen pasal benda yang BESTTT ni. ;D

Wordless Wednesday #5

Assalamua'laikum sahabat ;)


Meaning of Wordless Wednesday :

Pada setiap hari rabu, semua blogger akan post satu gambar di entry mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut. Biar gambar itu sahaja yang bercerita sendiri..







Monday, July 4, 2011

Bocah Cilik

Assalamua'laikum sahabat ;)



*Bocah cilik = budak kecil ;D

Dah nama pun budak kecil, tak sah kalau diaorang kemas balik barang² yang
diaorang dah buat main tu. Kalau bukan mak diaorang, pasti pak cik/mak cik
diaorang yang kena tolong kemaskan. Ke korang rela rumah disepahkan?
mestilah tidak kan..

Ketika aku kecil dulu tak ingat pulak aku rapat dengan pak cik/mak cik aku
yang mana satu. Tapi kalau anak buah aku yang paling rapat dengan aku, dua
orang ni lah, Atiqah & adiknya Balqis. Yang lain tu rapat jugak cuma jarang balik
rumah mak bapak aku je.

Dua² pun kelakar, selalu buat aku gelak. Memang senyuman dapat
menyenangkan hati orang lain kan, lebih² lagi budak kecil punya senyuman.
Budak dua orang ni suka sangat ikut belakang aku, nak mintak dukung. Mungkin
aku ada ciri² bapak penyayang kot hahha.

Biasanya lepas aku siap mandi nak
masuk bilik, diaorang mula la sibuk nak masuk sekali. Ketuk punya ketuk aku tak
layan, yela takkan nak kasi diaorang tengok aku pakai seluar luar kan? Crazy apa!

Si Balqis siap meyamar jadi abg aku. Serius lawak gila masa tu HAHHA.
Sambil tangan ketuk² pintu dia jerit...

"Usop!! ni Johan ni. Usop! Usop!"
(dengan suara dibesar-besarkan)

Kakak dia duk gelak je kat sebelah.. ;D

Aku buat tak layan je, lepas tu dia menyamar jadi bapa aku pulak, atuk dia.

"Sop! Sop! Abah ni.. Sop! sop!..."
(pun dengan suara dibesar-besarkan)

Lepas siap pakai baju dan seluar, aku bukak pintu,
kami terus gelak macam tengah tonton FINAL MAHARAJA LAWAK 2011...

Gambar 3 tahun lepas kot.


*Lupa aku nak kongsi trick isi minyak petrol murah dari iwan_dextrous ni. Kalian boleh klik minyak ni. Buat apa membazir kalau boleh berjimat.. kan?

Wednesday, June 29, 2011

Wordless Wednesday #4

Assalamua'laikum sahabat ;)




Meaning of Wordless Wednesday :

Pada setiap hari rabu, semua blogger akan post satu gambar di entry mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut. Biar gambar itu sahaja yang bercerita sendiri..

Friday, June 24, 2011

Hangat² tahi 'chicken'

Assalamua'laikum sahabat ;)



Sekarang ni kalau tanya apa antara cerita 'best' ada kat Malaysia ni, mesti ramai yang akan sebut pasal Kelab Isteri Taat yang tengah hangat² tahi chicken tu. Tapi di tengah² kehangatan tahi chicken tu kalian jangan lupa pulak pasal 'Kelab Suami Curang' yang sebenarnya lebih dahulu 'ditubuhkan.'

Tapi ahli² kelab ni bukan calang² orang tahu!. Diorang ni ada yang bergelar pemimpin politik, badan berpengaruh, bintang filem sampailah yang bergelar ahli sukan bertaraf 5belas bintang.










Bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton.









Bintang golf, Tiger Woods.











Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi.





Bekas Pengarah Urusan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF), Dominic Strauss-Khan.










Bintang filem popular dan bekas Gabenor California, Arnold Schwarzenegger.









Bintang pasukan Manchester United, Ryan Giggs.


Nak kata hidung belang tak jugak sebab semua mamat berpengarauh tu berimej baik, ada isteri cun lagi. Tapi ada pulak isteri yang dah tau laki dia jenis 'taat' macam tu pun masih tetap sokong dari belakang. Contoh macam Hillary Clinton, Stacey Giggs dengan Anna Sinclair Strauss-Khan. Satu benda yang pelik, sebahagian besar wanita yang jadi teman ranjang diorang ni ada iras dengan isteri diorang. Adakah itu dinamakan kesengalan?


Sumber : Bharian

Thursday, June 23, 2011

Your brain head!

Assalamua'laikum sahabat ;)


Kepala otak engkau! kasar pulak bunyi ayat tu. Jadi aku gunakan ayat omputih, lembut sikit bunyinya.
Gambar dicilok dari sini


*Kalau rasa 5minit kalian terlalu mahal untuk info ni. Sila abaikan.

OTAK hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berZIKIR dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah, seperti SUBHANALLAH, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila ZIKIR disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berZIKIR otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berZIKIR, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang ringan kepentingan berZIKIR dan mengabaikannya.

Wednesday, June 22, 2011

Wordless Wednesday #3

Assalamua'laikum sahabat ;)



Meaning of Wordless Wednesday :

Pada setiap hari rabu, semua blogger akan post satu gambar di entry mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut. Biar gambar itu sahaja yang menceritakan segala-galanya sendiri..

Monday, June 20, 2011

Masuk kasut orang

Assalamua'laikum sahabat ;)



Semalam aku dengan Amin Pokok Pidot, makan nasi minyak kat majlis kahwin akak kawan aku, Khair. Sempat jugak rosakkan 1 lagu Aizat Amdan, bukan selalu dapat karaoke free macam tu kan. Diorang pulak duet lagu brader Rahim Maarof, Cinta Kristal. Ala yang Husin nyanyi masa Hantu Kak Limah Balik Rumah tu. Memancor katanya. Lepas tu kami borak² sikit sambil layan sorang brader ni nyanyi lagu Memori Daun Pisang, 'mantap' habis lah. ;D

Tak sampai hati nak layan lagu tu sampai habis, kami pun beramb dari situ. Jenguk rumah kawan kami yang baru bergelar bapak budak tu, Halim. Alang² jenguk sekali la baby dia kan. Akil Aiman nama diberi, semoga menjadi insan yang berbudi. ;) Aku tertinggal DSLR dekat kedai kamera, tak dapat la snap gambar baby comel tu.

Tapi yang aku nak kongsi kat sini perasaan Halim tu bila tengok dia dah ada anak sendiri.

Saja aku letak diri aku kat tempat dia.. Bukan calang² woa nak jaga anak orang, tambah lagi dah ada anak sendiri. Salute lah kat beliau!

Kembara Mahkota Johor 2011

Assalamua'laikum sahabat ;)


Kembara Mahkota Johor 2011

Kembara kali ni memang enjoy lah! Mula² kami memang plan nak gerak ramai-ramai. Tapi macam mana ntah 1 jentera buat hal. Terpaksa la tungg kejap. Godeh sana godeh sini sikit, settle. Tapi tu pun dekat 25minit jugak la. Ada sorang geng, Mustaadha nama beliau. Kurang sabar, dah terlebih teruja. Sanggup dia nak gerak dulu sorang². Kami nak halang pun tak boleh la kan, dia dengan jentera sendiri.


Mustaadha : "Woi korang lambat lagi ke? Aku gerak dulu la"

Kami : "Takpe la kalau dah teruja sangat, ko gerak la dulu"

Mustaadha : "Aku tunggu kat bla² bla.."


Tak lama lepas tu kami pulak gerak lepas jentera aku siap digodeh. Macam biasa la nak kembara ramai² teruja habis wa cakap sama lu. Tapi mood tu agak terganggu bila kami tiba kat tempat yang Mustaadha tunggu tu. Masa tu dia baru je 'nikmati' 1 eksiden dengan motor lain, nasib baik jentera je yang cedera. Dia masih steady.

Tapi jelas terpancar emosi dia tercedera bila tengok jentera warna pink dia dah jadi macam tu.

Tapi satu yang agak sengal tiap kali nak kembara mesti masing² malas nak bawak air jarang (air masak). Masing² sanggup kering tekak di bawa terik mentari.. kononnya.

Tapi yang sebenarnya tu terjadi ketika aku kecil hehehe. Saja nak promote kembara Mahkota Johor 2011 tu plus aku tak dapat join. Jentera kami masa tu basikal BMX je. Aku sangat sayang aktiviti ber-BMX dulu² dengan kawan. Kembara tu masuk kebun je pun. Lepas eksiden aku tak ingat, kami pilih Plan B kot (pun aku tak ingat apa plan tu).

Wednesday, June 15, 2011

Wordless Wednesday #3

Assalamua'laikum sahabat ;)





Meaning of Wordless Wednesday :

Pada setiap hari rabu, semua blogger akan post satu gambar di entry mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut. Biar gambar itu sahaja yang menceritakan segala-galanya sendiri..

Monday, June 13, 2011

Rajin!

Assalamua'laikum sahabat ;)



Jangan terkejut jika sehari dua ini

anda dikunjungi oleh orang parti

setelah bertahun tak nampak muka.

Itu tanda PRU 13 semakin dekat.


Ini komen membina!

Kenapa bila pembesar nak datang

baru nak tar jalan dan dibikin cantik.

Adakah ini tradisi dan budaya pemimpin.






Komen² ni hamba cilok dari surat khabar buatan Malaysia~


Wednesday, June 8, 2011

Wordless Wednesday #2

Assalamua'laikum sahabat ;)




Meaning of Wordless Wednesday :

Pada setiap hari rabu, semua blogger akan post satu gambar di entry mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut. Biar gambar itu sahaja yang menceritakan segala-galanya sendiri..

Thursday, June 2, 2011

Hujung Dunia

Assalamua'laikum sahabat ;)




Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang , didapati orang itu ada yang gelak ketawa .

Maka berkata Izrail : "Alangkah hairannya aku melihat orang ini , sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya , tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa."




Jom layan lagu mantap ini!





Aku peroleh reminder ni dari seorang kawan blogger. Tak hingat nama da~



Wednesday, June 1, 2011

Wordless Wednesday #WW

Assalamua'laikum sahabat ;)





Meaning of Wordless Wednesday :


Pada setiap hari rabu, semua blogger akan post satu gambar di entry mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut. Biar gambar itu sahaja yang menceritakan segala-galanya sendiri..




Aku tau benda ni dari Cik Amna.Qadeeja~
Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails