Monday, May 28, 2012

Jom cuti!

Assalamualaikum

Siapa² yang masih bergelar pelajar tu memang seronok lah bila tiba masa untuk bercuti ni kan. Inilah masa diaorang nak jalan² makan angin, inilah masa diaorang nak bangun pagi pukul 11.58 pagi, inilah jugak masa untuk diaorang sama ada menambahkan lemak ataupun sebaliknya, pilihan di tangan masing². ;D

Free MMS from awek HOTlink

Lain pulak yang dah bergelar pekerja ni, masa macam inilah digunakan untuk dirikan rumah tangga.  Masa macam inilah digunakan untuk anjurkan majlis kahwin. Err bukan sama je ke? Bagi aku 'dirikan rumah tangga' sama dengan sederhana, manakala 'anjurkan majlis kahwin' sama dengan sangat tidak sederhana atau boleh dikatakan berlebih-lebihan. Bukankah Islam mementingkan kesederhanaan? ;)


Erti cuti bagi budak² sekolah rendah pulak tak payah cakaplah sebab masing² pun tahu betapa seronoknya bila cuti sekolah tiba kan. Kalau boleh bangun pagi taknak gosok gigi taknak sarapan, terus nak main galah panjang, ting-ting, guli, rounders, sembunyi ibu, cuit tiang, pondok-pondok, tikam-tikam, zero point bla² bla² bla.. Semua permainan tu sangat menerujakan bagi kanak².

Pulak tu dulu badan aku agak debab, main zero point ada dua tiga orang budak perempuan senyum sinis tengok aku main... Mungkin bahagian itu yang selau dipandang budak² perempuan masa kecik dulu kan, oh ye bahagian tu dipanggil punggung.

Ok sebenarnya aku rindu nak bercuti. Teringin nak cuti lepak² dekat pulau dengan sahabat sekampung, rehatkan badan, rehatkan otak. Tak dapat pergi 3 hari, dapat seminggu pun ok.


35 comments:

bukankosong said... [Reply]

best best!

dan esok kami nak gi Langkawi :P

ciksengeh :D said... [Reply]

budak sekarang dah tak main dah ting ting bagai tuu ..

Cik Anita said... [Reply]

yeahh. memang! kalau dah kerja susahnya nak dapat rehat lama-lama. sobs. so hargai masa study!!kalau dah kerja, sampai mati kena kerja beb..

:)

Anisa Hang Tuah said... [Reply]

okay! saya dah berada di penang =)

nabByla said... [Reply]

adik2 kat uma tue sonokla cuti skola.

tapi bgus jugak drg cuti, leh tlg wat keje rumah. hehehe..

aiEz said... [Reply]

zaman masa sekolah masa nak cuti la yg dinanti,bermalasan habisan...nak qada balik semua keletihan tu,haha...

masa cuti ni juga ramai yg kahwin,seronok tgk...tak sedar masa berlalu cepat diri sendiri entah bila,huhu...

*yousof kenapa perlu 11:58 pagi?huhu...~~''

syafiqakarim said... [Reply]

budak2 , pekerja sentiasa menanti kn
cuti.org mcm aku ni sop da muak cuti
haha.


best nih dpt lepak pantai ke mana2

najihah sahami said... [Reply]

Bila dh keje ni xnikmat langsung cuti.

HeNRieTTa JoSe said... [Reply]

huhuhu....xcuti pown....

cimöt said... [Reply]

aku pon tak sabar nak cuti..tunggu abes examm lagi 3 payper!!

nuyui a.k.a miss YUI said... [Reply]

ok,sok cuti..hihi..

p/s: lau nak tmph, t roger aje k =)

NIZAM said... [Reply]

even aku unemployed pun, aku tetap suke cuti. entah. macam best. haha. ape kaitan ntah kan.

Cik tikah said... [Reply]

rindu nak bercuti jalan jauh jauh dgn family. semua bz

ABU said... [Reply]

emm aku ni.. tak denya nak cuti cuti.. weeknd je la yng ada.. kerja kerja kerja..

Fyqa said... [Reply]

yeayyy aku bercuti lagii !

;D

eva said... [Reply]

hohoho rindu nak main zeropoint! seyes rindu nak jadi budak skolah.. jd nerd! hehe

wenkhadi said... [Reply]

zero point....sampai sekarang aku takleh nk lompat tinggi macam zaman budak2 dulu

syahirooAhmad said... [Reply]

bestnya\e kalau dapat cuti sebulan.. tak yah pk pasal kerja.. tak yah pk nak iron baju, lebih2 lagi cuti tu dimanfaafkan .. pi istanbul turkey ke.. wahh tempat yg aku idam2kan.

jalan2.. snap2pix.. makan2.. oh..


* beb.. pasal bb aku dah jawab dlm entri tu.. sepatotnye dalam ni.. haha

Lea Isnawi said... [Reply]

hari hari cuti
org menganggur kannn

eva said... [Reply]

haha semua org ingat masai tu kat johor ek.. saya pun baru tau hehe


ow yang daun tu lekat je dekat papan tu.. nampak mcm 3D kan.. hebat diaorg buat.. tp seyes nampak mcm real..

inche hlovate said... [Reply]

kalo cuti lama sangat macm aku ni bosan gak huhu..

*keje oh keje*

ch000tz axoera ヅ said... [Reply]

kena duduk dendiam sampai bulan sept nnti baru leh coti lelama....yehoooooooo

Nur Aischa said... [Reply]

cuti mmg best :D tp kan budak2 zaman skrg ni mana ada dah main ting ting batu seremban lagi. semuanya lebih kpd it mcm facebook T.T

si robot comel said... [Reply]

cuti kita dah nak habis dah,sobsob

Aqim said... [Reply]

aku baru tamat belajar.
so sekarang tengah bercuti.
seronoknya!
hahaha

Rtp Farra Arisha said... [Reply]

eh, school student in Malaysia dah mula cuti sekolah? tapi tidak di sini. btw what fun! have a great holiday, you guys. :)

chemay said... [Reply]

chemay dah nak start bercuti next week.
jum jalan2 ke pahanggg~
:)

syakey said... [Reply]

3hr tak dapat, apatah lagi seminggu weh? ni lemah matematik ni :P

haihh. cuticuticuti. cuti seronok kalau time tengah blaja, tapi bla dah cuti dah taktau/bosan nak buat apa. itu la manusia, tak cukup2, tak cuti, nak cuti, dah cuti nak tak cuti pulak.

BENA said... [Reply]

aku dah bercuti lameeeeee ! selalu bangun lewat . best jugak jadi penganggur setengah bulan ni . hahaha

amboiiii ayat akhir ko ! tak dapat cuti 3 hari . seminggu pon oke. errrr. HAHAHA :)

IntaNBerliaN said... [Reply]

time cuti ni lah org suka kan.. budak2 blh g jejalan.. :-)

Ezad Skytech said... [Reply]

bila da kerja ni...susah nak cuti..harapkan weekend je la kan..huhu...rindu time2 sekolah, time study dulu...bila cuti je..perghhh..seronok habis...:D

Hanie Dew said... [Reply]

part yg best jd cikgu, cuti sekolah=cuti panjang free.

majlis kawin sederhana mmg lebih baik.sebb nak hidup selepas kawin tu memerlukan byk kos.

ko debab ye masa kecik. hihihihi...

kemain, seminggu die nak.

cikpinky said... [Reply]

cuti mmg best! heee..

anamizu kaito said... [Reply]

sop..


tu ar..cuti2 ceni bersepah kndri kawen sane sini.. gerun guwa nengok and membayangkan kalo guwa jd pihak lelaki.. konfem byk gile hantaran..fuhhh~


time cuti la nak pulun pelok bantal lelame..hehe


bdk2 zmn skg ramai yg dah x kenal tin-ting & konda-kondi smue tuh.. smue jns nk ngadap PS & laptop je..pftttt


smnjak dah kje ni, guwa pon sgtlah jrg berehat / lepak dgn kwn2.. smpaikan sbtuahad pon kne kje..cisss betol



luv,
cik ana

Azham Vosovic said... [Reply]

hehe....kalau rasa da sehat...dah bersedia untuk bercuti dgn kawan-kawan....pergilah....pastu balik semula ke pejabat dgn semangat yg baru..... hehehehehe ;)

Post a Comment

Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)

Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails