Kalaulah aku tahu memang aku tak nak join rombongan malam macam ni...
Cerita yang agak suam² seram ni baru je berlaku malam semalam. Bosan dekat rumah aku pun ikut satu rombongan sambil belajar ke kawasan penempatan (kampung) lama yang agak mistik dan bersejarah. Kedudukannya terletak sedikit jauh ke pedalaman. Seingat aku kitaorang datang lebih kurang satu rombongan bas.
Sampai sana dalam pukul 10 malam. Ketua kampung tu terus sambut kitaorang dan suruh ikut laluan khas dalam kampung tu. Laluan tu berbumbung dan bertirai besi (macam kat kebanyakan kedai, garaj kereta tu). So kitaorang cuma boleh tengok penempatan/ peninggalan lama sebelah kanan je la. Sambil jalan sambil tu ketua kampung membebel terangkan pasal sejarah tempat diaorang.Bila dah sampai penghujung semua diminta bertenang sebab diaorang nak bukak tirai sebelah kiri tu. Sejurus diaorang bukak tu mata kitaorang terus nampak makhluk halus bersepah kat hutan depan tu.
Perasaan cuak tu tak perlu aku gambarkan la kan. Sebab jarak antara 'diaorang' dengan kitaorang dalam 40 meter je. Jelas kot muka hantu betina tu, yang aku ingat semuanya dalam keadaan bugil, pucat satu badan. Ada yang dekat bawah pokok, ada jugak yang dekat bawah pokok (sebab banyak pokok).
Yang aku pelik kawan² yang lain tak tunjuk muka cuak pulak, mungkin masing² cover macho depan awek. Tapi masing² tak berani nak keluarkan BlackBerry CURVE 8520, Samsung Galaxy SII, Sony Ericsson Xperia atau Nokia N8 masing² untuk tangkap gambar.
"Diharap semua terus bertenang, tu perkara biasa." Ketua kampung memberi arahan.
Kauorang bayangkan macam mana nak bertenang bila makhluk tu dah mula sergah kitaorang sambil campak buah² busuk kat kitaorang. Makin lama makin banyak, 'diaorang' makin dekat dan dekat lepas tu terus kejar kitaorang. Itulah pengalaman pertama kena kejar dengan makhluk halus. Cuak tahap maksima lah masa tu. Semua lari lintang pukang patah balik ke pintu luar tadi.. Sambil berlari lintang pukang tu aku menjerit "menyesal aku join rombongan ni lah."
Nampak macam mengarut kan? Tapi memang itu yang berlaku.....
Sekian, wassalam.
Masih ada plan B.
60 comments:
ceh ! hanya mimpi..
dramatis sungguh cerite mung nih..eke
beruk ke..?
huuu...
hoho,ini lah kisah mimpinya tu ye...ingat mimpi apa kn,hehe...kalau ak mimpi macam tu pun seram jugak rasa...
*kalau yg real pernah jumpa tak?cbe nt buat entry pasal ni..mst ada pngalaman kan zmn kecik2 dlu...
kenapa mesti bila mention nama handphone kena besar ? haha
btw , assalammualaikum You ;D
wahh ! semalam eyra ad tgok 1 cerita lbeh kurang mcm ni ! cite org puteh . lupaa lah tajuk diaa !! btw , terbaikk laa ! bukan slalu dpt mimpi mengarut camnii en ? tidur tak amek wuduk yeee ? lalalaa ;)
Hampeh usop.usop hampeh usop hampeh usop hampeh usop hampeh usop hampeh.
Haha.serius mish percaya.aaa..ngek!
assalamualaikum :)
dgn tekunnya sy baca nak tahu akhir cmne. rupanya mimpi. haha. mmg menjadi!
baru je nak rasa seram2... mimpi je rupanya.. alaaaa~
aku konpius mimpi ke,rekaan semata mata ke atau cta sebenar dan lebih benarr.
apaponn, hantu tetap makhluk Allah, cuma diorg wujud dgn keadaan yg menggerunkan. huhu
kenapa orang lain cakap mimpi?
yusuf tak cakap mimpi pon?
errrr
aaaachooooiiiii pak camat!!!!!!!
erk mimpi? err baeklah "-.-"
ni malam semalam ke petang semalam..hehe
Mesti berterabur bantal2 atas katil tu kan.. Ye la lari litang pukang kna kejar dek makhluk halus ..hahaha =p
terkencing atas tilam lettew~ =P
gua penah mimpi paling seram...nanti gua citer..
ceh.. penat aku saspen, tertanya-tanya rombongan mane pulak kau hekot tak ajak aku ek..
kenapa tak posing sekali dengan makhluk tu, jangan la lari.. karang dia tacing kot kalau korang tak join sekaki bergambar...
best apa? boleh tag kat pesbuk nanti
ni betul ke main2??XD
bongok la ko ni.. dah la malm jumaat.. aku buat OT terus takut nak pulng ikut jalan pintas..
aishhh..
suspen bnyk!haha
tu laaaa.... tido tanak baca doa....
huhuhuhu
seram baca sob...
rupa nye.grrrrrr
adoyaiii kau neh !
gggrrr
Pejam celik pejam celik aku bc sbb takut time scroll ade pix momok haha
Nsb xda!!dan nsb baik mimpi!!
hoho, smlm aku bukak blog kau dlm jam 3 pagi. pic2 entri kau nie mmg taknak seram kann? tak berani nak komen aku om selamba slow2 kuar out. cuak gler.. tak menahan. hehe
hadoiiiiiiiii . kau mimpi macam ni sah sah bangun pun berpeluh sakan . hahaha :)
pernah mimpi jatuh longkang ? HAHAHA :)
Mimpi ke? mcm betul je ni ..seram dah umi rasa tau huhu ..
aisehh kalo betul kan mesti best :P
kuangsam tol,
iman dah ketar2 bace.
lastly MIMPI! grr..!
haha. mengarut. kalau betul lagi best.
oittttt ape ni? ape ni? hahhaha adakah ini mimpi atau apa ni? ape ni? hehehe
hauuuu..mimpi rupanya.ptut cm xlogik.hik3 :p
aisshh.. ko ade mintak nombor telepon orang halus tu tak?
akak nak mintak, ada 'keje' siket nak mintak buat. haha..
kadang2 mimpi boleh jadi realiti.
hahahaha style beb klu btl2.. tp sure phone tak brfungsi time tu.. ad pengalamn g ghost hunt, tp bila smpai kat tmpat tu kamera tak brfungsi.. mayb sbb ada gelombang something la yg buat bnda tu tak brfungsi..
ecehh.
yeyeeleeetewwwwww !
macam mimpii jumpe power rangers pulakk.
takpe takpe. masih ade pelan B.
ngehh
seram jugak dow.haha.. hope tak terbawak2 dlm mimpi aku :)
kahkahkah aku ingt betul2 bhai.. mimpi ?? ;D
mimpi ke realiti ?
kenapa aku masih kekeliruan setelah 3 kali mbaca entri. ok, aku baca lagi.
mesti penat berlari...fuh..
hihi
dill.
cess ingatkan betul. sekali mimpi daa. haha.
hak3... sengal mimpi rupanye.. nice2..
ishh kalau akak harap itu mimpi sahaja ;)
makk aiii.. kalau bebetul mau lari lintang pukang tak sempat pegang bb lagi nak tangkap gambar .. hihihi
seram baca.. so ini kira mimpi jela.. bukan betul2 la ek huhu
cuak kot, huhu
kenapa mcm kejadian betul je? dgn gambarnye lagi..aduhh~
bleh nampak sekor2 hantu kat situ? perhh konfem aku jln tutup mata je..
ni mimpi je ea sop? aku dah cuak bace ni~
luv,
cik ana
Assalamualaikum..tumpang duduk dlm kotak komen ni lg smbil mnunggu buah update gugur ^__^
hahaha
mimpi ngeri la nih
keh3
ya ampun, sebenarnya cerita itu hanya mimpi? haha i thought it was the real one!!!
errr ok..sumpah mengarut -__-"
eee...seramss ok.
mmg betul2 ek?atau mimpi?atau dongengan semata?
hehehe :P
mimpi nohhhh......haha
hantu bersepah...ha...
mimpi ke..? ingatkan betul..huhu...
seram masa bca memula last2 mimpi rupanya hehe apo la huhu
serius sop, aku baru fikir nak contact kau nak tanya pasal rombongan sebab aku pun nak join.
tapi sungguh celaka. mimpi.
kelip kelip mata aku macam jue aku baca entry ni.dah la gambar menyeramkan. aku takut kalau tetibe pix tu gif tetibe kuar gambar momok.
eee..cam real je. tapi mimpi rupanya. isshh...
Post a Comment
Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)