Showing posts with label
mimpi mainan syaitan jahannam.
Show all posts
Showing posts with label
mimpi mainan syaitan jahannam.
Show all posts
Pertama kali datang ke sana perasaan aku memang pelik. Rasa sungguh asing tempat tu. Kedudukan dia tinggi.. Lebih kurang bangunan setinggi 15 tingkat. Angin boleh tahan kuat. Nak jalan pun takut² je.. Tak ada siapa pun kat situ..
Disambung >>>>
Kali pertama sampai kat situ, sifat jakun dan ingin tahu mestilah di tahap tinggi kan. Aku jalan perlahan ala² askar wataniah sedang menghendap musuh, rendahkan pusat graviti. Ngeri tahu jalan kat tempat tinggi berangin macam tu. Mujur aku tak berapa gayat dengan ketinggian..
 |
| Kawasan tu lebih kurang macam ni, cuma mungkin lebih rendah |
Sambil jalan aku perhatikan kawasan sekililing. Tak ada apa selain pokok-pokok yang bergoyang ditiup angin. Tengah khusyuk perhatikan sekeliling tu, tiba² ada satu 'benda' hitam melintas agak jauh depan aku. Serius macam tak percaya benda tu adalah kucing hitam yang bersayap!
 |
| Lebih kurang begini rupa kucing hitam bersayap tu |
Ok semua yang aku cerita ni adalah seperti yang aku lalui pada malam ahad 8 Julai hari tu di dalam sebuah mimpi ;) Kebetulan petang tu aku ada tangkap gambar anak² Enot yang dah nak masuk umur sebulan kalau tak silap. Ada empat ketul semuanya.
 |
Motif: TV S'pore baru siar The Dark Knight malam tadi,
kalau ada can nak nonton The Dark Knight Rises pulak! ;D |
Aci, Acu, Aco, dan Ace nama diberi, *disebut sambil menepuk tangan berulang kali.
Salah seekor garang betul² garang, sulung barangkali. Hulur tangan sekali dia buat bunyi macam nak 'muntah'. Dua tiga kali hulur dia tetap buat macam tu sampai jari aku kena cakar manja.. ;D
Ok nama tu tak betul, biarlah ibu dia sendiri yang bagi nama setiap sekor
Assalamualaikum
Kalaulah aku tahu memang aku tak nak join rombongan malam macam ni...
Cerita yang agak suam² seram ni baru je berlaku malam semalam. Bosan dekat rumah aku pun ikut satu rombongan sambil belajar ke kawasan penempatan (kampung) lama yang agak mistik dan bersejarah. Kedudukannya terletak sedikit jauh ke pedalaman. Seingat aku kitaorang datang lebih kurang satu rombongan bas.
Sampai sana dalam pukul 10 malam. Ketua kampung tu terus sambut kitaorang dan suruh ikut laluan khas dalam kampung tu. Laluan tu berbumbung dan bertirai besi (macam kat kebanyakan kedai, garaj kereta tu). So kitaorang cuma boleh tengok penempatan/ peninggalan lama sebelah kanan je la. Sambil jalan sambil tu ketua kampung membebel terangkan pasal sejarah tempat diaorang.
Bila dah sampai penghujung semua diminta bertenang sebab diaorang nak bukak tirai sebelah kiri tu. Sejurus diaorang bukak tu mata kitaorang terus nampak makhluk halus bersepah kat hutan depan tu.
Perasaan cuak tu tak perlu aku gambarkan la kan. Sebab jarak antara 'diaorang' dengan kitaorang dalam 40 meter je. Jelas kot muka hantu betina tu, yang aku ingat semuanya dalam keadaan bugil, pucat satu badan. Ada yang dekat bawah pokok, ada jugak yang dekat bawah pokok (sebab banyak pokok).
Yang aku pelik kawan² yang lain tak tunjuk muka cuak pulak, mungkin masing² cover macho depan awek. Tapi masing² tak berani nak keluarkan
BlackBerry CURVE 8520, Samsung Galaxy SII, Sony Ericsson Xperia atau Nokia N8 masing² untuk tangkap gambar.
"Diharap semua terus bertenang, tu perkara biasa." Ketua kampung memberi arahan.
Kauorang bayangkan macam mana nak bertenang bila makhluk tu dah mula sergah kitaorang sambil campak buah² busuk kat kitaorang. Makin lama makin banyak, 'diaorang' makin dekat dan dekat lepas tu terus kejar kitaorang. Itulah pengalaman pertama kena kejar dengan makhluk halus. Cuak tahap maksima lah masa tu. Semua lari lintang pukang patah balik ke pintu luar tadi.. Sambil berlari lintang pukang tu aku menjerit
"menyesal aku join rombongan ni lah."
Nampak macam mengarut kan? Tapi memang itu yang berlaku.....
Sekian, wassalam.
Masih ada plan B.