Pada suatu malam yang indah di bulan Syaaban yang lepas, kami berlima telah bertolak dari Kota Tinggi, Johor ke Melaka melalui jalan dalam. Sepanjang perjalanan ke sana, macam² perkara yang kami lalui terutamanya ketika melalui Kampung Hantu Gangster (dah macam sinopsis filem dah).
Cerita sebenarnya macam ni.
*Tiada SLRku bagi kau gambar cantik*
Sesampai je kat sana lebih kurang jam 3.00 pagi kami terus cari mana² homestay atau hotel bajet yang masih menyala lampu pintu depannya. Cari punya cari kami tak jumpa yang sesuai. Kami putuskan untuk lepak dan tidur kejap di Kolam Air Panas Gadek.
Selesai subuh terus cari kedai sarapan sambil google homestay mana yang sesuai (mampu dibayar sambil tersenyum).
Kami jumpa Ho estay Kampung Seri Tanjung, Masjid Tanah, Melaka.
Katanya siap ada penghawa dingin, harga murah. Kami pun terjah.
Nindia homestay yang kami jumpa, cantik! Rasa macam tak mahu balik. ;D
Rumah tradisional kayu tu memanglah cantik tapi kitaorna tidur dekat bilik yang belakang tu ha. Rumah kayu tu mungkin dibuka untuk pelawat dari luar. Kami tak cukup 'luar' rasanya hehe
Atas ada penghawa dingin, ruang kecil.cuma muat dua double decker + satu katil besar. RM 140 satu malam (kalau tak silap).
Bawah tak ada penghawa dingin, tapi ada tiga ketul kipas kecil. Ruang tiga kali ganda lebih besar, muat enam double decker. RM 75 satu malam. Makanya kami sambar yang bawah.
Dekat sebelah tepi kiri ada kandang rusa, angsa.
Sempatlah juga bagi 12, 131 helai daun dekat mak bapak rusa ni. Boleh tahan besar rupanya rusa ni kan, najisnya bulat² hitam sama macam najis si kambing hihi
Sebelah depan kandang rusa tu pulak ada tanah perkuburan Islam. Paling kurang, ia mengingatkan
kami supaya tak buat kecoh di tempat orang.
Lepas badan dah cergas semula kami terus bergegas ke Taman Rama-Rama Melaka.
Masa kali pertama sampai dulu aku ingat setiap inci taman ni cuma ada rama-rama, rupa-rupanya banyak juga haiwan teladan yang lain duduk aman damai dalam tu.
Banyak² tempat dalam dunia rama-rama ni, punggung Adib juga dia berkenan nak hinggap.
Adib pura² mesra dengan geng rama² yang lain.
Burung hitam yang tenang setiap masa, tak pasti kakinya diikat atau dibiar lepas macam tu je.
Tidur bertenggek-tenggek barulah nampak gerek!
Habis tengok semua haiwan teladan,
kami terus ke Pusat Bandaraya Melaka Bersejarah.
Kami berlima - Fadzlee, Usop, Adib, Afiq dan Onk Keem Swi (kalau tak silap)
Sorang lagi baju hitam, Arshad. Dia dikira ketua dalam trip kali ni sebab dia dah faham selok belok Melaka, berkat belajar di UiTM Melaka. ;)
Helikopter ni dibina pada tahun bla bla bla (tak sempat nak baca keterangan, geng yang lain terlalu mengejar masa) huhu
Alhamdulilllah parut di pipi makin menghilang setelah menggunakan produk Bio Oil. Dapatkan di kedai berhampiran anda.. hihi
Cuba nak ringkaskan dan habiskan dalam satu entri sekali, tapi tak berjaya.. InsyaAllah aku sambung part 2 sikit masa lagi. Tak kisah kalau tak ada yang sudi nak baca atau tengok. Yang penting entri ni dapat jadi kenangan di masa tua nanti hihi.
ZIKIR HARI ISNIN
LAA HAW LA WA LAA QUWWATA ILLA BILLA HIL A'LI YIL A'ZIM
~ Allah memberi ganjaran pahala seperti Gunung Uhud dan Allah memberi kekuatan beribadah kepadanya ~
28 comments:
sudah semestinya, 'part tiada SLRku bagi kau gambar cantik', aku baca dengan irama anak kampung.
Tapi serius weh, dari segi angle dan lighting, kualiti gambar boleh tahan awesome.
sudah semestinya, 'part tiada SLRku bagi kau gambar cantik', aku baca dengan irama anak kampung.
Tapi serius weh, dari segi angle dan lighting, kualiti gambar boleh tahan awesome.
Hehehe.. Tapi ada lagi yang tak dapat tangkap part tu.. ;D
Thx Juno.. hihi
Sop!!!! cik ana pon naik kapal tu!!!
tapi..tapi...tapi.. takde KAMERA cabok pon nak snap pic kat situ mase tu T_____T
errr nti kalo nk p melaka, nak mntak tlg Arshad tu tlg jd tour guide buleh ke??? =P
Luv,
cik ana
errrr pastu kan.. nape pipi Sop berparut? injured exiden ke??
best wei ho estay ....kalau onie p pon mesti taknak balik :D
selamat berpuasa sop :D
haaa.apasal dtg melaka
tak ckp.bole tidur rumah nenek itew taww :p
nk gi melaka ujung taun ni :D
dh byk kali pi melaka..and memang best!
kalo boleh nk pi lg..
aih aku geli tengok biawak tu
menarik laa..rama-rama tu suka pungung tu sbb lentik..erkk.XD
lepas ni kalau aku sesat kat melaka,boleh la calling2 ko .haha
best la kau.. dulu ku pegi melaka sempat beberapa jam je..
ni ku siap duk bermalam lgi yg sewa dia cuma rm 75 satu malam tu..
apasal biawak tu main tindis tindis hahahaha
wahhh! patutlah kwn sy beria-ria nak bawa g melaka.. ingatkan xder apa2.. bila tgk entri usop buat ni terigin pulak nak pergi.. seyes!!.. sbb suka tgk haiwan hahaha.. comel n cantek..
terpegun tgk merak warna puteh walaupun kena cabut bulu dia.. tp mcm bidadari pulak sy tgk hehehe...
geli tgk iguana!!!
kapal tu best!! nak naik nanti.. insyaAllah nak plan g melaka hehe..
eh.. ada kubur? =.='
huiyoo
gatal btol rerama uh :O
amboiiii berjalan! sihat dah ye kau sop.. alhamdulillah.. selamat berpuasa pakcik..:D
hohoho..xpe la xde SLR pun ada gmbar..hihi.aku dah jaw drop dah tgk rumah kayu tu kalau murah,trus mentol kat kpla nyala nak gi situ sekali korg pegi kat bilik blkg daa..(-.-')
aku pun terasa laju je baca entri ko..hahahaha...
tp kan usop bio oil tu mmg cepat bekesan ek.dah xnampak sgt parut kat pp ko.wahh..da hensem blk la ni. kekekeke...
untung laa dapat jalan2 tempatbest tuhh :)
neway u still kacak macam biasaa!selamat berpuasa yusof :))
bestlah dapat jalan2 melaka. dapat pusing melaka dulu pon sebab belajat kat mtrik johor dulu. sempatlah pusing2 muzium samudera, a famosa, dan tak ignat apa lagi. :D
bestnye....lamer xtrun melaka....suka gak home stay....bleh merasa duduk tempat org...klu hotel, xbest....
haha takpe sop.. ko tetap macho.. jgn riso.. haha
haaa bio oil mmg berkesan. tapi take time jugak lahh.
ho estay bunyi macam duduk estate je. @_@
haha.
wowwwww cuci mate.. rndunye melaka!!! da plan nk p tak jadik2-
Ucop, nk tgk gmbar muka kau yg dah makin okay tu...tp kt sini internet lembab...so gambar tu masih tak kuar2 walaupun di-refresh beberapa kali hehehehehe
burung merak tu nampak bersih. kenape diorang buang warna dia?
melaka negeri faveret akak. byk kali pegi sana dah tapi tetap teringin nk pegi lagi. dulu sblm kawen pnh ckp dgn asben nti dh kawen mintak transfer ke melaka bole?
boleh blah
dia jawab.
kahkah!!
parut di pipi hang tu kenapa sop?
Post a Comment
Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)