Showing posts with label homestay murah di melaka. Show all posts
Showing posts with label homestay murah di melaka. Show all posts

Monday, July 23, 2012

Asal usul nama Melaka?

Pada suatu malam yang indah di bulan Syaaban yang lepas, kami berlima telah bertolak dari Kota Tinggi, Johor ke Melaka melalui jalan dalam. Sepanjang perjalanan ke sana, macam² perkara yang kami lalui terutamanya ketika melalui Kampung Hantu Gangster (dah macam sinopsis filem dah).

Cerita sebenarnya macam ni.
*Tiada SLRku bagi kau gambar cantik*


Sesampai je kat sana lebih kurang jam 3.00 pagi kami terus cari mana²  homestay atau hotel bajet yang masih menyala lampu pintu depannya. Cari punya cari kami tak jumpa yang sesuai. Kami putuskan untuk lepak dan tidur kejap di Kolam Air Panas Gadek.

Selesai subuh terus cari kedai sarapan sambil google homestay mana yang sesuai (mampu dibayar sambil tersenyum).

 Kami jumpa Ho estay Kampung Seri Tanjung, Masjid Tanah, Melaka.
Katanya siap ada penghawa dingin, harga murah. Kami pun terjah.


Nindia homestay yang kami jumpa, cantik! Rasa macam tak mahu balik. ;D

Rumah tradisional kayu tu memanglah cantik tapi kitaorna tidur dekat bilik yang belakang tu ha. Rumah kayu tu mungkin dibuka untuk pelawat dari luar. Kami tak cukup 'luar' rasanya hehe

Atas ada penghawa dingin, ruang kecil.cuma muat dua double decker + satu katil besar. RM 140 satu malam (kalau tak silap).

Bawah tak ada penghawa dingin, tapi ada tiga ketul kipas kecil. Ruang tiga kali ganda lebih besar, muat enam double decker. RM 75 satu malam. Makanya kami sambar yang bawah.

Dekat sebelah tepi kiri ada kandang rusa, angsa.

Sempatlah juga bagi 12, 131 helai daun dekat mak bapak rusa ni. Boleh tahan besar rupanya rusa ni kan, najisnya bulat² hitam sama macam najis si kambing hihi

Sebelah depan kandang rusa tu pulak ada tanah perkuburan Islam. Paling kurang, ia mengingatkan  kami  supaya tak buat kecoh di tempat orang. 


Lepas badan dah cergas semula kami terus bergegas ke Taman Rama-Rama Melaka.
Masa kali pertama sampai dulu aku ingat setiap inci taman ni cuma ada rama-rama, rupa-rupanya banyak juga haiwan teladan yang lain duduk aman damai dalam tu.

Inilah rupa merak setelah dibuang segala warna di ekornya, tetap cantik.

Banyak² tempat dalam dunia rama-rama ni, punggung Adib juga dia berkenan nak hinggap.

Adib pura² mesra dengan geng rama² yang lain.


 
Burung hitam yang tenang setiap masa, tak pasti kakinya diikat atau dibiar lepas macam tu je.


Tidur bertenggek-tenggek barulah nampak gerek! 


Habis tengok semua haiwan teladan,  kami  terus ke Pusat Bandaraya Melaka Bersejarah.



Kami berlima - Fadzlee, Usop, Adib, Afiq dan Onk Keem Swi (kalau tak silap)

Sorang lagi baju hitam, Arshad. Dia dikira ketua dalam trip kali ni sebab dia dah faham selok belok Melaka, berkat belajar di UiTM Melaka. ;)


 Helikopter ni dibina pada tahun bla bla bla (tak sempat nak baca keterangan, geng yang lain terlalu mengejar masa) huhu 
  
Alhamdulilllah parut di pipi makin menghilang setelah menggunakan produk Bio Oil. Dapatkan di kedai berhampiran anda.. hihi


Cuba nak ringkaskan dan habiskan dalam satu entri sekali, tapi tak berjaya.. InsyaAllah aku sambung part 2 sikit masa lagi. Tak kisah kalau tak ada yang sudi nak baca atau tengok. Yang penting entri ni dapat jadi kenangan di masa tua nanti hihi.



 ZIKIR HARI ISNIN 
LAA HAW LA WA LAA QUWWATA ILLA BILLA HIL A'LI YIL A'ZIM
~ Allah memberi ganjaran pahala seperti Gunung Uhud dan Allah memberi kekuatan beribadah kepadanya ~
Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails