Thursday, June 23, 2016

Amboi sungguh



Fuh.. Bertahun beb aku tak menulis...

Rindu dia boleh diibaratkan macam  rindu seorang anak manja terhadap ibu kesayangan 



dengan rindu seorang suami terhadap isteri comel yang tercinta. 

Ha macam tu tahap rindu tu. Ehehehe

In Shaa Allah lepas ni aku aktif sikit2 menulis, kalau dulu sebagai seorang bujang tak berapa terurus.
Sekarang Alhamdulillah dah jadi suami orang, nampak terurus dan sedikit hensem 

Wednesday, May 28, 2014

Coklat



Kes ni terjadi dekat tempat aku lebih kurang 17 tahun yang lepas. Zaman tu adalah zaman paling menerujakan bagi seorang kanak² seperti aku sebab masa tu dunia sosial budak² belum dicemari dengan 'virus' teknologi lagi. Banyak permainan melibatkan aktiviti fizikal dan mengerah tenaga-mengeluarkan peluh yang banyak. Sebab tu budak-budak dulu lebih sihat berbanding budak² sekarang hehe


Aku selalu jugak bermain dengan geng jiran sebelah kiri (budak perempuan sebaya yang comel dan kurus dibandingkan dengan aku masa tu) dengan jiran depan rumah sebelah kiri tadi tu, dengan sorang lagi jiran sebelah kanan rumah jiran yang depan tadi tu (paham kan kedudukan rumah diaorang?) ;D


Kes epic ni membabitkan aku dengan jiran sebelah kiri tu. Kitaorang pernah main lintas² penutup lubang jamban rumah jiran. Tak pasti kenapa masa tu kitaorang pilih permainan tu, mahu lebih cabaran barangkali. Penutup tu daripada zink dan boleh tahan berkarat, lepas tengok dia berjaya melintas je penutup lubang najis tu aku pun dengan yakin terus mulakan langkah.


Disebabkan kilogram aku melebihi kilogram dia sekitar 5-6 KG macam tu ditambah dengan nasib yang kurang baik, aku tak dapat mengawal keseimbangan tubuh lalu terhumbanlah sesusuk tubuh ke dalam lubang yang penuh dengan sesuatu bewarna coklat keemasan yang aku pasti semua tahu apa namanya. *serius



Mujur kawan aku tu sempat panggil makcik empunya jamban. Tak lama lepas tu mak dia dan mak aku pun sampai tolong tarik aku yang dah berenang dalam takungan 'benda' coklat tu. Kebetulan masa tu aku pakai baju melayu sekolah agama. So dapat bayangkan tak baju melayu putih bertukat warna coklat keemasan dalam sekelip mata?


Lepas berjaya je keluar dari lubang tu aku dengan mak terus berjalan balik ke rumah sambil mak membebel pasal pasal 'kehebatan' aku dan terus ke belakang rumah. Mak ambil cangkul, aku membogelkan diri. Terus tanam baju melayu coklat tersebut and we say good bye.


Sebab tu aku berani cakap yang pengalaman budak² dulu jauh lebih mencabar berbanding pengalaman budak² sekarang ;D

Tuesday, May 13, 2014

Semula

Amboui boleh tahan susah nak aktif blogging semula ek, tapi tak apa yang penting niat dan semangat tu ada.

Krim biru ungu kelabu


1 Mei 2014 
Pengapit jantan -first time aku (kena) jadi pengapit kawan sebaya. Kawan yang sepatutnya jadi pengapit ada hal dan aku adalah pilihan kedua dan terakhir. Mahu tak mahu aku terpaksa relakan jiwa untuk jadi pengapit dengan tanggapan tugas aku cuma sekadar berpeluh menahan kepanasan sambil mengipas dan mengelap muka pengantin tapi tanggapan tu meleset jauh.

Tugas sebenar pengapit adalah kena pegang 'tiga duit.' Satu - upah Tok Kadi lepas selesai akad nikah, dua - untuk segala jenis tol yang ada sebelum pengantin  berjaya sampai ke pelamain dan tiga - untuk mak andam, kemudian baru dibukak kipas yang ditutup depan muka pengantin perempuan.

Lepas selesai nikah sambil tunggu pengantin bergambar itu ini aku keluar makan bubur kacang hitam kat luar, tiba-tiba ada sorang akak tanya,

"Eh ada selera lagi nak makan ek? Ohh ye lah dah lepas, lega kan.."

"Err pengantin dekat dalam tengah bergambar tu kak." Aku balas ringkas, sengih, sambung makan.

Tapi serius, perasaan dia lain macam bila tengok kawan sendiri dah berjaya nikah. Semoga Allah permudahkan urusan aku pula nanti, amin.



5 Mei 2014
Alhamdulillah syukur nikmat yang tak terhingga, aku masih bernafas di bumi Allah. Abah, anak abah dah genap 26 tahun dah, tipulah kalau saya tak rindu nak tengok senyuman abah ;'D Umur semakin meningkat maknanya ajal semakin mendekat, kena selalu bersedia dan beringat. Terima kasih untuk semua doa kalian.;')

Jadi bila aku renung balik diri aku, banyak lagi yang aku kena betulkan. InshaAllah T_T



12 Mei 2014
Syukur ada juga masa nak bawak mak, akak dengan adik makan2 sikit. Bukan pasal makan mahal atau makan murah, tapi ni pasal luangkan masa berharga bersama keluarga tersayang. Cuma nak cakap sikit je, kali ni servis kedai makan ni agak hambar hehe. Semalamnya pulak abang belikan kek orea untuk mak, mak tak harap tapi sekurang-kurangnya ucapan "selamat hari ibu" + ciuman + kek dah cukup buat mak rasa dihargai. Hanya Allah yang mampu balas jasa mak yang super duper tabah. ;')

Tarikh ni jugak tiba-tiba aku tergerak hati nak belek lebih lanjut pasal Almarhum Ahmad Ammar. Macam agak terlambat tapi syukur at least hati aku tergerak nak ambik tahu pasal Almarhum. .Ya Allah nak bandingkan diri aku dengan sang pencinta syahid ni, sangat jauh. T_T

Barulah aku betul-betul tertarik nak dapatkan Buku Cerita Cinta Ahmad Ammar dalam kadar segera!
Sebelum keluar jom layan video Tribute to Ahmad Ammar - BINTANG SYURGA.


Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails