Thursday, April 19, 2012

Bukan mimpi

Assalamualaikum 


Mula² sekali dah tentu aku nak ucap kata syukur kepada Ilahi kerana masih panjangkan umur aku. 20 Mac 2011, hari Selasa lebih kurang pukul 9 pagi adalah tarikh di mana aku dengan secara 'epik'nya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Semua tu gara2 kelalaian dan kucuaian aku sendiri. Aku tak rajin nak cerita punca sebenar, harap² kauorang tak kisah, cukup untuk aku cakap biar lambat asal selamat, jalanraya itu bukan bapa kita yang punya (untuk diri aku jugak). ;D

Kalau ikut 'spec' sebenar badan aku sedikit kurus, parut kat bahagian kiri muka,
sikit kat tangan kiri kanan, sikit lutut kiri kanan. ;D

Apa yang aku rasa ni mungkin tak seberapa, ramai lagi yang pernah rasa lebih teruk dari aku. Masa kejadian tu aku terhentam sebuah motosikal lain, beriya-iya aku cuba elak motosikal (dari arah kiri) tu tapi semuanya Dia dah tentukan untuk aku rasa dan untuk aku ambik segala pengajaran yang ada. Sebaik motosikal aku sentuh motosikal tu aku tak rasa apa, pitam. Sedar pun bila ada sorang brader kejut aku. Masa tu aku rasa macam bermimpi, sungguh. Kepala rasa pening, mata rasa berpinar, pipi sebelah kiri terasa macam berat. Bila pejam mata sekali lagi baru aku dapat rasa yang semua tu bukan mimpi, tapi dalam hati aku betul2 harap semua tu mimpi (paham kan?).



Aku pandang motosikal, tersadai dekat tengah jalan. "Ahh sudah!", aku cakap dalam hati. Brader tu bawak aku masuk kereta dia, terus hantar ke Hospital Kota Tinggi. Masuk je kereta aku terus terpandang cermin pandang belakang. Baru aku sedar keadaan aku masa tu berada dalam kategori sangat tidak ok. Hidung berdarah, pipi kiri bengkak sampai mulut pun jadi senget. 

Aku tunjuk 'gigi besi' kat Haziq, dia kata "eee cantiknya besi bawah" sebab
besi bawah lebih rata berbanding besi atas hehe.

Macam² aku fikir masa tu. Yang paling aku risau adalah mak aku. Mesti dia jadi orang paling risau bila tau pasal ni... Masuk wad kecemasan, diaorang hadiahkan sedikit bebelan dekat aku sambil lapkan darah, luka² aku. Masa tu aku rasa macam ada sebatang gigi aku patah. "Nasiblah kau Sop", aku kata dalam hati lagi.



Bila siap X-ray, gigi semua elok, tapi rahang sebelah kiri yang patah. 'Seronok' bila aku dengar doktor cakap macam tu. Diaorang terus hantar aku ke klinik pergigian, sebelah hospital tu je. Lepas check apa yang patut, doktor gigi tu bagi dua plan (pilihan). A - Pasang plate (sakit tapi cepat sembuh) atau B - pasang besi pada gigi atas dan bawah untuk diikat rapat², ketat² (kurang sakit, lambat sikit nak sembuh). Dua2 pilihan pun mengerikan bagi aku (tak tahulah kalau kauorang). Mahu tak mahu aku pilih plan B yang kononnya kurang sakit tu.



Proses bermula di bahagian gigi bawah, 7/8 suntikan bius dekat gusi (macam yang kita semua pernah rasa, suntikan pertama dan kedua memang terbaik). Diaorang mula  potong dawai halus banyak² dan sediakan segala barang untuk 'selesaikan' masalah aku. Yang aku mampu, istighfar dan bersedia untuk 'menikmati' rasa sakit yang bakal menerpa. Puas aku tahan segala rasa sakit termasuk rasa sakit dekat lutut kiri (macam nak tertanggal) yang tiba2 muncul pada minit akhir proses yang makan masa hampir dua jam tu.


Kejap kau sihat kejap kau sakit, syukuri  nikmat-Nya setiap minit.

Lepas diaorang siap ikat besi kat gigi bawah, abang aku terus bawak aku pergi HKT balik untuk X-Ray lutut. Doktor Cina tu cuma beritahu "Lutut awak ok, tak ada masalah". Agak melegakan. "Bengkak biasa je kot", Aku sedapkan hati sendiri. Tapi aku baru tahu yang tisu lutut koyak bila aku datang hospital empat minggu kemudian (minggu ni). Masa tu dah terlambat sebab cecair dekat bahagian tisu koyak tu dah makin banyak. "kena tebuk, sedut air, rasa sakit pun hilang", doktor Melayu tu cakap. Rahang dah ok lutut pulak main 'peranan' dalam cerita ni, tapi aku buat² tabah, aku redha.

Ok sambung part pasang besi semula. Dengan tenaga tinggal 1 bar, masa tu aku cuma fikir pasal sanggup tak sanggup je nak bertahan tunggu diaorang pasang besi dekat bahagian gigi atas pulak. SubhanAllah, aku masih ingat macam mana rasanya. Badan lembikkk tak bertenaga tapi tetap kena bertahan, kali ni dapat 8/9 suntikan bius. Serius rasa macam nak 'menangis geram' masa tu hahah. Pulak tu diaorang kejar masa sebab waktu kerja dah nak habis.



Buat kerja cepat², paham² jela macam mana manusia yang dok bertahan tu rasa. ;D Siap besi atas bawah diaorang ikat guna getah kasi rapat gigi (rahang) yang patah tu. Kauorang paham kot apa rasanya.. Syukur, selesai jugak. Aku tengok mata mak aku berair je. Itu antara yang aku tak gemar dalam cerita ni, aku cedera dan aku buat famili terutamanya mak aku bersedih. 


Si Balqis pulak takut nak tengok muka aku dekat² sedangkan
dia yang sibuk ajak mak dia balik sebab nak tengok aku hehe
Famili aku bawak aku pergi HKT semula sebab aku kena masuk wad satu malam. Esok paginya terus pergi Hospital Sultan Ismail untuk kasi ketat lagi getah pengikat tu. Kali ni rasanya betul2 mantap! Dua minggu lepas tu datang untuk bukak getah, dua minggunya lagi datang untuk bukak besi. Dah ok pun sekarang, cuma bukaan mulut baru separuh dari bukaan normal. Gigi² jadi sedikit 'lari' tu boleh dikira bonus la kan hehe. Syukur, Dia dah kembalikan nikmat sihat pada aku yang mungkin dulu terlebih dalam berkata-kata yang lagha berbanding yang baik atau terlebih bernyanyi berbanding mengaji.

Sebelum aku habiskan entri panjang-habis-kalau-kauorang-baca-lompat²-pun-aku-tak-kisah ni, aku nak ucap terima kasih untuk kesekian kalinya kat semua di atas doa, nasihat dan keprihatinan kauorang. Ada yang mintak aku cerita kat blog pasal benda ni, dengan rela hati aku buat, bukan untuk raih simpati tapi untuk raih nasihat. Selain nak kongsi beberapa pengajaran yang aku dapat dalam cerita patah ni. Kalau kita rasa selama ni kita dah cukup sabar, kita memang silap. Kekadang bila dapat ujian macam ni baru kita nampak sabar kita tu tahap mana, kuat kita tu tahap mana dan syukur kita tu tahap mana. 

Berbalik pada cerita lutut. InsyaAllah 23/5 nanti aku jumpa doktor, kasi tebuk sama itu lutut, sedut itu cecair, hilang rasa sakit macam yang doktor tu cakap. Harapan aku dah tentulah harapkan proses tu semudah ABC, selancar Alif Ba Ta dan tak sesakit seperti besar punya operate. Aminnn. ;)




*Fuhh! Siap jugak entri bajet bagus ni. (dah la lama tak jenguk blog kengkawan, tiba² muncul dengan entri berjela-jela) ;D Kadang² ada jugak aku jadi pembaca senyap kauorang masa kat rumah, serius rindu nak aktif macam dulu. InsyaAllah aku cuba kejar segala yang tertinggal semampu budak yang baru sembuh dari 'mimpi'. 

54 comments:

Camy Alya said... [Reply]

patut lah dah lama tak update blog.

semoga cepat smebuh ye. ^^

syakirahmn said... [Reply]

ngilu aku membaca entri kali ni. takpa yousof, ujian/dugaan yang hebat macam ni untuk org yang hebat ja boleh dapatkannya,macam kau.

so, banyak2 bersabar. mmg memberi pengajaran lah, semoga nikmat kesihatan kta dapat kta gunakan to the fullest ke arah keredhaan Allah SWT.

aku dapat tau dr blog bena. mendoakan semoga kesakitan kau berkurang dan cepat sembuh. insyaAllah.

kuat kan diri okey. (:

syafiqa said... [Reply]

alahai sop....xpe la.dugaan.kdg,nak elak lagu mana pun,kalau nak jadi,jadi.syukur bernafas dan mampu perbaiki diri.
haa,sop.kalau nak parut elok cpt,jgn
makan ikan haruan.parut kekal nanti. jge makan.byk kan sayo.part gigi tu.
ngeri sgtttt -.-'
terus tabah ye sop.cepat2 sembuh sebaiknya.

Anum said... [Reply]

wow takutnya kena tebok

Alif Haris said... [Reply]

seng sabar yo sop .. dugaan suma ni.. aku tak boleh dgr orang eksiden2 ni.. aku ni dah la mabuk darah..

pena rozie said... [Reply]

semoga cepat sembuh....

wenk said... [Reply]

sabar bro..banyakkan berehat dan berdoa supaya cepat recover.

Anif Abdullah| AA said... [Reply]

semoga kau cepat sembuh usop..cerita sebegini akan jadi iktibar juga pada semua pembaca..

anyways, aku tetap kata agak ngilu eksiden kau ni. huu

Cik TTK said... [Reply]

isk!insaf lak baca entry ko ni..

semoga cepat sembuh sop!

husnaradzi said... [Reply]

sebelum tu cuma nak cakap haziq gila hemsem !!

yang keduanya sambil baca novel cerita seram ni sambil ngelap titik air mata *tipu.

rahang dah ok .lutut plak amek giliran ye. semoga berjaya menempuhi ujian ini! ;)

Abu Bagi said... [Reply]

muncul berjela jela tapi aku baca satu satu tau.. aku nak sngt tahu apa khabarnya engkau sekarang..

sejak ari kejadian tak pernah buat entry.. sekali muncul dlm fb, like wall post..

yg penting selamat.. kasihan kat kau weyy mest sakit kan.. smoga jadi pengajaran dgn semua orng..

apasal tak cerita lagi more pasal kejadian, cam mana bolh brlaku.. msti ngeri kan..

Far8 budak baik said... [Reply]

yousof..gile sedih aku..
alhamdulilah okey gak kn...
sihat selalu k..
nnti bawa moto hati hati k..

adwafarahin said... [Reply]

serius seram la bace ucop..moga tuhan sentiasa tabahkan hati ucop mak ucop n family yg lain jgk..

bnd nie kite x plan kan, tuhan yg tentukan so kene redha..mungkin ini bole jd pengajaran utk org lain. sakit itu penghapus dosa :) . adwa tau ucop kuat orgnya kan? hee :)

hopefully mse lutut kene tebuk tu xde pape.insyaAllah adwa doakan yg terbaik.

jg dri,jg kesihatan, cukup rehat n jgn lupa mkn ubat ucop!

mcm adwa ckp kt FB, kami kwn2 blog akan sentiasa doakan yg terbaik utk ucop! :D

Anonymous said... [Reply]

ya Allah..baru thu yg ko eksiden..haihh..seram sejuk pulak gua rasa..dahla gua ni hari2 naik moto pegi skolah..ape2 pon semoga cepat sembuh ^^

jeely jelly said... [Reply]

semoga cepat sembuh ok !!! ngeri bace yg part gigi tu. dah lah mmg takut kalau pasal cabut2 gigi n bnda2 yg bekaitan dgn tu.

Asrul "iLham" Sany said... [Reply]

get well soon :D

Ceiler Mun said... [Reply]

syukurlah ko dipanjangkan umur ucop. alhamdulillah :)


kira sekarang ko makan bubur je la ek?

Anisa Hang Tuah said... [Reply]

get well soon =)

Rtp Farra Arisha said... [Reply]

welcome back usop. :) dalam gaya penceritaan yang seperti ini, Arisha dah tau you've been involved in accident that quite badly. :'/ tapi syukurlah semakin hari semakin membaik kondisinya usop. :) stay strong and we'll always pray for your good health! take care dan semoga cepat membaik...

Unknown said... [Reply]

tak kesahla pnjg berjela pun yg penting mai bce bersungguh haha

Alhamdulillah Tuhan pnjgkan umo. Tuhan uji usop dengan dugaan camni sebab Dia tahu usop boleh lalui dgn kuat.

cerita pasal lutut tu mai doakan semua berjalan lancar. jaga diri dan kesihatan usop.jgn lupa sellau mkn ubat. jgn buat benda lasak ok? :)

pssttt haziq hensemlah hehe :D

aqmalazmi said... [Reply]

engkau menakutkan aku...serius aku dpt rasa kesakitan part gigi tu...erkk semoga cepat sembuh :)

dari sisi hidupku said... [Reply]

semoga cepat sembuh.eii kita yg baca ni pon terbayang-bayang betapa sakitnya,inikan pula orang yg mengalami nya sendiri kan.take care dan hati2 masa memandu

nurul said... [Reply]

Astaghfirullah,dahsyatnye..Bersyukur masih dipanjangkan umur.Banyak2 sabarye,Setiap kali kita ditimpa musibahni,Allah menggugurkan dosa2 seperti gugurnya daun kering,asalkan kita bersabar.Mudah-mudahan cepat sembuh,Ingatlah ada hikmah di sebalik yang berlaku -)

Unknown said... [Reply]

welcome back dude!!!! alhamdulillah masih bernafas :)

Mek Onie said... [Reply]

ALHAMDULILLAH KAU TAK PAPE,KAMI RAKAN-RAKAN RISAU DENGAN KEADAAN KAU TAHU? PASAL GIGI TU?HAIYAKKKKKK,AKU TERINGAT KISAH AKU...SAMPAI SEKARANG AKU TAK BERANI JUMPA GIGI.... GIGI ARNAB DEPAN AKU NI PATAH SEPARUH, AKU SYAK KALAU ORG TGK MESTI ... ERRR..TAHHH,TAPI AKU STILL TAKUT...NAK LAWOOOO BILA SENYUMMMM,TAPI AKU TAK BERANI WEI NAK JUMPA DENTIST :(


YUSOF MAI DAHHHHHHHHHHHHHHHHH ..YEAYY!SEMANGATKAN DIRI MU :)

Umie Nadhirah said... [Reply]

rindu yousof apdet belog.
akhirnyaaaa.
Syukur!! yousof selamat..
take careeee & get well soon.

WZulhilmi said... [Reply]

Tiba2 semua ni kasi kita kesedaran patutnya time sihat walfiat kita kenakan byk bersyukur. Time sihat mmg tak nmpk semua benda tu tp time sakit mmg tu lah baru terasa nikmat dia.

ak tau berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikulnya. Get well soon ok. XD

KizZ said... [Reply]

usop..aku baru tahu sbb nani bgtau..

harap kau cpt sembuh ye.terkejut gila dgr..get well soon..cepat2 blogging rancak mcm dlu..

yan..

ankeljonni said... [Reply]

syukur Alhamdulillah kau tak apa2 bro...

semoga cepat sembuh....

joyahjunior said... [Reply]

ye, bila kita darh kena kt diri kita, baru kita tahu, kita tahan kew x.. sama gak cm masalah, bila org duk cter, kita ckap sabar je larh, p org yg menanggung 2, len rasa ya.. newey, semoga cepat sembuh..:)

::FAIZ:: said... [Reply]

Saya doakan anda cepat sembuh. Semoga anda beroleh kebaikan. InsyaAllah. Amin.

[sutera kasih] said... [Reply]

aahhhhh lama xnmpk awk update..get well soon ya, ngilu gigi baca huhu

Fyqa said... [Reply]

smoga kamu lekas sembuh ya

(:

eva said... [Reply]

wohhh giler dasyatt! huhu... xper.. sumanya ada hikmah..ambil jer sbg pengajaran hidup.. membuatkan hidup awak lebih bertahan dan kuat

aiEz said... [Reply]

assalamualaikum yousof,patut agak lama tak update blog...ak pun pernah excident motor jgk,seriau rasanya bila ingat balik...ak kena tarik nikmat untuk berjalan selama sebulan lebih,nasib sekrang dah okeh...tobat nak bawak laju2 lagi dah..

dill said... [Reply]

Ya Rabbi, Yousof..patutla lame diam..ape2 pun moga cepat sembuh ya. dill sentiasa doakan yousof.

take care

dill.

Unknown said... [Reply]

okey agak ngeri je bunyinya.. len kali elok2 la tau :)

hani said... [Reply]

waktu tiap kali jengah blog kau dan takde entri baru berminggu-minggu, akak sempat terfikir, apekah yg terjadi pada budak ni sbnaye sampai tak apdet belog. cuma harap kau sdg bizi mengusahakan sesuatu, tapi bkk pelekat, pun camtu juga. serius ada terfikir sesuatu, tapi alhamdulillah semuanya sudah baik2 saja.. :)

Hanys Najib said... [Reply]

moga cepat sembuh sop..entri ni buat aku insaf kejap (harap tak kejap sangat lah ;p) -- jangan drive/ride laju2..hukhuk..

cimöt said... [Reply]

nauzubillah..

btw,cepat2 sembuh ye!!

Hanie Dew said... [Reply]

alhamdulillah ko dah sihat. Allah kan Maha Pengasih dan Penyayang. Dugaan diberi tanda peringatan dari Dia.

sungguh ngilu aku baca tapi dapat pengajarannya.aku rasa aku ni sgt kosong tp bersyukur kerana jalan hidup aku tak byk liku liku mcm orang lain.

tp bila dihadap dgn cerita hidup org rapat dgn aku. slowly aku pun menumpang pengajaran di situ.

Cikpijaaa said... [Reply]

moga awk cepat sembuh ! Amin amin amin....^^

byk pengajaran dlm cita awak nie. arap awk tabah hadapi dugaan nie ya ! Allah bg ujian kat awk, tnda Allah sayangkan awak. :D

Razf said... [Reply]

semoga cepat sembuh!!!!

نورعيم said... [Reply]

lain kali drive hati2 ye . semoga cepat smbuh :)

Izzaty Ishak said... [Reply]

Pergh ngerinya. Syukur alhamdulilah Usop masih panjang umur walaupun terpaksa menahan kesakitan yang teramat sangat. All the best untuk esok Sop. Sentiasa doakan Usop ;)

Take care always ya.
:D

Lea Isnawi said... [Reply]

terkejut jugak masa mula2 tau yusop eksiden
tapi syukurlah takde yang teruk2..

bertabah la yusof taiyub :)

get well soon

nabByla said... [Reply]

awak sakit kew??? semoga cepat sembuh.. t dah sihat jgn lupa sggh blog kite. ;)


take care taw?

najihah sahami said... [Reply]

serius seram baca cerita usop. lagi2 bila masuk bahagian mulut. uiii..hilang nikmat makan kan usop. tak pe lah..ada hikmah semua ni. semoga proses sedut cecair pd 23/5 ni berjalan dengan lancar k..take care usop!!

Qistina said... [Reply]

aigooo~ (bajet korean ;)
tak taw pulak bro eksiden....

apepon, syukur selamat.....
sama2 amek ibrah (pengajaran) daripada apa yg berlaku....
syafakallah ya akhi~

Cik TeN10 said... [Reply]

alhamdulillah selamat !! tp kan.. seriusly terkejut... O.o fatin pn jarang jenguk blog skrg ni.. td lepas buat report ingat nk off desktop pastu tersangkut kt blog.. bca2 kisah accident.. segar pulak mata ni.. thanks sbb share cerita ni.. sama2 lah kita beringat ea.. kalau Allah dah kata kun fayakun.. xda apa yg boleh halang dah.. take care ya.. semoga cepat lah sembuh.. dan semoga operation tu berjalan lancar .. insyaAllah :)

Unknown said... [Reply]

YOU!

I baca entry ni dengan perasaan gerun. Gerun sebab I pun menunggang motosikal kat kampus...risau kalau-kalau terlibat dalam kemalangan macam ni. Lepas baca entry ni rasa nak menunggang motor dengan selamat tu meningkat naik...terima kasih kerana membangkitkan kegerunan tu...

Ezad Skytech said... [Reply]

aq mmg seram bila baca pasal eksiden ni...sbb aq pun pernah dua kali eksiden motor ni...alhamdulillah masih diberi kesempatan lagi utk terus hidup...trauma da...mmg bawak motor pun lebih hati2 skrg ni....

efa said... [Reply]

tabahkan hati dan bersabar yea usop...ambik iktibar dri pengajaran itu...moga cepat sembuh yea :)hati2 next time..

anamizu said... [Reply]

Ya Allah sop.. seksanye aku bace.. ko yg hadap segalanye lagi double triple terseksa la.. patutla lepas entry "I love Allah" tu ko lame sepi.. exiden rupenye..

aku selongkar satu-satu balik entry ko sop.. ni baru aku tawu cite ko exiden.. masyaAllah T___T


skg baru puas hati bile dah bace each word yg ade.. besarnye dugaan DIA bagi.. insyaAllah besar hikmah DIA nk bagi rasenye.. kan sop :)







Luv,
cik ana ^___^

Post a Comment

Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)

Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails