Showing posts with label experience. Show all posts
Showing posts with label experience. Show all posts

Wednesday, May 28, 2014

Coklat



Kes ni terjadi dekat tempat aku lebih kurang 17 tahun yang lepas. Zaman tu adalah zaman paling menerujakan bagi seorang kanak² seperti aku sebab masa tu dunia sosial budak² belum dicemari dengan 'virus' teknologi lagi. Banyak permainan melibatkan aktiviti fizikal dan mengerah tenaga-mengeluarkan peluh yang banyak. Sebab tu budak-budak dulu lebih sihat berbanding budak² sekarang hehe


Aku selalu jugak bermain dengan geng jiran sebelah kiri (budak perempuan sebaya yang comel dan kurus dibandingkan dengan aku masa tu) dengan jiran depan rumah sebelah kiri tadi tu, dengan sorang lagi jiran sebelah kanan rumah jiran yang depan tadi tu (paham kan kedudukan rumah diaorang?) ;D


Kes epic ni membabitkan aku dengan jiran sebelah kiri tu. Kitaorang pernah main lintas² penutup lubang jamban rumah jiran. Tak pasti kenapa masa tu kitaorang pilih permainan tu, mahu lebih cabaran barangkali. Penutup tu daripada zink dan boleh tahan berkarat, lepas tengok dia berjaya melintas je penutup lubang najis tu aku pun dengan yakin terus mulakan langkah.


Disebabkan kilogram aku melebihi kilogram dia sekitar 5-6 KG macam tu ditambah dengan nasib yang kurang baik, aku tak dapat mengawal keseimbangan tubuh lalu terhumbanlah sesusuk tubuh ke dalam lubang yang penuh dengan sesuatu bewarna coklat keemasan yang aku pasti semua tahu apa namanya. *serius



Mujur kawan aku tu sempat panggil makcik empunya jamban. Tak lama lepas tu mak dia dan mak aku pun sampai tolong tarik aku yang dah berenang dalam takungan 'benda' coklat tu. Kebetulan masa tu aku pakai baju melayu sekolah agama. So dapat bayangkan tak baju melayu putih bertukat warna coklat keemasan dalam sekelip mata?


Lepas berjaya je keluar dari lubang tu aku dengan mak terus berjalan balik ke rumah sambil mak membebel pasal pasal 'kehebatan' aku dan terus ke belakang rumah. Mak ambil cangkul, aku membogelkan diri. Terus tanam baju melayu coklat tersebut and we say good bye.


Sebab tu aku berani cakap yang pengalaman budak² dulu jauh lebih mencabar berbanding pengalaman budak² sekarang ;D

Thursday, July 5, 2012

Pengalaman patah rahang. Indah!

Assalamualaikum. Entri kali ni mungkin lebih comel daripada biasa, harap maklum. Bangga tak lah tapi syukur aku dah lepas azab merasa Arch Bar ni melekap rapat dalam mulut selama sebulan. Ada sorang kawan tanya pasal besi ni, maka dengan sukacitanya aku nak cerita, sekadar berkongsi pengalaman yang tak seberapa.

Nak dijadikan cerita, satu hari tu seorang hamba Allah telah mengalami patah rahang sebelah kiri gara² satu insiden pada tarikh 20 Mac 2011. Masuk hospital,  Doktor Sharon cek² dan beritahu kena pasang besi atau nama panjangnya Arch Bar. Dalam menahan sakit, aku terus naik ngeri, serius rasa macam nak lari, tapi apa kan daya kakiku sakit lagi.

Langkah pertama yang Doktor Sharon buat adalah menyuntik 7-8 bius ke gusi atas dan bawah.  

A) Kepala tak kena balut, cuma pipi sebelah kiri bengkak. Baring menganga tunggu mulut siap dikerjakan sambil menahan sedap.
B) Benda alah getah untuk ikat  Arch Bar  atas dan bawah kasi rapat.
C, D) Dawai halus siap dipotong dan diselitkan di celah² gigi sebelum Arch Bar diikat.
E) Doktor ikat dawai tu seketat yang mungkin kasi rahang rapat. Masa ni boleh dikatakan sedapnya berada di tahap climax.


Dia pusing² penyepit tu dalam kadar yang agak cepat. Banyak kali juga dia cakap "Yusof kalau sakit angkat tangan ya" dan aku jawab "hmm." Soalan tu berulang-ulang, air mata jantan pun mengalir tapi serius bukan sebab sakit semata-mata, tapi mungkin aku fikirkan mak bapak aku yang risau tunggu aku dekat luar bilik ditambah macam² perkara berlegar dalam kepala aku yang pening masa tu.


A) Syukur aku cuma patah rahang kiri, bukan hilang rahang kiri.
B) Pemasangan dawai halus.
C) Dipasang sampai ke gigi dalam.
D) Bila dah kemas pasang dawai tu barulah diaorang masukkan Arch Bar.
E) Nama pun dawai, hujungnya haruslah tajam apatah lagi bila terkena bahagian dalam mulut. Mahu tak mahu aku kena nikmati rasa sedap tu sebelum benda tu boleh dibuang jauh² sebulan kemudian ;)

Inilah dia yang dipanggil ArBa atau nama panjangnya disebut Arch Bar *buka mulut seperti di atas

Getah² kecik tadi tu diselitkan-selitkan antara atas dan bawah silang menyilangi antara satu sama lain untuk memaksa mulut tertutup rapat.

Sepanjang sebulan tu aku perlu makan menggunakan straw besar. Jemu makan bubur, aku makan nestum/ oat dan yang paling seronok adalah part minum ubat. Nak telan tak boleh, maka ubat dibancuh dan disedut perlahan. Pahit dia membawa ke pedas, nak menangis pun tak guna sebab benda dah lepas.

Insan yang patut merasa paling lega adalah emak aku. Dia yang teman tidur sebelah aku seminggu pertama dekat rumah. Kauorang bayangkan dengan mulut tertutup, hidung tersumbat, Masya Allah susahnya nak tidur masa tu..

Emak aku juga yang rajin jenguk² masa aku baring sorang², dia juga yang sediakan makanan, minuman, dan tak lupa juga ubat² yang pedas tadi tu. Dia juga yang blend-kan bubur berkali-kali bila aku tak dapat sedut melalui celah gigi. Tanpa mak aku tak rasa semangat aku boleh sekuat itu. Terima kasih tak terhingga untuk mak. *tiba² terharu bila dah tiba penutup cerita.. Ok lah, habis kat sini je. Babai ;)

Friday, June 15, 2012

Kenapa kucing keluarkan bunyi "grrrrrrr" ketika makan?

Assalamualaikum


Kalau tak silap kali terakhir keluarga aku bela kucing dalam enam tahun lepas. Kucing terakhir tu mati sebab termakan racun tikus dekat bawah rak dapur. Aku masih ingat lagi dia terbaring dekat bawah ampaian baju dengan mulut yang berbuih. Bapak aku sempat minumkan air kelapa dalam mulut dia, tapi semua tu dah dah terlambat. Sedih.

Tak menangis tak bermakna aku tak sayang kucing tu. Mungkin sebab masa tu aku tak berapa mesra dengan kucing. Akak aku yang beriya menangis tersedu-sedu. RIP Kucheng..

Ok cerita sedih tamat di situ.. Jom layan cerita baru.


Ini kucing baru yang menginap di rumah mak bapak aku. Yang kiri ni bole kira kucing angkat sebab diberi oleh jiran sebelah kanan punya kanan. Untung dia ada dua famili penyayang kan.. ;D Namanya Enot. tengah sarat bunting, nampak gaya macam ada lapan ekor je dalam perut dia tu, enam betina, dua jantan.. Mungkin ok mungkin hehe

Yang kanan pulak betina, aku panggil dia Miko. Suka tidur sebelah aku. Aku suka gurau² dan sesekali cakap² dengan dia. haha. Sedikit manja dengan manusia lebih² lagi lelaki. Al-maklumlah kucing betina. Tengok, binatang pun tahu bezakan antara 'jantan' dan 'betina'. 

Ingatkan manusia je pandai berkongsi makanan? Kalau kucing makan sambl keluarkan bunyi "grrrr" manusia pulak potpet².. Eh silap² kalau manusia tangkap gambar 11, 12 keping dulu sebelum makan.. Jangan lupa Bismillah sudah la.. ;)

Gambar ni menggunakan teknik gambar gegaran mengaburkan muka.. Kebetulan terguna teknik ni.


Jadi apa sebab kucing keluarkan bunyi "grrrrrrr" ketika makan? Maaf aku sendiri tak ada jawapan yang pasti. Mungkin sebab takut makanan dia dikebas. ;D

Tapi yang pasti jangan disakiti makhluk yang bernama kucing ini,
jangan dipotong kakinya,
jangan dipijak, jangan disepak badan dan kepalanya,
Jangan dipotong telinganya..
JANGAN!

Wednesday, May 16, 2012

Oh guru..

Assalamualaikum


Oh guru, kau ibarat lilin yang menyinari hidup kami,
Tanpa tunjuk ajar darimu, tidak mungkin kami lancar
mengeja dan mengira seperti hari ini;

Oh guru,tanpa teguran dan cubitan berbisa darimu,
tidak mungkin dapat kami mendisiplinkan diri seperti hari ini;

TERIMA KASIH untuk segalanya. ;)

Ok tak perlu nak skema sangat ayat tu, yang penting tulus dari hati.. hehe. Minggu lepas anak buah aku  balik bawak lukisan (bawah ni) yang cikgu dia bagi. Lukisan siapa yang terbaik, dia berhak dapat hadiah la kan.

Rasanya hadiah zaman moden penuh pancaroba ni pun cikgu bagi hadiah berupa hamper terdiri daripada pelbagai jenis jajan dan gula² yang merosakkan gigi. Tak mungkin kot bagi hadiah berupa BlackBerry dan telefon² canggih semua tu sebab mak bapak sekarang kan ramai yang kaya dan murah hati bagi anak² diaorang gajet² canggih, bila anak² terlebih 'canggih' barulah nak terngadah.
Cikgu Irma Hasmie  memejamkan mata berkali-kali  tanda terharu
menerima hadiah 'gula²' besar dari anak muridnya, Atiqah
Satu perkara yang aku ingat masa kat sekolah rendah dulu bila tiba Hari Guru, hati aku akan seronok dua kali ganda  mungkin sebab hari tu sedikit bebas.

Tapi masa nak salam cikgu² sambil hulur hadiah tu yang agak segan. Al-maklumlah aku biasa bagi hadiah paling mudah berupa sebuku sabun mandi yang dibungkus cantik. Hadiah yang murah tapi sangat berguna. Dapatlah kiranya cikgu tu berjimat kerana mendapat bekalan sabun yang cukup untuk dua bulan. 

Wednesday, May 2, 2012

Normal


Hai semua... Harap² kauorang sihat dan ceria selalu. Alhamdulillah kali ni aku betul² muncul dengan kondisi yang lebih cergas. Dua minggu lepas tu aku terpaksa tenggelam semula sebab dapat sambung MC lagi, doktor dah bagi terima je la kan. ;D

Serius rindu habis nak aktif blogging semula. Rindu nak kongsi cerita kat blog ni. Ada dua, tiga orang tanya cerita baru kat blog. Tanpa dua, tiga orang macam tu tiadalah semangat aku nak aktif semula.

Sepanjang melepak kat rumah, banyak askrim Magnum yang aku balun. Al-maklumlah, nak balas dendam gara² tak dapat kunyah makanan.
Ok caption atas tu memang tak benar sama sekali. heheh. Gambarajah atas tu adalah benda alah batang kayu yang doktor bagi dan perlu aku selit dekat rahang lepas proses buang besi di mulut. ;)

Mulut manusia normal boleh selit 20 batang askrim tu. Masa entri ni ditaip aku dah boleh selit 19 batang, syukur. Setiap kali nak selit satu batang tu rasanya lebih kurang macam ada sebijik burger king paling besar paling keras tersekat kat mulut kauorang selama 30 saat, agak sakit dan lenguh tapi kalau aku tak praktis selit kayu² ni, mulut aku berpeluang kekal tak boleh bukak besar macam orang normal.


p/s: Sedang dalam proses habiskan buku "Dahsyatnya Taubat Nasuha." Jatuh cinta habislah dengan buku tu!  InsyaAllah akan dikongsi dalam blog nanti.

Thursday, April 19, 2012

Bukan mimpi

Assalamualaikum 


Mula² sekali dah tentu aku nak ucap kata syukur kepada Ilahi kerana masih panjangkan umur aku. 20 Mac 2011, hari Selasa lebih kurang pukul 9 pagi adalah tarikh di mana aku dengan secara 'epik'nya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Semua tu gara2 kelalaian dan kucuaian aku sendiri. Aku tak rajin nak cerita punca sebenar, harap² kauorang tak kisah, cukup untuk aku cakap biar lambat asal selamat, jalanraya itu bukan bapa kita yang punya (untuk diri aku jugak). ;D

Kalau ikut 'spec' sebenar badan aku sedikit kurus, parut kat bahagian kiri muka,
sikit kat tangan kiri kanan, sikit lutut kiri kanan. ;D

Apa yang aku rasa ni mungkin tak seberapa, ramai lagi yang pernah rasa lebih teruk dari aku. Masa kejadian tu aku terhentam sebuah motosikal lain, beriya-iya aku cuba elak motosikal (dari arah kiri) tu tapi semuanya Dia dah tentukan untuk aku rasa dan untuk aku ambik segala pengajaran yang ada. Sebaik motosikal aku sentuh motosikal tu aku tak rasa apa, pitam. Sedar pun bila ada sorang brader kejut aku. Masa tu aku rasa macam bermimpi, sungguh. Kepala rasa pening, mata rasa berpinar, pipi sebelah kiri terasa macam berat. Bila pejam mata sekali lagi baru aku dapat rasa yang semua tu bukan mimpi, tapi dalam hati aku betul2 harap semua tu mimpi (paham kan?).



Aku pandang motosikal, tersadai dekat tengah jalan. "Ahh sudah!", aku cakap dalam hati. Brader tu bawak aku masuk kereta dia, terus hantar ke Hospital Kota Tinggi. Masuk je kereta aku terus terpandang cermin pandang belakang. Baru aku sedar keadaan aku masa tu berada dalam kategori sangat tidak ok. Hidung berdarah, pipi kiri bengkak sampai mulut pun jadi senget. 

Aku tunjuk 'gigi besi' kat Haziq, dia kata "eee cantiknya besi bawah" sebab
besi bawah lebih rata berbanding besi atas hehe.

Macam² aku fikir masa tu. Yang paling aku risau adalah mak aku. Mesti dia jadi orang paling risau bila tau pasal ni... Masuk wad kecemasan, diaorang hadiahkan sedikit bebelan dekat aku sambil lapkan darah, luka² aku. Masa tu aku rasa macam ada sebatang gigi aku patah. "Nasiblah kau Sop", aku kata dalam hati lagi.



Bila siap X-ray, gigi semua elok, tapi rahang sebelah kiri yang patah. 'Seronok' bila aku dengar doktor cakap macam tu. Diaorang terus hantar aku ke klinik pergigian, sebelah hospital tu je. Lepas check apa yang patut, doktor gigi tu bagi dua plan (pilihan). A - Pasang plate (sakit tapi cepat sembuh) atau B - pasang besi pada gigi atas dan bawah untuk diikat rapat², ketat² (kurang sakit, lambat sikit nak sembuh). Dua2 pilihan pun mengerikan bagi aku (tak tahulah kalau kauorang). Mahu tak mahu aku pilih plan B yang kononnya kurang sakit tu.



Proses bermula di bahagian gigi bawah, 7/8 suntikan bius dekat gusi (macam yang kita semua pernah rasa, suntikan pertama dan kedua memang terbaik). Diaorang mula  potong dawai halus banyak² dan sediakan segala barang untuk 'selesaikan' masalah aku. Yang aku mampu, istighfar dan bersedia untuk 'menikmati' rasa sakit yang bakal menerpa. Puas aku tahan segala rasa sakit termasuk rasa sakit dekat lutut kiri (macam nak tertanggal) yang tiba2 muncul pada minit akhir proses yang makan masa hampir dua jam tu.


Kejap kau sihat kejap kau sakit, syukuri  nikmat-Nya setiap minit.

Lepas diaorang siap ikat besi kat gigi bawah, abang aku terus bawak aku pergi HKT balik untuk X-Ray lutut. Doktor Cina tu cuma beritahu "Lutut awak ok, tak ada masalah". Agak melegakan. "Bengkak biasa je kot", Aku sedapkan hati sendiri. Tapi aku baru tahu yang tisu lutut koyak bila aku datang hospital empat minggu kemudian (minggu ni). Masa tu dah terlambat sebab cecair dekat bahagian tisu koyak tu dah makin banyak. "kena tebuk, sedut air, rasa sakit pun hilang", doktor Melayu tu cakap. Rahang dah ok lutut pulak main 'peranan' dalam cerita ni, tapi aku buat² tabah, aku redha.

Ok sambung part pasang besi semula. Dengan tenaga tinggal 1 bar, masa tu aku cuma fikir pasal sanggup tak sanggup je nak bertahan tunggu diaorang pasang besi dekat bahagian gigi atas pulak. SubhanAllah, aku masih ingat macam mana rasanya. Badan lembikkk tak bertenaga tapi tetap kena bertahan, kali ni dapat 8/9 suntikan bius. Serius rasa macam nak 'menangis geram' masa tu hahah. Pulak tu diaorang kejar masa sebab waktu kerja dah nak habis.



Buat kerja cepat², paham² jela macam mana manusia yang dok bertahan tu rasa. ;D Siap besi atas bawah diaorang ikat guna getah kasi rapat gigi (rahang) yang patah tu. Kauorang paham kot apa rasanya.. Syukur, selesai jugak. Aku tengok mata mak aku berair je. Itu antara yang aku tak gemar dalam cerita ni, aku cedera dan aku buat famili terutamanya mak aku bersedih. 


Si Balqis pulak takut nak tengok muka aku dekat² sedangkan
dia yang sibuk ajak mak dia balik sebab nak tengok aku hehe
Famili aku bawak aku pergi HKT semula sebab aku kena masuk wad satu malam. Esok paginya terus pergi Hospital Sultan Ismail untuk kasi ketat lagi getah pengikat tu. Kali ni rasanya betul2 mantap! Dua minggu lepas tu datang untuk bukak getah, dua minggunya lagi datang untuk bukak besi. Dah ok pun sekarang, cuma bukaan mulut baru separuh dari bukaan normal. Gigi² jadi sedikit 'lari' tu boleh dikira bonus la kan hehe. Syukur, Dia dah kembalikan nikmat sihat pada aku yang mungkin dulu terlebih dalam berkata-kata yang lagha berbanding yang baik atau terlebih bernyanyi berbanding mengaji.

Sebelum aku habiskan entri panjang-habis-kalau-kauorang-baca-lompat²-pun-aku-tak-kisah ni, aku nak ucap terima kasih untuk kesekian kalinya kat semua di atas doa, nasihat dan keprihatinan kauorang. Ada yang mintak aku cerita kat blog pasal benda ni, dengan rela hati aku buat, bukan untuk raih simpati tapi untuk raih nasihat. Selain nak kongsi beberapa pengajaran yang aku dapat dalam cerita patah ni. Kalau kita rasa selama ni kita dah cukup sabar, kita memang silap. Kekadang bila dapat ujian macam ni baru kita nampak sabar kita tu tahap mana, kuat kita tu tahap mana dan syukur kita tu tahap mana. 

Berbalik pada cerita lutut. InsyaAllah 23/5 nanti aku jumpa doktor, kasi tebuk sama itu lutut, sedut itu cecair, hilang rasa sakit macam yang doktor tu cakap. Harapan aku dah tentulah harapkan proses tu semudah ABC, selancar Alif Ba Ta dan tak sesakit seperti besar punya operate. Aminnn. ;)




*Fuhh! Siap jugak entri bajet bagus ni. (dah la lama tak jenguk blog kengkawan, tiba² muncul dengan entri berjela-jela) ;D Kadang² ada jugak aku jadi pembaca senyap kauorang masa kat rumah, serius rindu nak aktif macam dulu. InsyaAllah aku cuba kejar segala yang tertinggal semampu budak yang baru sembuh dari 'mimpi'. 

Thursday, February 16, 2012

Kalaulah aku tahu

Assalamualaikum

Kalaulah aku tahu memang aku tak nak join rombongan malam macam ni...


Cerita yang agak suam² seram ni baru je berlaku malam semalam. Bosan dekat rumah aku pun ikut satu rombongan sambil belajar ke kawasan penempatan (kampung)  lama yang agak mistik dan bersejarah. Kedudukannya terletak sedikit jauh ke pedalaman. Seingat aku kitaorang datang lebih kurang satu rombongan bas. 
Sampai sana dalam pukul 10 malam. Ketua kampung tu terus sambut kitaorang dan suruh ikut laluan khas dalam kampung tu. Laluan tu berbumbung dan bertirai besi (macam kat kebanyakan kedai, garaj kereta tu).  So kitaorang cuma boleh tengok penempatan/ peninggalan lama sebelah kanan je la. Sambil jalan sambil tu  ketua kampung membebel terangkan pasal sejarah tempat diaorang.


Bila dah sampai penghujung semua diminta bertenang sebab diaorang nak bukak tirai sebelah kiri tu. Sejurus diaorang bukak tu mata kitaorang terus nampak makhluk halus bersepah kat hutan depan tu.

Perasaan cuak tu tak perlu aku gambarkan la kan. Sebab jarak antara 'diaorang' dengan kitaorang dalam 40 meter je. Jelas kot muka hantu betina tu, yang aku ingat semuanya dalam keadaan bugil, pucat satu badan. Ada yang dekat bawah pokok, ada jugak yang dekat bawah pokok (sebab banyak pokok).

Yang aku pelik kawan² yang lain tak tunjuk muka cuak pulak, mungkin masing² cover macho depan awek. Tapi masing² tak berani nak keluarkan BlackBerry CURVE 8520, Samsung Galaxy SII, Sony Ericsson Xperia atau Nokia N8 masing² untuk tangkap gambar.

"Diharap semua terus bertenang, tu perkara biasa." Ketua kampung memberi arahan.


Kauorang bayangkan macam mana nak bertenang bila makhluk tu dah mula sergah kitaorang sambil campak buah² busuk kat kitaorang. Makin lama makin banyak, 'diaorang' makin dekat dan dekat lepas tu terus kejar kitaorang. Itulah pengalaman pertama kena kejar dengan makhluk halus. Cuak tahap maksima lah masa tu. Semua lari lintang pukang patah balik ke pintu luar tadi.. Sambil berlari lintang pukang tu aku menjerit "menyesal aku join rombongan ni lah."


Nampak macam mengarut kan? Tapi memang itu yang berlaku.....






Sekian, wassalam.
Masih ada plan B.

Tuesday, February 7, 2012

Korek tabung



Semakin menarik sesuatu tabung,
semakin rajin seseorang itu menabung..?
Salam MaulidurRasul. Jom terus perbanyakkan selawat ke atas Baginda.

Rasanya semua pernah merasa nikmat mengorek tabung bukan? hehe. Masih aku ingat dulu mak aku belikan tabung bentuk kelapa muda. Masa tu belum terfikir lagi kumpul duit untuk kahwin, orang kata hingus masih meleleh lagi, mainanlah yang sentiasa tersenarai dalam kepala.

Tabung tu aku simpan baik² sebelah tabung adik/ akak (tak berapa ingat) aku. Duduknya bawah katil abang aku. Tiap hari  kalau ada duit sekolah yang berbaki pasti aku sumbat dalam mulut tabung tu dengan harapan cepat penuh. Maka cepatlah  boleh aku kasi pecah itu kelapa.

Aku rajin goyang² tabung, lagi sekupang nak cukup seghibu ringgit mesti duit tu akan dikorek guna lidi. Aku rajin guna duit tu untuk beli tikam². Kuat betul pengaruh benda lagha tu. Tak lama lepas tu baru aku sedar bahawasanya benda tu dikira judi.

Bila menganjak remaja aku lebih fokus dalam bab² menabung ni. Masa tu aku paling rajin mengayuh basikal BMX aku. Selain menyihatkan, ia jugak mampu menghitamkan kulit bila kau mengayuh tanpa menghiraukan sinaran UV  terik mentari. Ok, selesai entri rojak hari ni.



Sekian, wassalam.
Masih ada plan B.



Friday, February 3, 2012

Put on a SMILE






Senyum di hari Jumaat, insyaAllah senyum membawa berkat. Tak rugi satu sen pun kalau kita hadiahkan sekuntum senyuman dekat orang lain.. kan. Sambil tu boleh zikir.  Tak ingat zikir untuk hari ni? Klik ini. Tempat kauorang cuaca ada baik hari ni? Sini hujan renyai², cuaca dingin. Mata serius berat ya amat masa dengar khutbah tadi. Ustazah aku kata itu semua angkara syaitan yang tengah bergayut dekat bulu
mata kita.  Wallahualam.

Setiap hari Jumaat biasanya aku teringat barang²
yang hilang pada hari ni terutamanya selipar jepun.
hahah.Tapi bila imbas balik zaman sekolah agama dulu
aku jadi ketua kelas (kain sampin ungu). Jadi
kitaorang ditugaskan untuk pantau bebudak
lain dekat masjid. Bising je kitoarang catit
nama, bagi kat ustaz dan diaorang  kena
bersedia menerima 'jajan' di tapak tangan.

Bila dah macam tu mestilah ramai yang
anti dengan kitaorang kan. Aku ingat lagi
kain sampin ungu aku ditarik masa tengah
sujud oleh sorang budak lelaki bajet kacak.
hahah.Tak lain dan tak bukan dia buat benda
tu gara² cemburu dengan kami geng ketua kelas.


Ok habis entri ringkas untuk hari ni,
dont forget to put on a smile on ur cute  finger face. hehe.

*Gambar kepunyaan leilockheart
Sekian, wassalam.
Masih ada plan B.










Wednesday, January 11, 2012

Benda dah jadi

Assalamualaikum

Kita mesti dah biasa dengar ayat "benda dah jadi, sabar je lah" atau "nak buat macam mana, benda dah jadi pun." Mungkin jugak ada ayat yang berbunyi "Tu la kau, siapa suruh bla² bla." Tapi apa yang pasti kita kena yakin setiap yang berlaku tu PASTI ada hikmahnya, kalau tak cepat, mungkin lambat kita baru nampak semua hikmah tu. Dia Maha Mengetahui.

Oh Nike yang ohsem.. Bilakah lagi bisa ku dapatkanmu? 


Aku ingat lagi gaji pertama aku kerja dekat kilang buat kerepek dulu. Gaji tu aku bagi sikit kat mak aku, balance aku buat beli sepasang kasut Nike warna coklat pekat campur coklat muda. Aku dah taip "chocolate nike shoes" dekat Google tapi tak jumpa yang sebijik macam tu.



Bila pakai kasut tu aku rasa tahap konfiden aku bertambah. Contoh, macam mamat kat atas ni..
Tapi dulu aku jenis 'lurus'.

Kawan nak pinjam kasut tu bawak pergi bandar aku bagi.
Kawan nak pinjam kasut tu bawak pergi merentas desa aku bagi.
Kawan nak pinjam kasut tu bawak pergi rombongan pun aku bagi. hehe

Padahal kasut tu baru aku pakai beberapa kali je. Aku sayang kasut tu. Ok cerita ni nak habis dah. Sorry kauorang terpaksa layan cerita benar aku ni hehe. Bila dapat kat aku, tapak kasut dah makin nipis, dah ada tanda nak patah dekat bahagian tapak sebab dipakai lasak mungkin. 

Yang paling seronok bila aku bawak kasut tu pergi orientasi masa masuk kolej dulu kasut tu dah betul² patah bahagian tapak. Pulak tu masa tu hujan, kena lalu kawasan berlumpur, memang terbaiklah! ;)


Orang kata kalau nak bagi pinjam/ hadiah biarlah sesuatu yang kita suka dan berkeadaan bagus, itu yang terbaik.


Pssst : Pelekatku ada 
benda baharu!





Sekian, wassalam.
Masih ada plan B.


Friday, December 30, 2011

Tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya


Cerita ni dah lama terjadi sebenarnya tapi baru hari ni dapat peluang nak kongsi dengan kauorang, Alhamdulillah.



Lokasi : Food court Setiawangsa (kalau tak silap)
Waktu : Tengahari/ 2009

Kelihatan seorang lelaki yang kelaparan sedang mencari kerusi dan meja kosong untuk diduduki. Gayanya seperti sudah tidak sabar hendak mengunyah nasi dan lauk ikan keli masak lemak yang baru diambil dari meja kedai makan dalam food court tersebut. 

Sebilu (senyum biar selalu)

Dia ternampak sebuah meja kosong yang berhadapan dengan meja dua orang gadis cantik 'bebas rambut' sedang duduk makan menggunakan sudu dan garfu, dengan pantas dia melabuhkan punggung. Terus membasuh tangan dan makcik kedai pun datang..

Makcik : Minum air apa dik?

LelakiTeh O suam satu cik.

Dalam ketidaksabaran itu pun dia sempat menadah tangan, berdoa memohon keberkatan rezeki yang bakal ditelannya itu. Gadis² itu tertawa dan tersengih tatkala ternampak lelaki tersebut menadah tangan membaca doa sebegitu. Dan lelaki itu bernama Mohd Yusof. ;)

"Demi Allah dan keagungan-Nya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya."




ZIKIR HARI JUMAAT
YA ALLAH … YA ALLAH … YA ALLAH
~ Allah akan memberi ketenangan hati bagi yang membacanya dan merasa kelazatan zikrullah.~

Sekian, wassalam.
Masih ada plan B.


Saturday, December 3, 2011

Ketika Aku kecil #2



Lama sungguh rasanya aku tak sambung pasal ni, antara tajuk kegemaran aku. Yela siapa tak rindu zaman kanak² kan, bersuka ria dengan permainan tradisional sepanjang masa, sampai terlupa waktu nge-date dengan pakwe/ makwe.



Hehe masa kecik dulu mana ada fikir pasal pakwe makwe ni. Itu yang paling aku rindu pun, bebas dari tanggungjawab menjaga perasaan sendiri mahupun perasaan orang lain. Ok lah aku cuba sambung semula.




Ketika aku kecil..

Aku suka main permainan Zero Point.


Permainan ni memerlukan getah tempe yang disambung-sambung serta keberanian dan kebolehan melompat di tahap tinggi lebih² lagi bila dah masuk part atas kepala dan ke atas. Kalaulah dulu aku dah pandai lompat gaya terbang tu kan mudah tugas aku sebagai seorang pemain Zero Point hehe.


Yang paling aku ingat, aku selalu digelakkan masa main benda tu kerana badan aku agak debab sedikit masa tu. Ye saya agak debab masa tu dan saya ok. ;D




Ketika aku kecil..

Aku suka main permainan Ting-Ting

Permainan ni tak dimainkan sekerap permainan atas tu sebab ada yang kata permainan ni agak keperempuanan sedikit. Tapi ia tetap menjanjikan keseronokan yang sukar digambarkan oleh kata² kehkehkeh.



*Gambar² dari Google.


Sekian, wassalam.
Masih ada plan B.


Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails