Kes ni terjadi dekat tempat aku lebih kurang 17 tahun yang lepas. Zaman tu adalah zaman paling menerujakan bagi seorang kanak² seperti aku sebab masa tu dunia sosial budak² belum dicemari dengan 'virus' teknologi lagi. Banyak permainan melibatkan aktiviti fizikal dan mengerah tenaga-mengeluarkan peluh yang banyak. Sebab tu budak-budak dulu lebih sihat berbanding budak² sekarang hehe
Aku selalu jugak bermain dengan geng jiran sebelah kiri (budak perempuan sebaya yang comel dan kurus dibandingkan dengan aku masa tu) dengan jiran depan rumah sebelah kiri tadi tu, dengan sorang lagi jiran sebelah kanan rumah jiran yang depan tadi tu (paham kan kedudukan rumah diaorang?) ;D
Kes epic ni membabitkan aku dengan jiran sebelah kiri tu. Kitaorang pernah main lintas² penutup lubang jamban rumah jiran. Tak pasti kenapa masa tu kitaorang pilih permainan tu, mahu lebih cabaran barangkali. Penutup tu daripada zink dan boleh tahan berkarat, lepas tengok dia berjaya melintas je penutup lubang najis tu aku pun dengan yakin terus mulakan langkah.
Disebabkan kilogram aku melebihi kilogram dia sekitar 5-6 KG macam tu ditambah dengan nasib yang kurang baik, aku tak dapat mengawal keseimbangan tubuh lalu terhumbanlah sesusuk tubuh ke dalam lubang yang penuh dengan sesuatu bewarna coklat keemasan yang aku pasti semua tahu apa namanya. *serius
Mujur kawan aku tu sempat panggil makcik empunya jamban. Tak lama lepas tu mak dia dan mak aku pun sampai tolong tarik aku yang dah berenang dalam takungan 'benda' coklat tu. Kebetulan masa tu aku pakai baju melayu sekolah agama. So dapat bayangkan tak baju melayu putih bertukat warna coklat keemasan dalam sekelip mata?
Lepas berjaya je keluar dari lubang tu aku dengan mak terus berjalan balik ke rumah sambil mak membebel pasal pasal 'kehebatan' aku dan terus ke belakang rumah. Mak ambil cangkul, aku membogelkan diri. Terus tanam baju melayu coklat tersebut and we say good bye.
Sebab tu aku berani cakap yang pengalaman budak² dulu jauh lebih mencabar berbanding pengalaman budak² sekarang ;D