Showing posts with label penceritaan. Show all posts
Showing posts with label penceritaan. Show all posts

Monday, July 9, 2012

Kucing bersayap (sambungan)





Pertama kali datang ke sana perasaan aku memang pelik. Rasa sungguh asing tempat tu. Kedudukan dia tinggi.. Lebih kurang bangunan setinggi 15 tingkat. Angin boleh tahan kuat. Nak jalan pun takut² je.. Tak ada siapa pun kat situ..

Disambung >>>>

Kali pertama sampai kat situ, sifat jakun dan ingin tahu mestilah di tahap tinggi kan. Aku jalan perlahan ala² askar wataniah sedang menghendap musuh, rendahkan pusat graviti. Ngeri tahu jalan kat tempat tinggi berangin macam tu. Mujur aku tak berapa gayat dengan ketinggian..

Kawasan tu lebih kurang macam ni, cuma mungkin lebih rendah
Sambil jalan aku perhatikan kawasan sekililing. Tak ada apa selain pokok-pokok yang bergoyang ditiup angin. Tengah khusyuk perhatikan sekeliling tu, tiba² ada satu 'benda' hitam melintas agak jauh depan aku. Serius macam tak percaya benda tu adalah kucing hitam yang bersayap!


Lebih kurang begini rupa kucing hitam bersayap tu

Ok semua yang aku cerita ni adalah seperti yang aku lalui pada malam ahad 8 Julai hari tu di dalam sebuah mimpi ;) Kebetulan petang tu aku ada tangkap gambar anak² Enot yang dah nak masuk umur sebulan kalau tak silap. Ada empat ketul semuanya. 

Motif: TV S'pore baru siar The Dark Knight malam tadi,
kalau ada can nak nonton The Dark Knight Rises pulak! ;D

Aci, Acu, Aco, dan Ace nama diberi, *disebut sambil menepuk tangan berulang kali. 

Salah seekor garang betul² garang, sulung barangkali. Hulur tangan sekali dia buat bunyi macam nak 'muntah'. Dua tiga kali hulur dia tetap buat macam tu sampai jari aku kena cakar manja.. ;D

Ok nama tu tak betul, biarlah ibu dia sendiri yang bagi nama setiap sekor

Saturday, June 23, 2012

Mengada-ada


Assalamualaikum


Hai! saya pipi Umairah

• Mengada-ngada nak tinggalkan blog lama². Saja nak tunggu ada tak pembaca tanya "woi bila nak kemaskini blog?" ataupun "dah tak reti kemaskini blog eh?" tapi tiada. #bajet 

Mood kekadang mampu mempengaruhi kadar keaktifan seseorang blogger untuk mengemaskini blognya lebih² lagi yang macam aku, bersuara hanya melalui blog... kononnya. 



• Dalam mood aku yang tak berapa cun kebelakangan ni sempat juga aku post pasal 'jantung pisang' juga pasal kucing.. Tapi bila terbaca entri pasal kucing kat blog Ezan, aku jadi sedih. Pun lebih kurang kesnya, kucing pergi tanpa disengajakan. RIP wahai haiwan kesayangan Nabi. Haiwan comel memang sentiasa disayangi kan.

Kebetulan kucing aku, Enot yang bunting baru selamat memberanakkan anak-anaknya seramai empat ekor, meleset jauh dari jangkaan aku, lapan ekor. Saja aku gunakan perkataan 'seramai' sebab manusia sekarang ramai yang pegang title 'seekor' tu. 



• Anak buah aku, Umairah, baru masuk dua tahun semalam dan ingin buat majlis ulang tahun sendiri, masak mee sendiri, sediakan jajan² sendiri kat rumah mak bapak aku. Err makna kata ibu dia lah yang nak buat senua tu. Aku tumpang seronok je, sempat juga buat satu bunting bersaiz comel. Ibunya dah siap order kek tadi, kejap lagi aku cuba cari dan beli.


• Dah kenapa aku mengada-ngada buat entri dalam bentuk point macam ni?  

Ok selesai.
Selamat bercuti,
kurangkan merepek lagi,
jangan lupa muhasabah diri. ;)

Friday, June 15, 2012

Kenapa kucing keluarkan bunyi "grrrrrrr" ketika makan?

Assalamualaikum


Kalau tak silap kali terakhir keluarga aku bela kucing dalam enam tahun lepas. Kucing terakhir tu mati sebab termakan racun tikus dekat bawah rak dapur. Aku masih ingat lagi dia terbaring dekat bawah ampaian baju dengan mulut yang berbuih. Bapak aku sempat minumkan air kelapa dalam mulut dia, tapi semua tu dah dah terlambat. Sedih.

Tak menangis tak bermakna aku tak sayang kucing tu. Mungkin sebab masa tu aku tak berapa mesra dengan kucing. Akak aku yang beriya menangis tersedu-sedu. RIP Kucheng..

Ok cerita sedih tamat di situ.. Jom layan cerita baru.


Ini kucing baru yang menginap di rumah mak bapak aku. Yang kiri ni bole kira kucing angkat sebab diberi oleh jiran sebelah kanan punya kanan. Untung dia ada dua famili penyayang kan.. ;D Namanya Enot. tengah sarat bunting, nampak gaya macam ada lapan ekor je dalam perut dia tu, enam betina, dua jantan.. Mungkin ok mungkin hehe

Yang kanan pulak betina, aku panggil dia Miko. Suka tidur sebelah aku. Aku suka gurau² dan sesekali cakap² dengan dia. haha. Sedikit manja dengan manusia lebih² lagi lelaki. Al-maklumlah kucing betina. Tengok, binatang pun tahu bezakan antara 'jantan' dan 'betina'. 

Ingatkan manusia je pandai berkongsi makanan? Kalau kucing makan sambl keluarkan bunyi "grrrr" manusia pulak potpet².. Eh silap² kalau manusia tangkap gambar 11, 12 keping dulu sebelum makan.. Jangan lupa Bismillah sudah la.. ;)

Gambar ni menggunakan teknik gambar gegaran mengaburkan muka.. Kebetulan terguna teknik ni.


Jadi apa sebab kucing keluarkan bunyi "grrrrrrr" ketika makan? Maaf aku sendiri tak ada jawapan yang pasti. Mungkin sebab takut makanan dia dikebas. ;D

Tapi yang pasti jangan disakiti makhluk yang bernama kucing ini,
jangan dipotong kakinya,
jangan dipijak, jangan disepak badan dan kepalanya,
Jangan dipotong telinganya..
JANGAN!

Monday, May 28, 2012

Jom cuti!

Assalamualaikum

Siapa² yang masih bergelar pelajar tu memang seronok lah bila tiba masa untuk bercuti ni kan. Inilah masa diaorang nak jalan² makan angin, inilah masa diaorang nak bangun pagi pukul 11.58 pagi, inilah jugak masa untuk diaorang sama ada menambahkan lemak ataupun sebaliknya, pilihan di tangan masing². ;D

Free MMS from awek HOTlink

Lain pulak yang dah bergelar pekerja ni, masa macam inilah digunakan untuk dirikan rumah tangga.  Masa macam inilah digunakan untuk anjurkan majlis kahwin. Err bukan sama je ke? Bagi aku 'dirikan rumah tangga' sama dengan sederhana, manakala 'anjurkan majlis kahwin' sama dengan sangat tidak sederhana atau boleh dikatakan berlebih-lebihan. Bukankah Islam mementingkan kesederhanaan? ;)


Erti cuti bagi budak² sekolah rendah pulak tak payah cakaplah sebab masing² pun tahu betapa seronoknya bila cuti sekolah tiba kan. Kalau boleh bangun pagi taknak gosok gigi taknak sarapan, terus nak main galah panjang, ting-ting, guli, rounders, sembunyi ibu, cuit tiang, pondok-pondok, tikam-tikam, zero point bla² bla² bla.. Semua permainan tu sangat menerujakan bagi kanak².

Pulak tu dulu badan aku agak debab, main zero point ada dua tiga orang budak perempuan senyum sinis tengok aku main... Mungkin bahagian itu yang selau dipandang budak² perempuan masa kecik dulu kan, oh ye bahagian tu dipanggil punggung.

Ok sebenarnya aku rindu nak bercuti. Teringin nak cuti lepak² dekat pulau dengan sahabat sekampung, rehatkan badan, rehatkan otak. Tak dapat pergi 3 hari, dapat seminggu pun ok.


Tuesday, March 13, 2012

Random awesome #3

Assalamualaikum


Sibuk

Hidup tanpa kesibukan akan terasalah kekosongan. Maka, syukurilah setiap masa yang kauorang ada. Dalam sibuk dan cemerkap tu pun aku cuba update blog dan jenguk blog orang. TERIMA KASIH pada yang datang menjenguk dan mengomen, aku cuba balas jejak kauorang nanti insyaAllah (ayat biasa untuk kebanyakan blogger yang sedang sibuk). ;D


Oi (nama kucing Amen) 

Kucing (kawan kepada Oi) Amen mati pada hari Ahad gara² sistem tubuh dia tak boleh terima makanan lagi. Makan muntah, makan muntah sampai badan kurus dan lemah. Matilah seekor binatang kesayangan Rasulullah S.A.W.


Malam sebelum tu pulak Muz terlanggar kucing yang tiba² melintas depan kereta dia. Mujur tak masuk bawah tayar. Umur kucing tu panjang lagi barangkali.


Bocah cilik

Minggu ni rumah mak bapak aku jadi sedikit kecoh
dengan kehadiran tiga bocah cilik iaini anak² buah
aku. Kalau semua balik mungkin aku terpaksa guna
plan B untuk menangani kekecohan yang bakal
diaorang timbulkan tu.

Nama pun bocah cilik, tak sah kalau tak kecoh dan
tak sepahkan rumah. Si Umairah ni dah makin lancar
berkata-kata. Macam² bunyi binatang dah dia pandai
buat termasuk bunyi burung tekukur guna tangan.
Tapi tak ada bunyi, air liur je la yang lebih. hehe.

Pantang nampak aku pegang henfon, dia sibuk nak
pegang. "Enyum" dengan gaya nak tangkap gambar
orang. ;D

Aku biasa tunggu SMS dari orang yang sama tiap kali
tengok henfon.. Tapi ia jarang muncul.. huhu



Kerja kahwin

Ahad lepas ni jiran satu blok ada buat kenduri kahwin. Balik jogging terus mandi, sarung baju blok, wangi²kan diri langung pergi rewang dekat rumah jiran tu. Sekarang ni makin ramai yang sediakan ayam golek untuk majlis kahwin. Untunglah para penggemar ayam..

Tak sampai hati tengok pakcik yang sama nyanyi lagu 60-an yang sama setiap kali karaoke, aku tumpang sekaki untuk sumbangkan lagu anak muda. ;D


Kalau aku pandai, mungkin aku berani berpencak silat depan orang ramai macam ni. *serius


Syok sangat fokus kat muka pengantin perempuan, tak perasan bila masa orang tangkap gambar aku. Ok itu ayat rekaan, aku yang duduk belakang kamera murah ni je. ;D 




Sekian, wassalam.
Masih ada plan B.

Monday, February 13, 2012

Random awesome #2

Assalamualaikum

Tersebutlah kisah seekor lembu bersama tuannya. Lawak berisi ni dihantar oleh seorang akak melalui emelnya ke emel aku.

Pakcik Maikel (tuan lembu)

LEMBU OH LEMBU..KALAULAH KAU PANDAI BERCAKAP.. Seorang lelaki sedang berjalan dengan lembunya...

 
LEMBU. Aku makan rumput. tuan makan apa?

LELAKI. Aku makan nasi. kita tak sama.


LEMBU: tuan tidur di mana?

LELAKI. Aku tidur atas tilam. engkau tidur dalam kandang. mana nak sama.


tiba-tiba kedengaran laungan azan....


LEMBU: itu suara apa?

LELAKI: Seruan azan mengajak bersembahyang.


LEMBU: tuan tak sembahyang?

LELAKI: tidak.


LEMBU: samalah kita.

LELAKI: ????????????
  



☻☻☻☻☻☻☻☻☻☻☻☻☻☻☻☻☻☻☻☻☻☻


Pagi semalam lepas jogging bersama teman lebih kurang dalam pukul 9 macam tu aku terus sambung tolong mak aku mengupas pisang tanduk dibantu Eqah dan Balqis. Berbekalkan pengalaman aku bekerja di kilang membuat kerepek, proses tu berjalan dengan lancar. ;D

Kerepek pisang ni pun mak aku nak hantar ke kenduri kahwin anak tauke kerepek tu sabtu ni. Kebetulan ada bocah cilik dua orang tu, suasana jadi lebih happening la. Sibuk nak tolong, mak aku bagi diaorang pisau sapu marjerin tu.

Balqis: This called kacak face 
Lepas siap kupas aku sempat siapkan tempahan sticker kawan aku kemudian terus sambung sagat pisang² tu. Sekali lagi pengalaman aku banyak membantu dalam proses tu. haha

Masa aku tengah tekun menyagat, Eqah bagitau aku..

"Cik Usop kita mimpi jumpa Najwa Latiff" dengan nada sedikit bangga.

Boleh tahan besar pengaruh budak Najwa Latiff ni kan. (hati aku berkata-kata).

Aku habiskan kerja menyagat tu selebihnya mak dan akak aku goreng semua hasil sagatan tu hingga selesai. Petang tu pulak aku dan rakan² jogging tadi tu pergi mengisi masa lapang dengan aktiviti sangat berfaedah, berkaraoke (bukan di Red Box Low Yatt) sambil berjimba.


Sekian, wassalam.
Masih ada plan B.

Saturday, February 11, 2012

Terima kasih



Hai semua. Waktu macam ni (12.30 tghari) biasanya para gadis tengah sibuk memasak di dapur. Tak tau la ada yang masih terbongkang atas tilam. Bangun tidur basuh muka, basuh gigi lepas tu terus menjamu selera. Memang comel lah gadis yang macam tu. hehe. 


Sebenarnya puas aku fikir nak cerita pasal apa hari ni. Nak cerita pasal gathering, tapi masing-masing dah cerita dengan jayanya di blog diaorang, jadi kitaorang tumpang baca je la kan. ;D


Yang nak diceritakan ni berkenaan sesuatu pemberian/ hadiah. Asalkan namanya hadiah, tak kira harga tak kira saiz, si penerima mesti terima dengan senyuman  selebar 3.5 inci (minimum) lah. Tak ada sebab untuk kita tak suka. Lagi best bila hadiah tu disertakan sekali dengan nota ringkas tertulis yang dia berharap kita suka hadiah tu, sudah tentulah kan. Siapa tak suka benda percuma kan?. hehe

Tapi yang kurang menyenangkan tu bila senyuman kita dibalas dengan muka blur/ muka minta penampar. Tak awesome la main tampar² orang kan. Sabo jelah. haha. Belum kira yang memang jenis susah nak ucap terima kasih walhal dia yang mintak kita tolong. Bukan mengharap sangat pun, tapi semua kena ingat, sekuntum senyuman beserta terima kasih mampu menceriakan hari seseorang.

*Gambar dari Google

Sekian, wassalam.
Masih ada plan B.

Tuesday, February 7, 2012

Korek tabung



Semakin menarik sesuatu tabung,
semakin rajin seseorang itu menabung..?
Salam MaulidurRasul. Jom terus perbanyakkan selawat ke atas Baginda.

Rasanya semua pernah merasa nikmat mengorek tabung bukan? hehe. Masih aku ingat dulu mak aku belikan tabung bentuk kelapa muda. Masa tu belum terfikir lagi kumpul duit untuk kahwin, orang kata hingus masih meleleh lagi, mainanlah yang sentiasa tersenarai dalam kepala.

Tabung tu aku simpan baik² sebelah tabung adik/ akak (tak berapa ingat) aku. Duduknya bawah katil abang aku. Tiap hari  kalau ada duit sekolah yang berbaki pasti aku sumbat dalam mulut tabung tu dengan harapan cepat penuh. Maka cepatlah  boleh aku kasi pecah itu kelapa.

Aku rajin goyang² tabung, lagi sekupang nak cukup seghibu ringgit mesti duit tu akan dikorek guna lidi. Aku rajin guna duit tu untuk beli tikam². Kuat betul pengaruh benda lagha tu. Tak lama lepas tu baru aku sedar bahawasanya benda tu dikira judi.

Bila menganjak remaja aku lebih fokus dalam bab² menabung ni. Masa tu aku paling rajin mengayuh basikal BMX aku. Selain menyihatkan, ia jugak mampu menghitamkan kulit bila kau mengayuh tanpa menghiraukan sinaran UV  terik mentari. Ok, selesai entri rojak hari ni.



Sekian, wassalam.
Masih ada plan B.



Friday, February 3, 2012

Put on a SMILE






Senyum di hari Jumaat, insyaAllah senyum membawa berkat. Tak rugi satu sen pun kalau kita hadiahkan sekuntum senyuman dekat orang lain.. kan. Sambil tu boleh zikir.  Tak ingat zikir untuk hari ni? Klik ini. Tempat kauorang cuaca ada baik hari ni? Sini hujan renyai², cuaca dingin. Mata serius berat ya amat masa dengar khutbah tadi. Ustazah aku kata itu semua angkara syaitan yang tengah bergayut dekat bulu
mata kita.  Wallahualam.

Setiap hari Jumaat biasanya aku teringat barang²
yang hilang pada hari ni terutamanya selipar jepun.
hahah.Tapi bila imbas balik zaman sekolah agama dulu
aku jadi ketua kelas (kain sampin ungu). Jadi
kitaorang ditugaskan untuk pantau bebudak
lain dekat masjid. Bising je kitoarang catit
nama, bagi kat ustaz dan diaorang  kena
bersedia menerima 'jajan' di tapak tangan.

Bila dah macam tu mestilah ramai yang
anti dengan kitaorang kan. Aku ingat lagi
kain sampin ungu aku ditarik masa tengah
sujud oleh sorang budak lelaki bajet kacak.
hahah.Tak lain dan tak bukan dia buat benda
tu gara² cemburu dengan kami geng ketua kelas.


Ok habis entri ringkas untuk hari ni,
dont forget to put on a smile on ur cute  finger face. hehe.

*Gambar kepunyaan leilockheart
Sekian, wassalam.
Masih ada plan B.










Wednesday, January 11, 2012

Benda dah jadi

Assalamualaikum

Kita mesti dah biasa dengar ayat "benda dah jadi, sabar je lah" atau "nak buat macam mana, benda dah jadi pun." Mungkin jugak ada ayat yang berbunyi "Tu la kau, siapa suruh bla² bla." Tapi apa yang pasti kita kena yakin setiap yang berlaku tu PASTI ada hikmahnya, kalau tak cepat, mungkin lambat kita baru nampak semua hikmah tu. Dia Maha Mengetahui.

Oh Nike yang ohsem.. Bilakah lagi bisa ku dapatkanmu? 


Aku ingat lagi gaji pertama aku kerja dekat kilang buat kerepek dulu. Gaji tu aku bagi sikit kat mak aku, balance aku buat beli sepasang kasut Nike warna coklat pekat campur coklat muda. Aku dah taip "chocolate nike shoes" dekat Google tapi tak jumpa yang sebijik macam tu.



Bila pakai kasut tu aku rasa tahap konfiden aku bertambah. Contoh, macam mamat kat atas ni..
Tapi dulu aku jenis 'lurus'.

Kawan nak pinjam kasut tu bawak pergi bandar aku bagi.
Kawan nak pinjam kasut tu bawak pergi merentas desa aku bagi.
Kawan nak pinjam kasut tu bawak pergi rombongan pun aku bagi. hehe

Padahal kasut tu baru aku pakai beberapa kali je. Aku sayang kasut tu. Ok cerita ni nak habis dah. Sorry kauorang terpaksa layan cerita benar aku ni hehe. Bila dapat kat aku, tapak kasut dah makin nipis, dah ada tanda nak patah dekat bahagian tapak sebab dipakai lasak mungkin. 

Yang paling seronok bila aku bawak kasut tu pergi orientasi masa masuk kolej dulu kasut tu dah betul² patah bahagian tapak. Pulak tu masa tu hujan, kena lalu kawasan berlumpur, memang terbaiklah! ;)


Orang kata kalau nak bagi pinjam/ hadiah biarlah sesuatu yang kita suka dan berkeadaan bagus, itu yang terbaik.


Pssst : Pelekatku ada 
benda baharu!





Sekian, wassalam.
Masih ada plan B.


Thursday, December 15, 2011

Bukan kerna nama



Alhamdulillah akhirnya selesai jugak keychain nama untuk buah hati aku ni, Nisyasofeabella. Panjang sangat nama, aku bagi tiga je la. Macam tak percaya aku pandai buat benda secomel ni. Aku yakin dia mesti suka dapat hadiah special macam ni.

Buat benda ni kena banyak sabar dan teliti. Aku pun tak ingat berapa ratus minit aku guna untuk siapkan benda comel ni.


Tapi demi buah hati yang tersayang, aku buat sambil tersenyum sambil menyanyikan lagu kegemaran dia dengan kadar perlahan, berulang-ulang. Tup² dah siap. hehe


Puas hati bila dah siap, lebih² lagi sebab aku buat bukan kerna nama. Ok ayat atas ni semua direka khas dan bukan aku yang bertanggungjawab buat benda comel ni. Hahaha. Semua ni hasil kerja tangan BENA! Nama² tu pulak nama anak² buah + akak + adik aku. Ada lagi 186 semuanya, tapi tiga biji ni pun dah cukup mencomelkan entri ni kan.. ;D

http://kedaibena.blogspot.com


Apa guna aku letak link atas ni kalau kauorang tak klik dan tak tempah, kan? ;D



Kalau kauorang rasa atas tu tak cukup comel, aku letak la sekali gambar ni dengan harapan kauorang rasa jeles dan terus tempah untuk nama kauorang pulak.. hehe
Zikir Hari Khamis

SUBHA NALLAH HIL A'ZIMI WA BI HAMDIH
(sebanyak mungkin)
~Diampunkan dosa kita walau sebanyak buih di laut atau pasir di bumi Allah~



Sekian, wassalam.
Masih ada plan B.

Thursday, December 8, 2011

Sahabat


Tersebutlah kisah...

Super Mario dan Super Panda adalah sahabat baik sedari kecil lagi. Mereka tinggal berjiran di Kampung Play Station, Negeri Sony. Segala masalah dikongsi bersama termasuklah masalah kekasih Super Mario diculik di dalam game.


Persahabatan mereka bertambah erat setelah Super Panda berjaya menyelamatkan kekasih Super Mario itu.....


Saya rajin maka iru saya read more




Zikir Hari Khamis

SUBHA NALLAH HIL A'ZIMI WA BI HAMDIH
(sebanyak mungkin)
~Diampunkan dosa kita walau sebanyak buih di laut atau pasir di bumi Allah~



Sekian, wassalam.
Masih ada plan B.


Monday, December 5, 2011

Karnival jalur lebar



Semalam kawan aku ajak teman pergi repair kereta bapaknya dekat bandar Kota Tinggi, kebetulan ada Karnival jalur lebar | 1Malaysia Broadband carnival, balik tu saja singgah ke sana bagi memperindahkan lagi hari Ahad kitaorang.



Aku ada beli sesuatu, jadi berpeluang main game yang diaorang sediakan. Kitaorang sempat main game boling guna Nintendo Wii. Kali pertama main, serius sifat jakun dan teruja aku di tahap tinggi pada masa tu. Baru 5 minit main tiba² blackout, potong stim sungguh. Aku cuba game lain pulak, dapat hadiah botol air sukan, syukur.



Ada dua manusia badut masa tu, aku sempat tangkap gambar yang sorang ni je. Badan tegap macam Saiful Apek, lawak boleh tahan la. Masa tengah duduk ni aku ternampak sorang tu persis kawan aku, pelanduk dua serupa. Tak lama dulu pun aku ada ternampak 'muka' dia. Betul lah orang cakap, bukan senang nak padam sesuatu yang manis....




Hari bertambah indah sebab dapat jumpa kartun kegemaran ramai ni, Khairupin dan Khairipin atau nampak glamor diaorang Upin & Ipin. Lepas elektrik dah ada kitaorang sambung main boling tu, 6 minit kemudian blackout semula. Aku tertanya-tanya apalah salah kitaorang asyik dipotong stim saja dari tadi?..


Zikir Hari Isnin

LAA HAW LA WA LAA QUWWATA ILLA BILLA HIL A'LIYIL A'ZIM..
(sebanyak mungkin)
~Allah memberi ganjaran pahala seperti Gunung Uhud dan Allah memberi kekuatan beribadah kepadanya~



Sekian, wassalam.
Masih ada plan B.


Saturday, December 3, 2011

Ketika Aku kecil #2



Lama sungguh rasanya aku tak sambung pasal ni, antara tajuk kegemaran aku. Yela siapa tak rindu zaman kanak² kan, bersuka ria dengan permainan tradisional sepanjang masa, sampai terlupa waktu nge-date dengan pakwe/ makwe.



Hehe masa kecik dulu mana ada fikir pasal pakwe makwe ni. Itu yang paling aku rindu pun, bebas dari tanggungjawab menjaga perasaan sendiri mahupun perasaan orang lain. Ok lah aku cuba sambung semula.




Ketika aku kecil..

Aku suka main permainan Zero Point.


Permainan ni memerlukan getah tempe yang disambung-sambung serta keberanian dan kebolehan melompat di tahap tinggi lebih² lagi bila dah masuk part atas kepala dan ke atas. Kalaulah dulu aku dah pandai lompat gaya terbang tu kan mudah tugas aku sebagai seorang pemain Zero Point hehe.


Yang paling aku ingat, aku selalu digelakkan masa main benda tu kerana badan aku agak debab sedikit masa tu. Ye saya agak debab masa tu dan saya ok. ;D




Ketika aku kecil..

Aku suka main permainan Ting-Ting

Permainan ni tak dimainkan sekerap permainan atas tu sebab ada yang kata permainan ni agak keperempuanan sedikit. Tapi ia tetap menjanjikan keseronokan yang sukar digambarkan oleh kata² kehkehkeh.



*Gambar² dari Google.


Sekian, wassalam.
Masih ada plan B.


Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails