Showing posts with label terima kasih. Show all posts
Showing posts with label terima kasih. Show all posts

Saturday, February 11, 2012

Terima kasih



Hai semua. Waktu macam ni (12.30 tghari) biasanya para gadis tengah sibuk memasak di dapur. Tak tau la ada yang masih terbongkang atas tilam. Bangun tidur basuh muka, basuh gigi lepas tu terus menjamu selera. Memang comel lah gadis yang macam tu. hehe. 


Sebenarnya puas aku fikir nak cerita pasal apa hari ni. Nak cerita pasal gathering, tapi masing-masing dah cerita dengan jayanya di blog diaorang, jadi kitaorang tumpang baca je la kan. ;D


Yang nak diceritakan ni berkenaan sesuatu pemberian/ hadiah. Asalkan namanya hadiah, tak kira harga tak kira saiz, si penerima mesti terima dengan senyuman  selebar 3.5 inci (minimum) lah. Tak ada sebab untuk kita tak suka. Lagi best bila hadiah tu disertakan sekali dengan nota ringkas tertulis yang dia berharap kita suka hadiah tu, sudah tentulah kan. Siapa tak suka benda percuma kan?. hehe

Tapi yang kurang menyenangkan tu bila senyuman kita dibalas dengan muka blur/ muka minta penampar. Tak awesome la main tampar² orang kan. Sabo jelah. haha. Belum kira yang memang jenis susah nak ucap terima kasih walhal dia yang mintak kita tolong. Bukan mengharap sangat pun, tapi semua kena ingat, sekuntum senyuman beserta terima kasih mampu menceriakan hari seseorang.

*Gambar dari Google

Sekian, wassalam.
Masih ada plan B.

Friday, September 30, 2011

Jumaat | جمعة



Alhamdulillah. Kejap je rasa dah hari Jumaat. Kauorang perasan jugak kan sekejap je Jumaat jumpa Jumaat. Apa tandanya tu? Anda fikirlah sendiri.

Oh Jumaat.


Ini adalah antara kejadian yang berlaku ke atas aku pada penghulu segala hari, Jumaat. ;)
*Entri² ni masih butuh komen dan nasihat daripada kalian.











Moral yang mungkin ada dekat sini adalah, tak kira berapa kecil atau berapa besar sekalipun ujian yang kau dapat, itu semua tak lain hanyalah untuk menguatkan sesuatu dalam dada kau yang dipanggil IMAN.






Monday, September 19, 2011

Ku takut kau hilang


Hai semua. Selamat hari Isnin, cuaca hari ni boleh tahan dingin.
Ok cuti semalam? Aku seronok sikit la sebab anak buah aku dua-beradik tu balik. Tapi yang potong stimnya Atiqah tak bawak buku karangan dia. Jenuh aku mintak dia buat karangan baru tapi dia jawab..

"Kita tak ada mood la nak buat."


Ok tadi pagi aku usha² kejap blog pelekat bajet comel tu. Tiba² aku rasa rajin nak tengok soal jawab kat tepi tu..


Konon humble sangat la tuh. Sebenarnya aku terniat jugak nak hiaskan
blog tu dengan langsir dan sofa menggunakan fabrik
yang sama corak. Tapi tak cukup masa dan tak cukup rajin.


Ternyata orang kita suka membiak lemak dan pada masa yang sama juga
suka memusnahkan lemak.


Dan tiba sini baru aku perasan yang semuanya 50% - 50 %, menunjukkan
betapa ramainya yang jenguk blog tu. ;D





Saturday, September 10, 2011

Kurang asam



Apa kalian (penunggang motosikal) rasa bila dipancutkan 'air wiper' kereta depan berkali-kali di atas jalan raya secara sengaja?


Kejadian ni telah aku nikmati jumaat lepas dan kalau diingat semula memang masih rasa geram lagi lah dekat manusia bertamadun macam tu. Kalau bujang tu lain cerita, tapi ini pasangan suami isteri. Apa dia ingat aku kempunan sangat nak tunda punggung kereta?


Aku 'tertunda' kereta tu sebab kebetulan dia pandu dengan speed ala² siput muda yang malu nak pintas motosikal seorang akak kat depan tu.


Adalah lebih baik kau fikirkan benda yang manis² biar hilang rasa sakit di hati kau.


Sedang aku menuggu dia pintas motosikal tu tiba² aku terasa seperti air kencing burung hinggap kat muka aku. Rupanya² air dari kereta manusia depan tu. Alhamdulillah, MURNInya perangai orang kita.

Dengan hati yang terbakar aku pintas kereta dia sebelum dia sempat pintas motosikal akak tu. Lepas tu barulah dia sibuk nak pintas motosikal tu. Aku tunjukkan sedikit protes, jalan tengah² dan sedikit perlahan depan kereta dia kasi dia tahu yang aku 'hargai' perbuatan dia tadi tu.


*ALHAMDULILLAH badan aku dah ok 30%. Terima kasih doanya kawan² ;)

Tuesday, September 6, 2011

Oh raya oh cuti!



Aktiviti lompat-lompatan.


Hai kalian!.. Udah²lah melantak kuih semperit tu, masih banyak lagi kerja lain boleh dibuat. Kalau terasa bosan cuba berdiri atas penimbang berat sambil tersenyum walaupun bacaan dekat penimbang tu tersasar jauh sama sekali (Gadis mudah alami situasi ini).. ;D


Lebih seminggu aku tak gunakan Plan B, nyaris² aku terlupa keseronokan blogging mujur aku ada geng yang ambil berat macam Pak Tua contohnya yang dua kali men-sound tentang kemalasan aku mengemaskini blog. Terima kasih Pak Tua, jugak kepada geng yang sudi beraya ke blog ni walaupun aku tak sempat sediakan kuih semperit dan air berkarbonat..


Itu tandanya ada jugak orang yang nak tahu cerita terbaharu aku walaupun tak sebagus cerita Karipap-Karipap Cinta, Hantu Bonceng mahupun Raya Tak Jadi. Maka aku pun cuba dapatkan momentum rajin tu semula sambil mengusap-usap misai pendekku.











Dalam mood raya yang masih tersisa ni, balik dari kerja semalam aku tengok ada sampul berisi kad raya atas meja aku, dan itu adalah kad raya ke-2 aku untuk tahun ni. Secara tiba² aku rasa seronok apatah lagi tulisan dekat luar sampul tu comel, persis tulisan gadis, akak aku pun ingat kad raya tu dari seorang gadis.


Tapi aku dah boleh agak kad tu dari geng Jawa Rangers aku, En. Alif Haris sebab beliau ada mintak alamat rumah mak bapak aku sebelum raya haritu. Terima kasih dan terima kasih bro.


Salam lebaran, salam kemaafan sekali lagi.. ;)



*Kiri kanan ni muka depan kad raya tu, simple tapi dimple. ;D

Sunday, August 28, 2011

"Eh! Kosong?"


Raya tahun ni memang terasa sedikit kosong la sebab tak dapat beraya ke rumah Irma Hasmie. Mak aku cakap rumah dia jauh sangat, takut nanti tak sempat nak beraya ke rumah saudara mara area Johor ni karang.



Ok itu adalah tidak benar sama sekali ye kawan², Maaf... Siapa marah aku tak raya rumah hehe. Begini ceritanya, Khamis lepas aku agak terkejut bila tengok ada sekeping kad raya dari KUCHING yang amat istimewa atas meja, dalam kamar aku.

Kad raya tu jadi amat istimewa bagi aku bukan sebab datangnya dari Irma Hasmie, tapi sebab itu je pun satu²nya kad raya yang aku dah dapat setakat ni hehe. Dengan pantas aku bawak kad raya tu ke dapur sambil tanya akak aku..


"Eh kad raya lah! Bila sampai?"


Sungguh, masa tu aku teruja habis, sebab dah hampir 4 tahun aku tak merasa nikmat menerima kad raya. Sambil aku koyakkan sampul tu, akak aku jawab dengan bunyi sedikit jelous..


"Tengahari tadi, jakun la tuh"


Aku terus keluarkan kad raya tu. Tapi isinya kosong dan..

"Eh kosong, dia terlupa tulis ke hape?"

adalah ayat yang keluar secara automatik dalam hati aku. Akak aku sempat gelakkan sejurus dia tengok muka pelik aku. Siot sungguh.


Aku belek² kad tu sebab nak puaskan hati. Rupa²nya tulisan dia ada dekat bahagian bergambar. Rasa tertipu saya di situ hehe.


TERIMA KASIH Fiezah 91.. Serius, masa aku taip entri ni baru aku teringat ada bagi alamat pada kau hehe. Terimakasih², trick 'kad raya kosong' kau memang menjadi. ;)

Aku hanya dapat membalas dengan ketupat aku yang satu tu je. Tahun lepas aku dah guna ketupat yang sama, mujur ketupat tu jenis tak basi... Juga kepada semua geng blogger yang lain.



، سلام عيدالفطري اونتوق كاليان
Salam Aidilfitri untuk kalian,
،ماكن سمڤريت دتمبه اير تين
Makan semperit ditambah air tin,


، سكيراڽ اد ترلبيه ڬوراوان
Sekiranya ada terlebih gurauan,
. موهون معاف ظاهير دان باطين
Mohon maaf zahir dan batin.


;)
Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails