Friday, August 12, 2011

Abang kecewa taw!

Assalamu'alaikum sahabat ;)

Adik Kak Irma Hasmie bagi gambar ni, aku terima je dengan senyuman paling manis ;)

Selamat hari Jumaat, pergh semalam aku busy tak hingat..

"Kecewa pemandu bas Transnasional enggan tunggu penumpang lewat lima minit", itu adalah tajuk surat pengadu di Berita Harian awal bulan hari tu. Aku tertarik dengan surat "Abang Kecewa" dari KL ni sebab aku pernah rasa apa yang adik brader ni rasa, kebetulan bas yang sama (bukan nak memburukkan, cuma nak berkongsi).


"Sebagai abang, saya amat terkilan dengan sikap ego driver bas terbabit kerana semua pelajar itu adalah perempuan dan saya amat bimbangkan keselamatan mereka"

Macam ni ceritanya, kawan adik brader tu yang sampai awal dah mintak driver tu tunggu kejap. Tapi sikit pun driver tu tak tunggu. Adik brader tu call kawan dia, minta cakap dengan driver tu konon nak pujuk sikit, tapi driver tu sekali lagi tunjukkan sikap profesional, beliau buat dont know sahaja.

Last sekali kawan tu mintak driver tu berhentikan bas dekat tepi jalan sebab driver teksi
sanggup hantar adik brader tu terus ke bas, tapi tetap juga driver tu tak hiraukan. Sabar je lah.

"Kalau pun bukan atas profesional, sekurang-kurangnya lakukanlah atas dasar keprihatinan sesama manusia"




Tapi nasib baik kes aku dulu driver tu jenis sengal sebab tak check semula jumlah penumpang lepas rehat 30 minit tu. Tak pasal² aku gelabah gilababas bila tengok bas dah tak ada dekat tempat parking. Tapi syukur sangat² sebab ada bas Transnasional lain dekat sebelah parking tu, kebetulan pulak driver tu ada no telefon driver bas yang aku naik.

Dia kasi aku tumpang bas dia, terus kejar bas aku tadi tu dekat highway sambil dia call suruh berhenti tunggu kejap dekat tepi. Sampai² je aku berterima kasih sangat² dekat brader tu, terus naik bas yang awal tadi tu dengan muka pandang ke lantai, terus duduk seat paling depan sedangkan seat aku tadi sebelah belakang.

Aku senyap seribu bahasa, driver tu pun tak kata apa². Dua² tahu kesengalan masing² agaknya. Penumpang lain punya blur tak payah cakap lah..


49 comments:

Anisa Hang Tuah said... [Reply]

ke mana hilangnya sikap keperihatinan manusia?

YOUsoF said... [Reply]

Manusia sebegitu yang perlu jawab...

Far8 budak baik said... [Reply]

sedih kot..
aku dulu naik kat pudu.
nk balik ganu..naik bas adik beradik..
klo tak cukup dy tunggu 10 gitu
baru belahh..
siap kol lagi penumpang yg belum naik tu..huh

WZulhilmi said... [Reply]

wow! gila tertinggal bas mmg pucat terus klu aku jadi ko. nasib baik driver lagi satu tu baik hati.

Izzaty Ishak said... [Reply]

Kah kah kah. Klaka gila cerita Usop ni. Zaty penah jugak kena tinggal bas masa kat shah alam dulu. Nasib la ada membe tolong amik :O

pamie said... [Reply]

erk, nasib baik bas..aku dulu tinggal flight! terpaksa beli tiket flight baru nak balik labuan dari pahang..hahahaha..

Anif Abdullah| AA said... [Reply]

aku pernah nyaris tertinggal bas.. pucat gitew..haha

Ada orang kata,kita kena tunggu bas..bukan bas tunggu kita..Tapi apapun,driver pon kena alert jugakla ..huhuu..

senyumSOYA said... [Reply]

heheh..sila naik darul naim ^^"

Ema Razali said... [Reply]

5 minit pun takleh tunggu ke? teruk betul :/

haha pasal usop tertinggal bas tu lawak :D driver bas tu mcm blur je :3

cucu umie said... [Reply]

tapi kalo transional mmg diorng xakan tunggu..ayie sudah merasa terlepas bas..kne beli tiket baru..aishhhh

Azham Vosovic said... [Reply]

Hehehe, sedih sy baca kisah ni huhuhuh

YOUsoF said... [Reply]

Far8 budak baik > Tapi sayangnya driver baik macam tu boleh dibilang dengan jari...

WZulhilmi > Pucat, rasa macam nak nangis pun ada jugak sebab semua barang dalam tu..

Tula, sangat² baik..

Izzaty Ishak > Nasib baik kan.. Laki tak apa lagi, perempuan ni kesian. bahaya.

pamie > Pergh.. tiket flight tu! lagi cool..... ;D

Simpan leklok pengalaman tu Pamie..

Anif Abdullah| AA > Aku pernah jugak, siap kejar naik teksi lagi.. cuak gila tertinggal..

Betullah, jaga nama baik kompeni diaorang jugak kan..

senyumSOYA > Tak pernah try lagi.. heheh

Ema Razali > Teruk kan.. Kesian la sikit kat orang lain..

Hehehe. pengalaman... ;D

cucu umie > Kesian ko Ayie.. Lepas tu mesti serik kan.. ;D

Azham Vosovic > Pengalaman...

Aisyah Aina said... [Reply]

kesian gila kau...aku rasa nak menangis pon ada ni...hahahaha...

aleen aiden said... [Reply]

waa..drebar bas yg kau tompang 2 yg paling kewl!hu3

nurAMALLINA said... [Reply]

tak suka driver bas. garang!

Lalalililulu said... [Reply]

lame xnaek bus...huhu...

neway seb bek de brader baek tuh kan...ish2

::FAIZ FARISH:: said... [Reply]

sbb tu aku lbh suka naik teksi atau kereta sendiri....

syrupmasin said... [Reply]

sbb tu aku suke naek kete lembu..lagi selamat..

Umie Artoqiemie said... [Reply]

ape ke pelik pemandu bas yg ko jumpa tu.. pang skali baru tau.

alif haris said... [Reply]

hahaha adoii ..pemandu bas cmni pn ade ke ..huhu ..
kalau boring jadi pemandu bas ..p la cari keje lain yg tak melibatkan penumpang ..

YOUsoF said... [Reply]

>

>

Aisyah Aina > Tu tandanya kau perihatin... heheh.. ;D

aleen aiden > Tau takpa Leen. Kalau tak isi entry ni memang berbaur kegeraman aku jela.. hahaha

nurAMALLINA > Tak semua.. Dalam seghatos orang, mungkin sorang je tak garang.. ;D

Lalalililulu > Samalah.. Tu pun cerita masa belajar duluuu..

Rindu nak naik bas ekpress, tu pasal keluar entry ni.. ;D

::FAIZ FARISH:: > Betul lah.. Yang best naik bas kaki tak lenguh, boleh tidurrr..

syrupmasin > Kalau jenis lembu pantas aku nak jugak Sin...

Umie Artoqiemie > Pelik dan sengal.. Dia malu nak bercakap dengan penumpang kot..

alif haris > Betul la Lip.. Dah pilih kerjaya tu, biar lah buat betul².. kan. (peringatan untuk diri sendiri jugak)..

putput said... [Reply]

sabar je r kalau dh jdi mcm tu.nama pun manusia kn

peachippo said... [Reply]

sedih dengal cerite kat atas..tapi sengal dengan citer yng bawah...hhahha :P

ikan said... [Reply]

aku amik langkah bjge2 .
aku kol cmpany dy mntak no drebar bertugas time departure nnt .

pastu aku kol driver tue suh tggu aku .

apa pom tjdi mesti tggu aku .

haha .

meaw said... [Reply]

macam tula kalau dreba bas yang gila nak kejar trip,aku selalu duduk kat belakang dreba,tau jugak la perangai dreba bas ni macamana...langsung tade sifat keprihatinan, sesetengah je la..

Miz Novexx said... [Reply]

naiklah bas Adik Beradik, driver dia okey... :D

[sutera kasih] said... [Reply]

jarang naik bus jd jarang tau sikap pemandu bus huhu

Cik tikah said... [Reply]

tu la. apa salahnya tunggu 5 minit.

h A n Y S said... [Reply]

nasib baik ada bas lg 1 tu, kalau tak? alahai..mau nya meraung ye yusof.. patotnya driver tu check dlu..

syafiqakarim said... [Reply]

manusia sekarang hilang sifat
penyanyang nya.haha

naseb aku tak pupus lagi

Photophobia eyraa ! said... [Reply]

(senyum tak perlu kata apa2)

*bawakk bersabarr bang sopp !

YOUsoF said... [Reply]

putput > Betul... Tak silap bukan manusia namanya..

peachippo > Dua dalam satu, sungguh bertuah manusia itu.. ;D

ikan > Hahaha..

Kes lain aku pernah macam tu, nasib baik aku ada no ofis bas tu..

meaw > Tapi sorang buat 'tie eek'.. driver lain pun kena tempias..kan.

Miz Novexx > Tak pernah naik lagi.. Driver Mara Liner pun ok je... ;)

[sutera kasih] > Tak apa kat sini dah tau serba sedikit... ;D

Cik tikah > Masa itu emas.... emas la sangat kalau menyusahkan orang lain..

h A n Y S > Hehehe tau tak apa Nys.. Barang semua dalam tu. sayang sangat nak bukak mulut agaknya..

syafiqakarim > Nasib baik jugak ko terbaca entry ni, bagitau kat manusia lain ok.. ;D

Photophobia eyraa ! > Orait, dah habis perlahan dah bawak bersabar ni.... heheh

Fee Hafeezah ketuk keyboard said... [Reply]

aku pernah kena doe..nak balik Ganu punya pasal..mmg dan-dan aku lambat 5 minit..aku suruh member aku hold dulu driver tuh, adjust sikit, tp mmg cm hampeh lah..

pastu mmg tobat, tiap kali nk balik Ganu aku dtg menempek muka kt stesen bas awal sejam..takot kena tggl lgi doe..mmg ngis ah kuar duet rm 40 utk tiket kedua..

syrupmasin said... [Reply]

haha..ade ke doe lembu pantas..kalu mcm tuh aku naek unta je lah :D

melody mocker said... [Reply]

ak kalo naik bas mesti kencing awal².. sbb takut nk suh dreba brenti. tahan rasa nk kencing mau bengkak ginjal..

YOUsoF said... [Reply]

Fee Hafeezah ketuk keyboard > Hehehe.. Ke kes yang aku baca ni pasal ko.. Abang sayang ko kot yang hantar... ;D


Aku pun tu nyaris2 nak nangis jugak hahaha.. Simpan elok2 pengalaman 'manis' tu okeh.

syrupmasin > Ok jugak tu, takpayah berenti2 nak bagi minum air.... kan.

melody mocker > Hahaha bagus tu bro.. Betul lah, dengan air cond paling sejuk, sweater pulak tak bawak.. terseksa ginjal.. ;D

Ain Zulaikha said... [Reply]

pemandu sekarng ni tak heran pasal penumpang, kalau dah tak suka kerja tu sila lah berhenti

ABU said... [Reply]

oo selamat la kau...tp mmg mcm tu perangai manusia..ego, blagak..eik teremo pulak..;)

YOUsoF said... [Reply]

Ain Zulaikha > Bagi peluang kat para pengganggur kat luar sana tu pulak... kan.

ABU > Heheh syukur..

Ego jejaka kacak macam ko boleh diterima lagi kot..

stuck said... [Reply]

nak wat cmne kan....
itulah kisah tragis di stp stesen bas...

YOUsoF said... [Reply]

itulah kisah tragis di stp stesen bas yang bagus dikongsi... ;D

Liyana Zahim said... [Reply]

Kental oh ati pkck bas tu ase nk lmpang2 je..

BENA said... [Reply]

aku penah berhenti dekat rnr . ade sorang gadis cine nih kene tinggal bas. bongoks jugak la kan ,asal la pemandu tu xcek bebetol. kiteorang nk tumpangkan gadis tuh. tapi kete dah penuh pulak .



kalo lah aku yang kene . memang nages kawa kaw . guling2 punye lah. heee ;)

najihah sahami said... [Reply]

usop..mish pun penah kena macam usop tu. kena tinggal ngn bas. drivr pun tak bilang jumlah penumpang. sengal. naseb baik bas lagi satu ada. sama je macam usop. haha..

serik nak turun kalau bas berenti.

Nurnajwa said... [Reply]

Hahahaha, sabar jela XD

siti kektus said... [Reply]

haha. sengal. ;)




stakat ni tak pernah lagi ada pengalman mcm tu. ;)

Fee Hafeezah ketuk keyboard said... [Reply]

weh, manislah sgt kan.. mmg tak tepat masa mmg ketinggalan mak aku kata..ha! mmg padanlah muka aku kan..haha

kau beruntung, nasib bas tu tnggu..:D

KUKUMALU said... [Reply]

Pemandu bus memang mostly mcm tu.Xnak tgu lama2 bila brenti kat kedai makan.

Tak jaga hati penumpang langsung.Hurmm..

aerul bieber pedas said... [Reply]

masih ade yg sudi nak tolong....

Post a Comment

Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)

Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails