Monday, June 28, 2010

Kereta besar, pemanduan bersepah



Jumaat yg Barakah | 25 Jun 10

Lalala.. lalala lagi.

Macam biase atas moto otw balik keje aku mesti 'nyanyi nyanya' la. Bawak moto macam bese je, dalam kepale da terbayang nk main game racing jap sampai rumah nanti.

Cerita pendek ni bermula bila aku sampai kat simpang tiga ni, memang biase lalu situ sebab dekat sikit menuju ke rumahku syurgaku chewah. kat depan tu memang beratur la kereta, lor, apek bawak moto pun ade sorang depan aku ni. Aku pon motong la dia, tunggu turn untuk membelok ke kanan. Kereta besar jenis SUV dari simpang kanan tu pulak da terkeluar muncung dari line yg sepaatutnye an. Aku pun dengan selambanya jalan masuk ke simpang tu, ngam² je aku sampai sebelah depan sikit dekat tayar kiri.. vrooom laju je si driver kereta besar tu tekan minyak an. Hah tiba² dapat aku hadiah percuma perlanggaran dengan kereta besar tu. SABO jela aku mase tu, driver tu pulak yang tak reti maksud SABO tu kot. Sikit pun die x pandang kiri mase nak keluar simpang tu, mesti cuak giler an sebab memang dia SALAH, tapi aku yang dapat SAKIT ;|

Termati jugakla enjin moto aku kat tengah² jalan tu. Orang keliling semua diam membisu ( terkejut kot). Aku macam tak terkejut sangat la tap pastu tibe² jantung berdegup kencang hahha adoiyai. Nasib baik perlanggaran sopan, lega jugakla rase cume dapat 'free gift' kecik la (buku lali nyaris terkehel la, nasib baik malam da ilang terus sakit tu).


Moral kat sini adalah jalanraya bukan MAK BAPAK kita yang punya ok!! ;D

2 comments:

aisyah said... [Reply]

ha, sokong sgt...
jalan raya bkn mak bapak kite pye...

YOUsoF said... [Reply]

Tula kan..Yang jadi mangse kite yang tak bersalah. Saba jela bak kate sorang ustad tu..

Post a Comment

Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)

Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails