Showing posts with label pelekatku. Show all posts
Showing posts with label pelekatku. Show all posts

Wednesday, October 31, 2012

Motivasi basi

Berbicara soal motivasi. Ada motivasi yang menjadi, ada juga motivasi yang basi. Masa baru buat blog dulu aku berblogging kononnya bermotivasikan satu blog ni yang bukan main meriah dengan pelbagai info, boleh buat duit hanya dengan menulis blog. Kononnya nak jadi macam penulis blog tu tapi malangnya aku sangkut di tengah jalan, motivasi tidak menjadi.

rizkianasiska


Kemudian aku sibuk melayan blog seseorang setiap kali dapat sambungan internet. Setiap patah perkataan aku baca dengan penuh minat sebab blog tu suatu yang  sangat istimewa bagi aku, pada masa tu. Lama-kelamaan aku terfikir kenapa aku tak buat sendiri blog baru untuk kongsi 'keistimewaan' yang mungkin ada pada blog aku tu nanti...

Alhamdulillah blog yang tak seberapa ni mampu bertahan sehingga sekarang. Blog yang pada mulanya 100% bermotivasikan seseorang namun di pertengahan jalan dia menghilang meninggalkan si penagih motivasi tanpa sebab yang jelas sebab si penagih motivasi kelihatan seperti manusia yang tak punya perasaan barangkali. Kini motivasi itu telah basi, dengan ceritanya yang tersimpan rapi.

But it's OK, masih ada plan B! Motivasi basi tak bermakna kau akan terus patah kaki. Cari motivasi lain dan insyaAllah kau boleh! Blog pertama yang terbengkalai dulu tu pun dah diberi nafas baru menjadi blog menjual STICKER ;)


Tuesday, January 31, 2012

Pelekatku pelekatmu jua

Assalamualaikum


Tujuh sticker bomb, main lekat², satu berkenan di hati apa lagi order la cepat. (Ikut lagu 10 budak hitam) ;D




Saja nak beritahu selain pelekat/ sticker, kitaorang juga sedia menerima tempahan banner & bunting. Segala sokongan kalian didahulukan dengan ucapan terima kasih dan jangan serik untuk tempah lagi. hehe. 


Harap² ni cukup besar untuk dilihat dan diklik. ;D



Iklan untuk para gadis:
Kedaikiz  ada  kontes
ohsem, jom serbu!
















Sekian, wassalam.
Masih ada plan B.

Wednesday, December 28, 2011

Wordless Wednesday #18



ZIKIR HARI RABU

ASTAGHFIRULLAH HAL A'ZIM
~Setiap kali dibaca zikir di atas, menghilangkan satu titik hitam dalam hati dan Allah memberi keampunan ke atas hamba-Nya~



Sekian, wassalam.
Masih ada plan B.

Thursday, December 8, 2011

Sahabat


Tersebutlah kisah...

Super Mario dan Super Panda adalah sahabat baik sedari kecil lagi. Mereka tinggal berjiran di Kampung Play Station, Negeri Sony. Segala masalah dikongsi bersama termasuklah masalah kekasih Super Mario diculik di dalam game.


Persahabatan mereka bertambah erat setelah Super Panda berjaya menyelamatkan kekasih Super Mario itu.....


Saya rajin maka iru saya read more




Zikir Hari Khamis

SUBHA NALLAH HIL A'ZIMI WA BI HAMDIH
(sebanyak mungkin)
~Diampunkan dosa kita walau sebanyak buih di laut atau pasir di bumi Allah~



Sekian, wassalam.
Masih ada plan B.


Wednesday, December 7, 2011

Wordless Wednesday #17





Meaning of Wordless Wednesday :

Pada setiap hari rabu, ramai blogger akan membiarkan gambar membebel sendirian.



Zikir Hari Rabu

ASTAGHFIRULLH HAL A'ZIM
(sebanyak mungkin)
~Setiap kali dibaca zikir di atas, menghilangkan satu titik hitam dalam hati dan Allah memberi keampunan ke atas hamba-Nya~


Wednesday, November 16, 2011

Wordless Wednesday #15







Meaning of Wordless Wednesday :

Pada setiap hari rabu, ramai blogger akan membiarkan gambar membebel sendirian.



Monday, September 19, 2011

Ku takut kau hilang


Hai semua. Selamat hari Isnin, cuaca hari ni boleh tahan dingin.
Ok cuti semalam? Aku seronok sikit la sebab anak buah aku dua-beradik tu balik. Tapi yang potong stimnya Atiqah tak bawak buku karangan dia. Jenuh aku mintak dia buat karangan baru tapi dia jawab..

"Kita tak ada mood la nak buat."


Ok tadi pagi aku usha² kejap blog pelekat bajet comel tu. Tiba² aku rasa rajin nak tengok soal jawab kat tepi tu..


Konon humble sangat la tuh. Sebenarnya aku terniat jugak nak hiaskan
blog tu dengan langsir dan sofa menggunakan fabrik
yang sama corak. Tapi tak cukup masa dan tak cukup rajin.


Ternyata orang kita suka membiak lemak dan pada masa yang sama juga
suka memusnahkan lemak.


Dan tiba sini baru aku perasan yang semuanya 50% - 50 %, menunjukkan
betapa ramainya yang jenguk blog tu. ;D





Tuesday, July 26, 2011

TERBANG...

Assalamua'laikum sahabat ;)




Selamat hari selasa, korang dah ready nak berpuasa?

Sepatutnya aku post benda ni semalam. Tapi suis mood aku semalam dah kena cuit secara tak sengaja. Mata pandang skrin komputer tapi kepala aku sempat terbang kejap tatkala waktu kerja masih tersisa beberapa jam lagi. Tapi aku masih ok. Tu pasal semalam taukeh syrap ada tanya aku pasal makanan free, aku senyapkan je. Sama jugak masa pembela semut kata dia dah tak buang air besar merata-rata kat laman aku. Bagus la kan, buang atas mangkuk baru cool.

Tapi benda yang sepatutnya terbang adalah pelekat² bajet comel aku tu ;D Baru tengahari tadi aku upah superhero terbangkan semua pelekatku tu. Bila sampai rumah korang, jangan tak ambik pulak surat tu! Siapa² yang ada kuih dorayaki lebih tu, boleh je bagi, kasi dia senyum sikit hehe.

Ikutkan boleh je aku mintak dia keluarkan pintu merentas masa dari kocek dia. Tapi kesian pulak nanti siapa yang nak beli setem² Pos Malaysia tu kan. Sama jugak dengan Bahasa Melayu, takkan kita nak harap Padaiyappa dan Ahmeng tolong memperkasakan bahasa ibunda kita tu kan. Okeh habis bebel. wassalam.

Thursday, July 21, 2011

Mak jah (jawapan teka pantun)

Assalamua'laikum sahabat ;)

Terima kasih pada yang meneka pantun Mak Jah haritu dan
motif sebenar gambar itu adalah nak kasi promosi sikit kat produk baru aku hehehe.

Benda alah sebelah ni adalah PELEKAT/ STICKER ye kawan².. Rasanya tak ada seorang pun yang ada sebut perkataan pelekat/ sticker tu. So takdalah hadiah untuk korang.. Sorry!


Aku tak sekejam itulah. Mak Jah pesan kat aku kata harus dikota. Majoriti yang dapat ni yang meneka dan nak benda tu. Betul tak betul tak kesah sangat pun. Tapi yang tak ingin benda tu takkan aku yang sibuk² nak hulurkan. Perasan bagus pulak orang kata nanti.. hehehe





Jadi kat bawah ni adalah nama² 'bertuah' yang dapat hadiah tak seberapa dari aku berupa pelekat/ seticker. Kalau suka boleh tampal, tak suka pun boleh tampal (promosi jariah namanya tu) ;D


Kalau korang nak tebus hadiah tu boleh beri salam kat emel mamat ni, yusofbinngadi@gmail.com. ;)
Pat² siku lipat, siapa lambat dia tak dapat. ;D



Dulu dalam surat beranak namanya pelik. Tapi sekarang dalam IC dah jadi pelekatku.blogspot.com. Kan ke lebih keMELAYUan dan keFELDAan nama tu. Jadi kalau mahu korang boleh je terjah blog lama aku blog lama aku tu ye. Harga murah dia semua ada kat sana hehehe. Yang masih tak pasti lagi tu pun boleh je terjah ke sana. Mana tahu tiba² teringin ke kan. Siapa yang suka? Kedua-dua pihak pun suka.. ;) Terima kasih~




Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails