Showing posts with label kongi. Show all posts
Showing posts with label kongi. Show all posts

Wednesday, November 16, 2011

Ketipak² ketipung




Ketipak² ketipung bunyi gendang betalu-talu...


Lagu tradisional Melayu berkumandang di penghujung siaran pertandingan Pesta Pantun Bestari IPTA 2011 malam semalam. Aku pun secara kebetulan tertonton TV1 masa malam Selasa lepas. Tonton sekejap rasa macam biasa, tonton lama sikit, rasa makin seronok. Aku tonton berdua dengan abah aku, dua² rasa seronok. Maka ia menjadi dua ronok. Kami tonton sampai habis.


Dicilok dari sini.



Malam tu final antara bebudak UM vs bebudak UIAM. Sempoilah diaorang. Masing² pakai busana cantik². Yang lelaki dan persis pengantin lelaki tunggu masa nak bersanding atas pelamin je. Tu kali pertama aku tengok pertandingan pesta pantun pun. Jual pantun, lepas tu team lawan ada masa 60 minit saat nak beli pantun. Memang respek la dekat diaorang. Otak geliga, jawab pantun mudah saja.


Si pengacara pun main peranan, pandai berlawak bikin orang ketawa dengan aman. Tak rugi aku tengok secara langsung dari kaca TV. Selang² dengan nyanyian, yang macam agak kelakar bila penyanyi Siti Nordiana berduet dengan Ebby Yus.

Ebby Yus : Saya kacak, namun saya juga comel.


Malam tu bebudak UIAM dapat hadiah busana terbaik dengan pemantun terbaik. Bebudak UM muncul juara. Sebagai Melayu, aku tumpang bangga dekat diaorang, terus memartabatkan pantun, salah satu jenis puisi lama masyarakat Melayu tradisi yang amat tinggi nilainya..



Sekian, wassalam.
Masih ada plan B.


Tuesday, July 26, 2011

TERBANG...

Assalamua'laikum sahabat ;)




Selamat hari selasa, korang dah ready nak berpuasa?

Sepatutnya aku post benda ni semalam. Tapi suis mood aku semalam dah kena cuit secara tak sengaja. Mata pandang skrin komputer tapi kepala aku sempat terbang kejap tatkala waktu kerja masih tersisa beberapa jam lagi. Tapi aku masih ok. Tu pasal semalam taukeh syrap ada tanya aku pasal makanan free, aku senyapkan je. Sama jugak masa pembela semut kata dia dah tak buang air besar merata-rata kat laman aku. Bagus la kan, buang atas mangkuk baru cool.

Tapi benda yang sepatutnya terbang adalah pelekat² bajet comel aku tu ;D Baru tengahari tadi aku upah superhero terbangkan semua pelekatku tu. Bila sampai rumah korang, jangan tak ambik pulak surat tu! Siapa² yang ada kuih dorayaki lebih tu, boleh je bagi, kasi dia senyum sikit hehe.

Ikutkan boleh je aku mintak dia keluarkan pintu merentas masa dari kocek dia. Tapi kesian pulak nanti siapa yang nak beli setem² Pos Malaysia tu kan. Sama jugak dengan Bahasa Melayu, takkan kita nak harap Padaiyappa dan Ahmeng tolong memperkasakan bahasa ibunda kita tu kan. Okeh habis bebel. wassalam.

Friday, June 10, 2011

Hangit bukan hangin

Assalamua'laikum sahabat, selamat hari jumaat ;)



Begini ceritanya, sabtu lepas aku dan

family jalan-jalan ke rumah abang aku.

Perjalanan makan masa lebih kurang 2jam

setengah camtu la. Tengah tenang drive kat

lorong kanan highway dengan laju dalam

100-110km/h, tiba² kereta depan brek

emergency. Tu pasal ada orang kata

lebuhraya yang
tenang jangan disangka tiada bahaya..

Terpaksa gunakan gambar ni semula sebab tajuknya lebih kurang.


Aku pun terpaksa la brek camtu jugak kan, sampai keluar bunyi drift (macam dalam Gerak Khas). Hangit satu kereta. Bay ngong betul la diorang ni main brek² emergency kat highway, lorong kanan pulak tu. Mujur aku berjaya berlagak tenang masa tu, kalau tidak memang dah cium punggung kereta Persona kat depan tu aku rasa. Jarak dengan kereta tu lepas aku membrek dalam 1meter je. Lega habis! Aku cuma terkejut je masa tu, tak gelabah sangat. Akak aku kat belakang yang macam cuak habis.

Lepas tu jalam terus jem. Kadang² lorong kiri lagi laju daripada lorong kanan. Bengkek je hamba rasa.



Dekat 1km jem tu, kalau bawak roti potong HI5, boleh habis separuh aku rasa. Rupa-rupanya ada eksiden daa kat depan. Yang buat jem sebab wujud manusia jakun yang perlahankan kereta nak tengok eksiden tersebut.

Perjalanan balik aku dah bagi extra alert. Belajar dari pengalamandan kesengalan orang kata. Tapi Highway tetap agak jem jugak la, semua pun nak bawak kereta masing², join sesakkan jalanraya di Malaysia di hujung minggu..


Jem tu membolehkan aku cucuk punggung Jaguar depan ni lama².
(padahal pakcik depan memang bawak sopan pun)





You need to format this device. : before you can can use it. 'Seronok' sungguh aku rasa bila segala isi 8Gb lesap camtu je~

Tuesday, June 7, 2011

Tidak lawas!


Assalamua'laikum sahabat ;)






Mesti ada yang geleng kepala perlahan-lahan tanda tak paham bila baca tajuk atas tu. Apa yang tidak? Apa yang lawas?


Sebenarnya benda tu adalah minyak @ bahan api untuk kenderaan. Cerita ni berlaku hari jumaat lepas waktu balik kerja. Macam biasa aku isi minyak dulu baru dapat sambung perjalanan ke rumahtangga.


Aku tambah RM2.00 kasi tangki penuh. Tapi kena tunggu mamat depan ni dulu, dia punya lambat macam isi RM10.00 pulak aku rasa. Rupanya pam minyak tu memang ada masalah la petang tu. Pressure angin dia tak kuat.


RM2.00 aku nak isi, tapi aku dapat isi 21 sen je ke dalam tangki jentera aku (jentera la sangat). Tu pun dalam 10 minit aku tunggu. Minyak tu keluar macam air kecil yang tak lawas je. Dekat 25 minit aku tunggu, minyak tu tak masih jugak tak 'lawas²', aku cabut jelah. Orang kata buat apa tunggu buah kelapa yang tak gugur kan hahha.





Tu kali pertama aku kena camtu, aku rasa korang pun belum pernah berdepan situasi minyak tak lawas macam tu kot. Ke korang pernah?
Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails