The Kiz's Garden punya cerita ;)

Monday, July 9, 2012

Kucing bersayap (sambungan)





Pertama kali datang ke sana perasaan aku memang pelik. Rasa sungguh asing tempat tu. Kedudukan dia tinggi.. Lebih kurang bangunan setinggi 15 tingkat. Angin boleh tahan kuat. Nak jalan pun takut² je.. Tak ada siapa pun kat situ..

Disambung >>>>

Kali pertama sampai kat situ, sifat jakun dan ingin tahu mestilah di tahap tinggi kan. Aku jalan perlahan ala² askar wataniah sedang menghendap musuh, rendahkan pusat graviti. Ngeri tahu jalan kat tempat tinggi berangin macam tu. Mujur aku tak berapa gayat dengan ketinggian..

Kawasan tu lebih kurang macam ni, cuma mungkin lebih rendah
Sambil jalan aku perhatikan kawasan sekililing. Tak ada apa selain pokok-pokok yang bergoyang ditiup angin. Tengah khusyuk perhatikan sekeliling tu, tiba² ada satu 'benda' hitam melintas agak jauh depan aku. Serius macam tak percaya benda tu adalah kucing hitam yang bersayap!


Lebih kurang begini rupa kucing hitam bersayap tu

Ok semua yang aku cerita ni adalah seperti yang aku lalui pada malam ahad 8 Julai hari tu di dalam sebuah mimpi ;) Kebetulan petang tu aku ada tangkap gambar anak² Enot yang dah nak masuk umur sebulan kalau tak silap. Ada empat ketul semuanya. 

Motif: TV S'pore baru siar The Dark Knight malam tadi,
kalau ada can nak nonton The Dark Knight Rises pulak! ;D

Aci, Acu, Aco, dan Ace nama diberi, *disebut sambil menepuk tangan berulang kali. 

Salah seekor garang betul² garang, sulung barangkali. Hulur tangan sekali dia buat bunyi macam nak 'muntah'. Dua tiga kali hulur dia tetap buat macam tu sampai jari aku kena cakar manja.. ;D

Ok nama tu tak betul, biarlah ibu dia sendiri yang bagi nama setiap sekor

24 comments:

  1. rasa takut. aku takut tinggi

    ReplyDelete
  2. comel je dialog kucing2 tu. ngehngeh

    ReplyDelete
  3. mohon abang usop sambung cepat
    *excited

    ReplyDelete
  4. ala... nape smbung2 ni.. nak tahu, cepat! hehehe

    ReplyDelete
  5. argh...suspen....apa ni? hehehe

    ReplyDelete
  6. ko jgn buat ni ala-ala Spiderman versi yg latest ni sop =P








    Luv,
    cik ana

    ReplyDelete
  7. apa semua main sambung2 ni hahaha

    ReplyDelete
  8. Lohh bru nk start engine tgk2 bersambung pulak..huhu

    ReplyDelete
  9. errr....ngeri gak klu tempat tinggi berangin camtu...

    PSSS...waiting for the next episode...

    ReplyDelete
  10. lorh... boleh pulak besambung.. heee

    comel kucing2 tuhh :D

    ReplyDelete
  11. kau sukaaaa macam ni kannn . grrrr

    ReplyDelete
  12. alamak..bersambung la pulak :)

    ReplyDelete
  13. eh. cte hantu ke ape nie? hihi

    ReplyDelete
  14. Haha. Entri pun bersambung.. Aku pikir drama je yg berrsambung. Aihh.

    ReplyDelete
  15. ini main teka teki ke hape usopp ohoii.

    :D

    ReplyDelete
  16. hihi..kt blog sy pun de gamba2 kucing..

    ReplyDelete
  17. apasal tak bagi nama aci aci buka pintu je nama mereka.. comel bangat deh..

    ReplyDelete
  18. lorr..suspen dah aku baca. ish..

    btw kucing kucing tu comel giler.ye la baby lagi. baby sume comel kan..hahaha..
    sapa punya kucing ni.nak kidnap sekor bole.

    ReplyDelete

Dipersilakan taip di bawah ini dengan rasa riang di hati.. ↓ ;)

Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails