Showing posts with label info ok. Show all posts
Showing posts with label info ok. Show all posts

Thursday, February 14, 2013

Kenapa badak air rajin menguap?



Menguap


• Badak air - menguap bukan kerana mengantuk tetapi sebagai tanda amaran kepada haiwan lain di sekelilingnya.

Perkatan 'badak' juga sering digunakan oleh orang melayu. Biasanya ia diguna ketika memanggil seseorang. Walau dipanggil beberapa kali manusia tu tetap tidak mendengar dan selepas tu wujudlah ayat seperti "pekak badak betullah manusia ni" atau "amboi, badak pun tak pekak macam dia."

Selain tu perkataan 'badak' juga telah berjaya menembusi dunia pemakanan melayu. Maka itu wujud 'kuih badak berendam' dan 'cucur badak' serta 'makanan badak.'

Wikipedia - Badak air (Hippopotamus amphibiusmerupakan haiwan mamalia maun besar Afrika, satu dari dua spesies tambahan dalam pengelasan saintifik Hippopotamidae (yang lain merupakan Badak air kerdil).


Friday, December 21, 2012

Satu-satunya negara di benua Eropah yang lebih 90% penduduknya beragama Islam


Albania adalah satu-satunya negara di benua Eropah yang lebih 90 peratus penduduknya beragama Islam.


Sesuatu yang menarik tentang rakyat Albania adalah mengenai isyarat 'Ya' atau 'Tidak' mereka dengan menggunakan kepala adalah terbalik. Secara umumnya, keseluruhan masyarakat di dunia (yang kita tahu) akan menganggukkan kepala sebagai isyarat untuk menyatakan 'Ya' dan akan menggelengkan kepala sebagai isyarat kepada 'Tidak'.


Berbeza bagi masyarakat di Albania, mereka akan menggelengkan kepala untuk menyatakan'Ya' dan akan menganggukkan kepala untuk menyatakan 'Tidak'. Agak pelik tapi unik.

Monday, November 26, 2012

Inforbasi #4

• Paparazzi - Perkataan yang merujuk kepada jurugambar bebas di Barat dipercayai diambil dari watak 'paparazzo' dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada 1960

Papa sanggup bersusah payah demi anaknya, Razzi




• Meteorit - Meteorit yang jatuh di Hoba West, Afrika pada 1920 adalah yang terbesar berukuran 2.7 meter panjang dan 2.4 meter lebar seberat 60 tan

Mitioreet, Hoba West, Afrika




Papua New Guinea - Negara yang dianggarkan mempunyai empat juta penduduk dan menggunakan paling banyak bahasa iaitu 869 bahasa

Rumah pokokPapua New Guinea

 Rabaul Volcano, Papua New Guinea

Monday, November 12, 2012

Inforbasi #3

• Tiram - Boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya 

Kalau Mistebin nampak, habis dia buang tiram ni



• Singa jantan - Ngaumannya boleh didengari sejauh kira-kira 2.5 kilometer

'Teringin' nak peluk singa macam ni



• Nyamuk - Dianugerahkan deria seperti alat pemancar infra merah yang
mampu mengesan mangsa pada waktu malam

Aku suka keraskan tangan masa nyamuk hisap darah, muncungnya akan
susah  dicabut dan kita boleh tepuk dengan mudah ;)

Monday, November 5, 2012

Inforbasi #2

Assalamua'laikum, hai hello semua. En. Kohu kembali lagi dengan informasi yang mungkin basi untuk dikongsi bersama kalian semua sekali. Jomlah!


• Rambut Seorang lelaki kehilangan 40 helai rambut setiap hari berbanding wanita 70 helai

  Rambut




• Kepala otak - Manusia hanya menggunakan 10 peratus daripada otaknya untuk berfikir, selebihnya aktiviti luar atau pergerakan luar kawal

Otak


• Kamera - Seseorang perlu beraksi lapan jam di depan kamera untuk merakam gambar pada peringkat awal alat itu dicipta



Sumber info - surat khabar melayu

Tuesday, October 9, 2012

Raja tidur

Tidur atau dalam Bahasa Jawa disebut 'turu' dan sekiranya tidur sampai berdengkur ia dipanggil 'ngorok'. Mungkin sebab tu ada lagu "jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama kita akan berdengkur". hihi


Seperti yang semua tahu, mamalia yang paling lama tidur ialah Beruang Koala (22jam), diikuti rapat oleh kelawar (19jam) dan dicabar hebat oleh tenggiling (18jam).



Tapi mungkin tak ramai tahu yang beruang Koala mempunyai kebolehan yang mungkin tak ada pada makhluk lain. Membuang air besar ketika sedang tidur, ya ketika sedang tidur.


Manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula ialah zirafah (2jam)rusa (3jam) dan Gajah Asia (3 jam lebih sikit).  Ok itu sahaja yang Encik Kohu (konon tahu) nak cerita. Babai wassalam. ;)

Tuesday, December 20, 2011

Ya aku kacak



Dari dulu lagi orang panggil aku kacak. Pada mulanya
aku fikir mungkin mata diaorang rabun. Masakan muka
sebegini dipanggil kacak. Makin lama makin ramai yang
'rabun' macam tu. "Ini tak boleh dibiarkan," getus hati
kecil aku. Kerap kali aku berdiri depan cermin dalam bilik
aku, memastikan kekacakan yang sering dikatakan orang itu. Tapi berakhir dengan senyuman, ternyata mereka semua memang 'rabun' dalaman.


Makanya aku conteng ini pada cermin burukku.


1. Go to Google

2. Taip kat search bar--> Let it snow
3. Yeappy. snow pun kuar..pastu bole la korang mouse over kat skrin.
ala2 mcm conteng kat cermin keta selepas berembun hihi
*Credit to Jue


**************************************************************


Ok maaf bukan aku yang kacak. Hentikan repekan, mari kita mulakan keseriusan. 

http://kemejakacak.blogspot.com/
Kauorang nampak header atas ni? Barulah betul² layak dipanggil kacak. Ni adalah blog Iz, boyfriend kesayangan classmate aku masa sekolah dulu, Chix. Dua²  pun ada blog shop. Semoga bisnes diaorang semakin maju dan mantap, aminnn.


Ini antara kemeja kacak yang ada dekat blog tu :-

Kemeja kacak Lexie
Kemeja kacak Gibbons
Kemeja kacak Cricter




T-shirt kacak


T-shirt jalur berkolar kacak
Perhatian! Baju² ini mampu menambahkan keyakikan kauorang apabila ia dipakai, terjah http://kemejakacak.blogspot.com cepat² ok. ;D

Kepada para gadis pulak, kalau terasa nak cari barang² comel boleh jenguk blog bawah ni. Macam² gaya ada, bdari skirt comel, shawl cun hinggalah wages and shoes dll. Harga pun boleh tahan cun. 



ZIKIR HARI SELASA
ALLAH HUMMA SOLLI A'LA MUHAMMAD WA A'LAA AALII MUHAMMAD
~Mendapat rahmat Allah dan mendapat syafaat Rasullullah di dunia dan di akhirat~

Sekian, wassalam.
Masih ada plan B.

Saturday, November 26, 2011

Awal Muharam 1433H




Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.


Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.


• Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.

• - Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali.
- Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali.




Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

Melapangkan masa/belanja anak isteri.
Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

Memuliakan fakir miskin.
Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

Menahan marah.
Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

Menunjukkan orang sesat.
Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

Menyapu/mengusap kepala anak yatim.
Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

Bersedekah.
Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya pada neraka jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti . Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

Memelihara kehormatan diri.
Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

Mandi Sunat.
Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

Bercelak.
Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali.
Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

Sembahyang sunat empat rakaat.
Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala."

Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.

Menjamu orang berbuka puasa.
Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

Puasa.
Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya pada neraka.
Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala."



Sekian, wassalam.
Masih ada plan B.


Monday, November 14, 2011

Kau boleh!




Selamat maju jaya untuk kakak aku yang dah mula menjawab soalan² SPM mulai hari ni. Termasuklah semua pelajar yang lain. Tenang dan bagi yang terbaik. Kauorang pasti boleh!



Jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan!
如果你认为你可以,你一定能做到!
यदि आपको लगता है कि आप कर सकते हैं, तो आप निश्चित रूप से कर सकते हैं!

Mujur aku dah pandai guna Google Translate.



Jugak pada team Malaysia dalam Sukan SEA 2011. Kauorang pasti boleh lah! Kalau tak dapat 45, dapat 50 ketul pingat emas pun ok. Kami sokong je!

Semalam terbaca dalam surat khabar, dekat Indonesia sana cuma ada pingat emas dengan perak je. Gangsa diaorang panggil perunggu. Benar nggak Arisha?



Err ayat atas tu releven untuk beberapa tahun lepas. Akak aku dah beranak sorang pun sekarang ni, anaknya comel macam ibunya la. ;D



Sekian.
Masih ada plan B.

Friday, October 14, 2011

Kuda Kepang


Kuda Kepang ataupun Horses Moving (setelah di-google translate-kan) adalah sejenis tarian kebanggaan Johor. Kesenian ni dulunya dibawa oleh orang Jawa yang berhijrah ke Tanah Melayu dan terus digemari hingga kini. Kenapa ia digemari? Kerana ia best!


Aksi tarian Kuda Kepang jauh lebih hebat berbanding aksi ini.



Ketika aku kecil, dekat tempat aku selalu adakan Kuda Kepang ni. Biasanya sempena kenduri kahwin anak dara/ anak teruna diaorang la. Aku dapat tengok dari jauh je. Yang aku tau orang cakap pemain kuda kepang ni bila dah naik syeh (khayal) boleh kupas kelapa guna gigi dengan selamba lepas tu campak dan tanduk kelapa tu. Ada jugak yang lebih hebat kunyah lampu kalimantang. Tapi masa tu aku belum dapat tengok depan2 mata lagi, mak aku tak bagi tengok dekat², barangkali risau aku terkunyah kelapa muda.



'Band' ni datang dari sini.

Yang nak diceritakan sekarang ni pengalaman aku nonton tarian Kuda Kepang masa aku datang rumah abang long aku, bulan lepas. Muzik dari angklung, gendang dengan gong mula dimainkan start jam 8.30 malam straight sampai jam 12.30 malam.


Dekat jam 9.30 baru aku datang tengok. Ada 14 "kuda kepang" termasuk dua gadis. Tiga orang penjaga kawasan dengan tiga orang "bomoh pemulih" dekat padang rumput tu. Dekat tepi ada sorang makcik control semua "kuda kepang" tu.



Gambar comel ni datang dari sini.

Lepas 30 minit diaorang menari pusing2 dengan gaya kuda berjalan, kejap perlahan kejap laju. Orang dia dah mula bakar kemenyan. Asap busuk berkepul-kepul. Gadis dua orang tu menari setakat tu je. Muzik makin pantas. Sekali-sekala diaorang menjerit macam orang kena histeria.


Tapi kejap² la. Lepas tu diaorang buat gaya macam binatang buas tengah attact mangsa. Makin lama makin ramai yang naik syeh, menjerit-jerit sambil menari gaya kuda berjalan keliling padang tu. Cuak jugak la masa tu, tapi tengok orang lain relax je, maka aku pun terpaksa buat² cool. Ada pulak penonton yang bakar mercun. Makin naik syeh la "kuda kepang" tu. Tapi tak semua.



Ini gambar "bomoh pemulih" tengah keluarkan
semangat dari badan "kuda kepang".

Tiba² penonton sebelah aku menjerit terus naik syeh. Kaget aku, ingatkan saja dia menganjeng. Nyaris nak termasuk longkang belakang. Perlahan-lahan diaorang tarik masuk dalam padang, join "kuda kepang" yang lain. Kauorang bayangkan, daripada 12 "kuda kepang" asal yang menari dekat situ, makin lama bertambah dan bertambah sampai lebih kurang 30 "kuda kepang" menari dekat situ.


Pukul 11.30 aku cabut balik. Letih asyik cangkung lepas tu diri lepas tu cangkung balik tengok "kuda kepang" naik syeh. Tapi memang lain macam la tengok tarian tu 1st time depan mata. Ada penonton yang kena kacau, ada yang kena kejar. Ada jugak penonton yang cuak, aku la tu.



Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails