Thursday, June 23, 2011

Your brain head!

Assalamua'laikum sahabat ;)


Kepala otak engkau! kasar pulak bunyi ayat tu. Jadi aku gunakan ayat omputih, lembut sikit bunyinya.
Gambar dicilok dari sini


*Kalau rasa 5minit kalian terlalu mahal untuk info ni. Sila abaikan.

OTAK hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berZIKIR dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah, seperti SUBHANALLAH, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila ZIKIR disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berZIKIR otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berZIKIR, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang ringan kepentingan berZIKIR dan mengabaikannya.

29 comments:

adwafarahin said... [Reply]

adwa suka entry nie
insyaAllah nnt nk amalkan kasi gerak2 sket otak nie hihi
makaseh yep ^^

dreamygirl said... [Reply]

thanq..kena selalu berzikir..ilmu2 yang dibelajar oun nak kena selalu ulang baru ingat-)

Miscellaneous Smiles said... [Reply]

=)

byk kelebihan dgn brzikir

syrupmasin said... [Reply]

waa..thanx pak ustad kongsi :D

Anisa Hang Tuah said... [Reply]

perkongsian yang bagus :)

Bit.Shaa said... [Reply]

nice info.. :)
you, kalo nk marah org gune BI ni mcm lembut bona ...hahhaaa

YOUsoF said... [Reply]

adwafarahin > Samalah kita.. bagus kan entry camni.. ;)

Sama². Tula, jom ringankan lidah..

dreamygirl > Yup benar sekali tu!! ;)

Miscellaneous Smiles > Cuma kadang² kita je yang berat lidah nak buat kan..

syrupmasin > Sama² anak muridku.. Mana kopiah awak ni?

Anisa Hang Tuah > Untuk menjadikan kita lebih bagus insyaAllah.. ;)

Bit.Shaa > hahaha.. takpela, marah kuat² pun kasi stress kepala sendiri buat apa kan?.. ;D

syaEYRA said... [Reply]

nice entry
inshaAllah akn cuba mengamalkan zikir dengan kerap :)

chemay said... [Reply]

wahh nice entry
lepas nie kena sentiasa berzikir untuk pastikan ingatan dan keupayaan otak increase
:)
tengs yusuf

Raji and Yeen said... [Reply]

subhanAllah.. this is really nice
thx for sharing ^^
yeah kena aktifkan otak kita ni dgn zikir ;D

Khuzrin Kamarudin said... [Reply]

semua berotak tapi tak semua berakal....

cik ciput said... [Reply]

kalau tak salah, setiap hari ada zikir yang spesifik kan? contohnya hari khamis, elok kita berzikir "Subhanallah Hil A'zimi Wa Bi Hamdih" 1000x...

*bagus entri ni.. =)

zie_ira said... [Reply]

yeah, btul2 tuh ,, tiap kli kite berzikir otak kite pon sme akn berkerja kan,, tuh la untung ny di lahir kn dlm Islam, byk keistimewaan nya, alhamdulillah~:),

Myra Arshad (: said... [Reply]

hehe. kalau dlm kawan2 mra kitorg suka guna ayat ''brain you betul lahhh kau ni'' . hihi :p

apik pehe said... [Reply]

kalau nk otak tu suci jer..jangan tgk b**e..hehehe

ABU said... [Reply]

nice entry..otak aku suci ok hahaha. apik bengong..hahaha

YOUsoF said... [Reply]

syaEYRA > Bagus.. Jom sama²!

chemay > Hehhe. Mula slow² pun takpa janji ada usaha ye dop? ;)

Raji and Yeen > Mula² aku terbaca pun aku macam ko jugak.. agak KAGUM!

Khuzrin Kamarudin > BENAR tu!!

cik ciput > Yup.. Betul tu Cik Ciput..
Jumaat pulak, ALLAH 1000X.
Selasa selawat ke atas Nabi Muhammad 1000X
Rabu Istighfar 1000X


Yang tak disebut tu sebab terlupa, kena tengok balik semula kat rumah ni hehe.

zie_ira > Alhamdulillah.... ;)

Myra Arshad (: > Hehhe boleh tahan sopan tapi tajam ayat tu Myra.. ;D

apik pehe > Hahha nasihat yang BAGUS tu Pik! ;D

ABU > Tengok dari muka dah nampak kesucian ko Bu.. ;D

CouLeur de Chiqu3 said... [Reply]

lecturer aku kate : nk jd creative,bg otak makan..dgn apa?

al-quran+zikrullah


*thanks to en.fauzi from Industrial Design Department-time tu aku masih foundation,mentah lagi tp aku boleh igt pesann dia smpai skng...

YOUsoF said... [Reply]

MasyaAllah.. Sangat besar mukjizat dari-Nya kan.. ;)

bagus la, aku pun akan try ingat pesanan ni..

♥e'in♥ said... [Reply]

wah.. bwu tahu nie.. thanks coz kongsi.. ;)

YOUsoF said... [Reply]

SAMA².. Jom terus kongsi ilmu ni.. ;)

apik pehe said... [Reply]

fuhhh..nasib bek aku dah benti,,hahaha

YOUsoF said... [Reply]

Very goood bro.. ;D

Amna.Qadeeja said... [Reply]

terima kasih kerana berkongsi :)

YOUsoF said... [Reply]

Sama² kerana sudi menghayati.. ;)

syrupmasin said... [Reply]

kopiah kene tiup angin la pak ustad :D

YOUsoF said... [Reply]

Ish kamu ni.. banyak beno alasannya..

Nah ambik rotan sekali kat punggung belah kanan.. ;D

Izzaty Ishak said... [Reply]

Pantang betul orang-orang yg dok bahan bab kepala otak ni.

Nice entry. Berzikirlah demi memelihara otak yg baik ;)

YOUsoF said... [Reply]

Yela.. kepala otak bukan untuk dibahan tapi untuk digunakan untuk berfikir..

InsyaAllah.. ;)

Post a Comment

Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)

Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails