Showing posts with label pemakanan berkhasiat. Show all posts
Showing posts with label pemakanan berkhasiat. Show all posts

Wednesday, September 5, 2012

Menu untuk lelaki tidak aktif ;D

Keperluan kalori  ini adalah bagi kanak-kanak, remaja perempuan, wanita yang aktif secara sederhana dan lelaki yang tidak aktif.

Pada aku, lelaki yang tidak aktif tu maksudnya mungkin yang jenis kurang beriadah, kurang keluarkan peluh. Kebanyakan masanya lebih kerap dihabiskan dengan aktiviti dalam rumah seperti melayari internet, bermain permainan video sukan dengan harapan dapat mengeluarkan peluh (cth: bola sepak), melayari internet lagi dan lagi hihi



Menu aku masa duduk menyewa rumah bujang di KL dulu:

Minum pagi
• 1 gelas air kosong
• Biskut Tiger (kalau ada)

Sarapan
• Kuih yang dibeli tepi jalan (Seringgit 3 ketul)

Makan tengahari
• Nasi + lauk + sayur + air sirap/ jagung/ sarsi dll
• Apa² buah yang ada aku tak tolak ;D
• Hari cuti - Nasi ayam Kak Mas (foodcourt Setiawangsa) / nasi ayam berempah (mantap)

Minum petang
• Teh tarik (di kantin tempat kerja, itu pun kalau sempat turun)
• Jangan kata 1 cawan minuman bercoklat, suku cawan pun tak nampak bayang hihi

Makan malam
• Nasi goreng kampung mamak/ roti canai banjir + teh 'O' suam + air suam


Wednesday, June 6, 2012

Jauhi makanan enak

Assalamualaikum


Jauhi makanan enak yang mampu menjahanamkan diet anda kerana ia mungkin akan menghampakan anda di kemudian hari. Maka itu elakkan dari menelan makanan ringan walaupun ia mampu meringankan berat badan anda kerana ia juga mampu menambah kandungan gula, garam dan lemak dalam tubuh anda. 

Makanan segera, boleh didapatkan dengan kadar segera, segera jugalah ia meninggalkan bermacam-macam perisa tambahan dalam tubuh badan kita.



Nampak macam kelakar kalau aku cakap tak pernah telan makanan McD, KFC, MarryBrown, A&W, BurgerKing, Burgerdil dan macam² lagi makanan segera tu kan. Tapi apa salahnya kalau kita cuba kurangkan menelan semua tu. Masakan bonda atau isteri tercinta jauh lebih enak dan berkhasiat apa..

Thursday, May 10, 2012

Aktif sihat

Assalamualaikum.

Berminggu-minggu dah aku tak kongsi pasal khasiat pemakanan ni kan. Kali ni aku nak kongsi tips hidup aktif dan badan sihat, anda buat anda yang dapat. Tahan makan 12 jam sekalipun kalau tak buat aktiviti yang membakar kalori aku rasa payah nak dapat hasil yang diidamkan. Lainlah kauorang ambik JusMate  5 TULEN dari Dr. Rozmey hehe.

Aku pun dah kurang sangat keluarkan peluh kebelakangan ni, badan dah rasa kurang cergas, lembik  pun iye, kesihatan belum mengizinkan nak kembali aktif. Kita saling mendoakan ya kawan². ;)


Kalaulah ada extreme park dekat² kawasan sini memang tiap minggu aku datang main skateboard, parkour, roller blade semua tu kasi keluar peluh... Ok gimik je nama² game tu semua. Paling kurang aku joging dekat trek tak pun main tali skipping je. haha.


Tapi serius aku paling teringin nak cuba wall climbing. Lepastu nak cuba go-kart, ATV, bungee jumping,  flying fox dan segala jenis game yang mencabar. Kebetulan peneroka dapat durian runtuh ni, ingatkan nak suruh bapak aku binakan satu mini extreme park dekat tepi rumah (berangan sungguh), tapi beliau dah ada plan lain yang lebih baik untuk seisi keluarga.

Ok selesai, cukup untuk hari ni. Babai.

Wednesday, February 15, 2012

Tip gaya pemakanan yang sihat


Ok hari ni dengan sukacitanya  nak beritahu yang aku benar² sibuk. Ingat nak cerita pasal mimpi indah aku malam tadi. Tapi takpelah kita baca tip kesihatan ni dulu la ye. Lama dah aku tak kongsi bendaalah ni kan. Yang nak tengok tip lain boleh je kelik tip kesihatan 12, 3 atau 4.

Siapa yang nak kelihatan cantik luar dalam tu jom amalkan gaya hidup sihat. Anda sihat, anda kuat untuk cari rezeki dan menjalankan tanggungjawab sebagai hamba-Nya insyaAllah. ;)




Sekian, wassalam.
Masih ada plan B.

Thursday, November 10, 2011

Tip sarapan yang mudah



Hai semua. Sepatutnya tip ni orang kongsikan semalam. Tapi hari ni pun ok je kan, jadi terimalah tip sarapan yang mudahhhhh (dengan nada suara Doraemon ketika keluarkan barang ajaib dari poketnya). Ni pun update dari Samsung Galaxy Tab je. Hehe orang saje je lah.




Ok aku gunakan "aku" semula lah, kang ada yang kata aku membuang tebiat sebab guna kata ganti nama "orang" ni. haha.

Kebetulan pagi tadi orang rumah emak aku sediakan sandwic, roti bakar, coco crunch dan susu dutch lady, kira ngamlah dengan entri ni. Ok itu semua tidak benar. Aku sarapan keropok basah cicah sos cili je, syukur. ;)

Dua jenis kuih untuk sarapan yang akan mengingatkan aku dekat kawan aku ialah pau sambal, kuih feveret budak praktikal dekat tempat aku dulu. Budak Indie, The Poyo nama band dia. Dan satu lagi kuih, karipap namanya. Kuih tu mengingatkan aku pada... Ok bai. Masih ada plan B. (jarang aku guna tagline ni untuk tutup entri kan) ;D



Wednesday, November 2, 2011

Kurus itu kudus



Wordless Wednesday #15






Meaning of Wordless Wednesday :

Pada setiap hari rabu, ramai blogger akan membiarkan gambar membebel sendirian.




Wednesday, October 26, 2011

Wordless Wednesday #14








Meaning of Wordless Wednesday :

Pada setiap hari rabu, ramai blogger akan membiarkan gambar membebel sendirian.




Wednesday, October 19, 2011

Buncit itu comel




Wordless Wednesday #13



Meaning of Wordless Wednesday :

Pada setiap hari rabu, ramai blogger akan membiarkan gambar membebel sendirian.


Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails