Keperluan kalori ini adalah bagi kanak-kanak, remaja perempuan, wanita yang aktif secara sederhana dan lelaki yang tidak aktif.
Pada aku, lelaki yang tidak aktif tu maksudnya mungkin yang jenis kurang beriadah, kurang keluarkan peluh. Kebanyakan masanya lebih kerap dihabiskan dengan aktiviti dalam rumah seperti melayari internet, bermain permainan video sukan dengan harapan dapat mengeluarkan peluh (cth: bola sepak), melayari internet lagi dan lagi hihi
Menu aku masa duduk menyewa rumah bujang di KL dulu:
Minum pagi
• 1 gelas air kosong
• Biskut Tiger (kalau ada)
Sarapan
• Kuih yang dibeli tepi jalan (Seringgit 3 ketul)
Makan tengahari
• Nasi + lauk + sayur + air sirap/ jagung/ sarsi dll
• Apa² buah yang ada aku tak tolak ;D
• Hari cuti - Nasi ayam Kak Mas (foodcourt Setiawangsa) / nasi ayam berempah (mantap)
Minum petang
• Teh tarik (di kantin tempat kerja, itu pun kalau sempat turun)
• Jangan kata 1 cawan minuman bercoklat, suku cawan pun tak nampak bayang hihi
Makan malam
• Nasi goreng kampung mamak/ roti canai banjir + teh 'O' suam + air suam










