Showing posts with label kelebihan buah-buahan dan sayur-sayuran. Show all posts
Showing posts with label kelebihan buah-buahan dan sayur-sayuran. Show all posts

Wednesday, February 29, 2012

Jom makan pelbagai buah & sayur setiap hari

Assalamualaikum


Selain buah hati, buah apa yang kauorang selalu ingat (untuk ditelan) setiap hari? Berapa banyak pulak buah-buahan yang kauorang telan setiap hari? (tak termasuk Tutti Frutti la sebab tu dah termasuk bahan tak semula jadi)

Kalau kat rumah, bapak aku yang paling rajin menghadap buah-buahan. Bila dah makan, dia akan tolong potongkan buah yang lebih, simpan dalam peti ais. Seterusnya aku tolong makan potongan buah-buahan tu. Mudah bukan kitaran tu? hehe


Kalau mak aku pulak suka biarkan dulu buah-buahan tu. Lebih utamakan anak-anaknya barangkali. Biasanya kalau makan aku akan kongsi (suku buah) dengan mak aku . ;D

Tapi yang paling aku suka adalah buah pisang. Lebih² lagi kalau masa tu ada  ais krim Walls dalam peti ais, maka selamatlah semangkuk kecil banana split dalam perut aku. Apa pun dimulakan dengan Bismillah dan disudahi dengan apa kawan²? Alhamdulillah, pandai².... *menghulurkan semangkuk  besar banana split



Sekian, wassalam.
Masih ada plan B.
Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails