Showing posts with label poster pemakanan sihat. Show all posts
Showing posts with label poster pemakanan sihat. Show all posts

Wednesday, September 5, 2012

Menu untuk lelaki tidak aktif ;D

Keperluan kalori  ini adalah bagi kanak-kanak, remaja perempuan, wanita yang aktif secara sederhana dan lelaki yang tidak aktif.

Pada aku, lelaki yang tidak aktif tu maksudnya mungkin yang jenis kurang beriadah, kurang keluarkan peluh. Kebanyakan masanya lebih kerap dihabiskan dengan aktiviti dalam rumah seperti melayari internet, bermain permainan video sukan dengan harapan dapat mengeluarkan peluh (cth: bola sepak), melayari internet lagi dan lagi hihi



Menu aku masa duduk menyewa rumah bujang di KL dulu:

Minum pagi
• 1 gelas air kosong
• Biskut Tiger (kalau ada)

Sarapan
• Kuih yang dibeli tepi jalan (Seringgit 3 ketul)

Makan tengahari
• Nasi + lauk + sayur + air sirap/ jagung/ sarsi dll
• Apa² buah yang ada aku tak tolak ;D
• Hari cuti - Nasi ayam Kak Mas (foodcourt Setiawangsa) / nasi ayam berempah (mantap)

Minum petang
• Teh tarik (di kantin tempat kerja, itu pun kalau sempat turun)
• Jangan kata 1 cawan minuman bercoklat, suku cawan pun tak nampak bayang hihi

Makan malam
• Nasi goreng kampung mamak/ roti canai banjir + teh 'O' suam + air suam


Wednesday, June 6, 2012

Jauhi makanan enak

Assalamualaikum


Jauhi makanan enak yang mampu menjahanamkan diet anda kerana ia mungkin akan menghampakan anda di kemudian hari. Maka itu elakkan dari menelan makanan ringan walaupun ia mampu meringankan berat badan anda kerana ia juga mampu menambah kandungan gula, garam dan lemak dalam tubuh anda. 

Makanan segera, boleh didapatkan dengan kadar segera, segera jugalah ia meninggalkan bermacam-macam perisa tambahan dalam tubuh badan kita.



Nampak macam kelakar kalau aku cakap tak pernah telan makanan McD, KFC, MarryBrown, A&W, BurgerKing, Burgerdil dan macam² lagi makanan segera tu kan. Tapi apa salahnya kalau kita cuba kurangkan menelan semua tu. Masakan bonda atau isteri tercinta jauh lebih enak dan berkhasiat apa..
Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails