Wednesday, November 23, 2011

Mak Jah : Kerja kahwin



Alhamdulillah Ahad lepas, kerja kahwin aku baru je selesai. Serius macam tak percaya sekarang aku dah jadi suami orang. Tanggungjawab semakin bertambah. Kena pandai bajet kewangan demi masa depan keluarga yang lebih terjamin. Tak lupa jugak mesti kena pandai jaga badan.


Ini gambar masa perkahwinan Ayu Raudhah dulu.


Ok sebenarnya kerja kahwin tu jiran sebelah kiri rumah aku yang punya dan ayat atas tu saja aku reka bagi mewakili pengantin lelaki kehkehkeh. Semoga mereka berbahagia ke akhir hayat. Aminnn.


Macam biasa, mestilah kena rewang bila jiran satu blok buat kerja kahwin kan. Masa ni la baru dapat berborak dengan jiran² yang sebelum ni cuma angkat kening bila terselisih atas jalan raya.


Yang sedapnya, kerja kahwin kali ni tuan rumah tambah satu menu yang jarang ada dalam kerja kahwin dekat tempat aku. Ia dipanggil ayam golek. Bila manusia tengok ayam digolek macam tu, pastilah menyelerakan bukan. Tapi pernah kaurang bayangkan kalau ayam sendiri tengok kawan² mereka digolek macam tu. Kauorang rasa mereka nak join golek sekali ke?


Last but not least, kerja kahwin sekarang macam tak lengkap kalau tak diselitkan karaoke kan. Nak lagi hebat diaorang panggil kugiran. Tapi dapat karaoke pun dah ok. Lebih banyak pilihan lagu untuk dirosakkan melodinya hahaha.



*Rewang = Gotong royong/ buat kerja bersama-sama.



Sekian, wassalam.
Masih ada plan B.


44 comments:

Hanie_Dew said... [Reply]

adeii la. aku ingat ko yang kawen.
betul tu masa ni la bari dpt borak ngan jiran jiran kan. kalau tak tu mmeg senyum-tak-perlu-kata-apa-apa je la.

makaseh wish besday..dah 26 da tahun ni..baru tau status?? tu la aku dah bagi tau lama dah. org yg tak pecaya.. hahahahaha..

najihah sahami said... [Reply]

haha..boleh pulak usop wakilkan pengantin eh. ucapan macam penah jadi pengantin je.

efa said... [Reply]

adess igt usof yg kawin bru nk wish ahaha apa2 tahniah buat jiran anda :)

alien said... [Reply]

dah prektis ucapan ni
tak lama lagi ke bro

KizZ said... [Reply]

hohoi aku datang mlm berinai..xnmpk pun kau rewang..tipu ehhh...hehehe

Rtp Farra Arisha said... [Reply]

i thought you were the one who were get married..kehkehkeh..anyway, happy wedding to the groom and bride..:)

klo di indonesia pun, the guest was invited to dance and to sing together with pasangan pengantin..it sounds great, right? :)

Cik Anita said... [Reply]

tapi sekarang bocah2 nom wes orak ramai yang lungo rewang lah~ kan?

sama hari kenduri rumah aku! aku pun ada ayam golek jugaaaaa~ 200 ekor lagi. tp habis! memang melantak orang yang makan kenduri.. hua hua hua

Cik TTK said... [Reply]

ni masa akak nani kawen ehh?aku tak dapat datang sebab hari yang sama dengan sepupu aku kawen..sedih..letaklah gambo pengantin perempuan beb..

Abang Jonni said... [Reply]

aku selalu kalau rewang,,, dok basuh pinggan je....

huhuhuhu

syafiqakarim said... [Reply]

bila giliran kau?
jemput aku tahu.

Ieja said... [Reply]

bikin gempaq je..hehe
best kalau time rewang tapi penat :)

missSenget said... [Reply]

aku br nk majuk...

kan ko aritu janji nk kawen ngn aku..

kekeke..

nasib baik bukan ko yg kawen..

dah lama x merewang...
ah...mkcik2 ni bkan rewang..gosip je lebih.. :p

Cik TeN10 said... [Reply]

Cisss..aku tertipu dgn ko punye intro !! Mati2 ingt ko yg kawin td..haha

Aku suka bab2 merewang ni..nak2 kt kg..happening abes! Terasa kemeriahan majlis tu..uwaaaa suka3!! Tiba2 rasa rindu kat kg !! Perghh kalau kenduri ayam golek aku mesti pergi !! Hahaha

budakampung said... [Reply]

oke gua tertipu..mati2 gua ingat memang ko dah kawen..demm demm! ==

DanieL AdiE said... [Reply]

Lor..ingat ko dh khawin!!

Jgn lupe jemput ya..

Lea Isnawi said... [Reply]

apsal gambo macam zaman komunis. hihihi

Syahirah Suhaili said... [Reply]

ingatkan usop betol2 kawen tdi..haha..ucapan tu mcm da bagi bagi hint nak kawen je..haha..wah,sedap nye ayam golek..tros lapar perut..haha

Amna.Qadeeja said... [Reply]

hai, saya kaki karok. nt nak kawen jemputlah sy heh :D

Fee Hafeezah ketuk keyboard said... [Reply]

ok, tahniah buat pasangan pengantin..

soalan standard : "ko bile lagi nk kawin?" haha..:D

Izzah Idz said... [Reply]

haha..YOUsoF pulak bla nk kahwin?

little_teddy said... [Reply]

aku igt ko yang kawin Sop.huhuhuh

bile la aku nak merasa nasik minyak nie...

My Life's Journey said... [Reply]

Hihi ..wah best2 .. ingat tadi yousof yang kawin ..salah terpahaman umi hahahahaha .. ummm sedap ..ayam golek hrmm

::FAIZ FARISH:: said... [Reply]

baju kawen dia nice.... tp knape dia pegang bunga?

aiEz said... [Reply]

ayat first tu buat aku rasa macam nak cepuk2 orang,senget jer...haha..ahad aritu pun membe aku kawen jugak,ak bila la lagi..huhu

FIFIEY LYCHEE MARATION said... [Reply]

alahai, best lah dpt g kenduri, fifi belum ada yg jemput ni! haha

ekabukanmakcikkau. said... [Reply]

Jadah apa kau letak gambar pengantin laki tu bebanyak? Ke kau ni merangkap official photog haritu? Hermmm

ABU said... [Reply]

rewang tu apa? macam mernoggeng jugk ke?.. best kan tengok orng kahwin.. tersan macam nak kahwin jugak hahahhaa

intro kau mmg bagus.. aku ko yg kawin tadi hahahahhaha sengal..

si robot comel said... [Reply]

laaa ingatkan kahwin tadi,hahaha.

apik pehe said... [Reply]

hehehe..biasa lah tu..eh..baju kaler pink?

atiqah said... [Reply]

Dah agak dah tajuk je lebih.hehe oh umur kita sama ye?. Dah 21 boleh kahwin dah tuu..

Anif Abdullah| AA said... [Reply]

den ingat kau yang kahwin td.hehe

jom karok ! :)

Original CikTeddy said... [Reply]

nnti yousof kawen psang zikir2 plak..hihi tmbh phala..

Sarah Mohd Saleh said... [Reply]

eceh kauuu...nk kawen tuh ckp je lahhhhh.aumm

khairul akmal bin azman said... [Reply]

ko bile lagi beb!

da bau nasi minyak ni..

Fathiah Hamim said... [Reply]

rewang rewang. best nyaa

Hans said... [Reply]

lepas nih giliran ko la plak yusof
:-)

MK said... [Reply]

ucapan wakil pengantin yang terbaik.
cakap macam ada experience jekk.
tanda2 seru dah nak sampai lah tu.
hehe.

~ayusleeping~ said... [Reply]

ingatkan kamOo yg kawen..lorhh~~
yusOf biler pulak nak kawin ni?? ngee~

EZAN IDMA said... [Reply]

nak kawen jugakk

Azham Vosovic said... [Reply]

seronoknya ada rewang....merapatkan silaturrahim hehehehe

Wanie said... [Reply]

haha..ayat reka tu yang tah tahan tu..

*pelekat tu cane sebenarnye? explain sikit eh, tak bape nak paham..:)

alif haris said... [Reply]

haha ingatkan kau yg kawen doe .. terkezuut aku .. takde khaba berita tawu2 dah kawen haha :D

Saiazuan said... [Reply]

huyo..gmbar dia nmpk classic :D

Chegu said... [Reply]

lu tak jage tol ke bro...bleh dapat sen, hahaha

Post a Comment

Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)

Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails