Showing posts with label jiran. Show all posts
Showing posts with label jiran. Show all posts

Tuesday, December 27, 2011

Random awesome

Assalamualaikum

Hai kauorang, selamat hari selasa. Tiga hari tak update ni tiba² rasa kekok pulak nak menaip. Penat cuci pinggan mangkuk semalam barangkali. Untuk entri ni kauorang harus tekan butang segitiga kat bawah ni, baru dapat merasai ke-awesome-an entri ni... Ya entri ni memang awesome.......  la sangat.


Orang Singapura : Gerek seh lagu ni!
Orang Indonesia :  Keren deh lagunya!
Yuna : Hei kauorang.. This song is called random awesome lah!


Ok ini antara cerita random yang aku saja nak kongsi dengan kauorang...

• Sabtu lepas Umairah balik ke rumah mak bapak aku. Maka semua pun suka sebab masing² memang dah rindu dekat bocah cilik tu. Kali ni dia datang dengan ilmu yang semakin betambah hehe. Dah pandai tercegat depan pintu rumah sambil beri salam, tapi dalam 'kaedah' sebutan pelat la.. ;D

Ngam² dia datang ni hidung aku sedang dilanda virus selesema. Makanya akak aku tak kasi cium pipi gebu anak  dia, takut jangkit katanya. Ibarat kucing Parsi nampak ikan keli goreng bersila depan mata, agak² kauorang kucing tu lepaskan peluang macam tu je ke?


• Hari yang sama jiran blok sebelah ada buat majlis khatan. Siap ada karaoke dan makan². Macam kenduri kahwin anak perempuan tunggal. Meriah. Aku tumpang dengar dari jauh je sambil terimbau kenangan masa aku dikhatankan dulu. Kalaulah ada karaoke masa tu, mungkin aku dapat dikhatankan tanpa perasaan gementar di hati.




ZIKIR HARI SELASA
ALLAH HUMMA SOLLI A'LA MUHAMMAD WA A'LAA AALII MUHAMMAD
~Mendapat rahmat Allah dan mendapat syafaat Rasullullah di dunia dan di akhirat~

Sekian, wassalam.
Masih ada plan B.

Wednesday, November 23, 2011

Mak Jah : Kerja kahwin



Alhamdulillah Ahad lepas, kerja kahwin aku baru je selesai. Serius macam tak percaya sekarang aku dah jadi suami orang. Tanggungjawab semakin bertambah. Kena pandai bajet kewangan demi masa depan keluarga yang lebih terjamin. Tak lupa jugak mesti kena pandai jaga badan.


Ini gambar masa perkahwinan Ayu Raudhah dulu.


Ok sebenarnya kerja kahwin tu jiran sebelah kiri rumah aku yang punya dan ayat atas tu saja aku reka bagi mewakili pengantin lelaki kehkehkeh. Semoga mereka berbahagia ke akhir hayat. Aminnn.


Macam biasa, mestilah kena rewang bila jiran satu blok buat kerja kahwin kan. Masa ni la baru dapat berborak dengan jiran² yang sebelum ni cuma angkat kening bila terselisih atas jalan raya.


Yang sedapnya, kerja kahwin kali ni tuan rumah tambah satu menu yang jarang ada dalam kerja kahwin dekat tempat aku. Ia dipanggil ayam golek. Bila manusia tengok ayam digolek macam tu, pastilah menyelerakan bukan. Tapi pernah kaurang bayangkan kalau ayam sendiri tengok kawan² mereka digolek macam tu. Kauorang rasa mereka nak join golek sekali ke?


Last but not least, kerja kahwin sekarang macam tak lengkap kalau tak diselitkan karaoke kan. Nak lagi hebat diaorang panggil kugiran. Tapi dapat karaoke pun dah ok. Lebih banyak pilihan lagu untuk dirosakkan melodinya hahaha.



*Rewang = Gotong royong/ buat kerja bersama-sama.



Sekian, wassalam.
Masih ada plan B.


Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails