Tuesday, December 27, 2011

Random awesome

Assalamualaikum

Hai kauorang, selamat hari selasa. Tiga hari tak update ni tiba² rasa kekok pulak nak menaip. Penat cuci pinggan mangkuk semalam barangkali. Untuk entri ni kauorang harus tekan butang segitiga kat bawah ni, baru dapat merasai ke-awesome-an entri ni... Ya entri ni memang awesome.......  la sangat.


Orang Singapura : Gerek seh lagu ni!
Orang Indonesia :  Keren deh lagunya!
Yuna : Hei kauorang.. This song is called random awesome lah!


Ok ini antara cerita random yang aku saja nak kongsi dengan kauorang...

• Sabtu lepas Umairah balik ke rumah mak bapak aku. Maka semua pun suka sebab masing² memang dah rindu dekat bocah cilik tu. Kali ni dia datang dengan ilmu yang semakin betambah hehe. Dah pandai tercegat depan pintu rumah sambil beri salam, tapi dalam 'kaedah' sebutan pelat la.. ;D

Ngam² dia datang ni hidung aku sedang dilanda virus selesema. Makanya akak aku tak kasi cium pipi gebu anak  dia, takut jangkit katanya. Ibarat kucing Parsi nampak ikan keli goreng bersila depan mata, agak² kauorang kucing tu lepaskan peluang macam tu je ke?


• Hari yang sama jiran blok sebelah ada buat majlis khatan. Siap ada karaoke dan makan². Macam kenduri kahwin anak perempuan tunggal. Meriah. Aku tumpang dengar dari jauh je sambil terimbau kenangan masa aku dikhatankan dulu. Kalaulah ada karaoke masa tu, mungkin aku dapat dikhatankan tanpa perasaan gementar di hati.




ZIKIR HARI SELASA
ALLAH HUMMA SOLLI A'LA MUHAMMAD WA A'LAA AALII MUHAMMAD
~Mendapat rahmat Allah dan mendapat syafaat Rasullullah di dunia dan di akhirat~

Sekian, wassalam.
Masih ada plan B.

33 comments:

si robot comel said... [Reply]

perghh siap ada karaoke tu,hebat hebat.

nabilah_2908 said... [Reply]

membayangkan gelagat si bocah cilik....oh..comelnya dia... :)

abyahuys said... [Reply]

bocah kecil sangat lah kiut miut! *bila kakak aku nak kawen ni?? ppfff~~~!*

khatan macam nak kawen? aku rase kalau kenduri lepas pantang org khatan habis lagi bebaloi... dpt lah depa mkn lauk kenduri tu... ni buat kenduri time org tgh sakit barat... ayam melepas, mkm bubur je la... hahha~ kesian lah~ XD

najihah sahami said... [Reply]

haha..pegi la khatan lagi sekali usop. oopsss!
:P

memang teruja la tengok ikan goreng bersilat. haha. sabar ye usop. p makan panadol soluble..:)

Unknown said... [Reply]

oloo comeyy...mmg rugi tlepas peluang nak cium budak tiut2.sape suh ko slesema.keh2

cimöt said... [Reply]

aku dpt bayangkan kepeletan si pemberi salam tu..

ecemekommm..hihihi

alien said... [Reply]

khatan sambil menyanyi
powe2

dill said... [Reply]

bleh juget2 sblm khatan ye yousof? hehe

dill.

Wadi AR said... [Reply]

kemainn

LadyBird said... [Reply]

comel tul baby tu..

buat mcmn gambar bergerak tu ek..

amrlaqm said... [Reply]

amboi meriahnya siap ada karaoke lagi tu~

hahaha :P

Nurul Iman Rosman said... [Reply]

alahai, comel nye bocah cilik tu!
tapi padan muke yusof tak boleh cium2 dia! haha!

nak sgt ke berkhatan sambil takde perasaan gementar? so, berkhatan lah lagi sekali! yey! :P

Rtp Farra Arisha said... [Reply]

hello adik umairah yang centil manis! :)) she might the prettiest bocah cilik ever..hehehe.

semutsengal said... [Reply]

kenapa ikan keli ? kenapa kenapa ?


kahkahkah.

ankeljonni said... [Reply]

waras wakkkkk.....

wah terkenang zaman kene khatan plak ko neh.... huhuhuhu.

IEJA said... [Reply]

bestkan ada anak buah? hehe

Umairah sgt comelllllllll! :)

BENA said... [Reply]

terbaek lahhh lagu tuh ;)

dah makin maju bocah cilik kau tuh yeee ;)

cop ! kie sama2 di jangkiti selsema la puloppp ;) makan ubat okeh ;)

aku tak pernah tgk orang berkhatan semeriah tuuu ;)

Jue said... [Reply]

Ala fon aku xpat nak click2 benda segitiga tu..kna online kat pc nanti br dpt =(

Amboi siap brangan ada karok kalau zmn ko dulu kan..kemain haha

Pamie said... [Reply]

majlis khatan siap ada karaoke..best tu..sambil khatan sambil dengar orang nyanyi lagu awie..hahahaha..

Anonymous said... [Reply]

hamboii
kemainnye la majlis khatn tu
ader karoake sbb tak nak bg dgr suara dak2 menjerit sakit
hahaa :D

Mun said... [Reply]

meriahnyerr..siap ada karoke lagi.. huhu

Kartini said... [Reply]

yeahhh i'm into yuna as well. :)
"is you favrt color blue? do u alwys teel the true.."
hhaha jap jap klakar. next time, sapa nak khatan, boleh la pasang lagu kekuat. mungkin boleh kurangkan stress? ki3. umairah mata dia bolat!

Cik Anita said... [Reply]

anak buah kau tak ramai lagi ehh???

anak buah aku dah berduyun. makanya malas nak melayan sangat.

HAHA.

Nursyahira izzati Ngadimon said... [Reply]

hahahaha . comelnyaaaa umairahh tu kan ? diaa brape tahun skrang ekk bang usop ? emm :)

AWESOMEEEEEEE giler :)

Shila said... [Reply]

hahaha...


gementar2 pun, da slmt berkhatan kan..??

Hanys Najib said... [Reply]

Waaaah..majlis khatan pon siap karoke skali.. Grand yuuuu..hehe

Liyana Zahim said... [Reply]

Hahahahha! Kemain berkarok time khatan.. Hadooo.. Kalau pasang lagu rock kapak boleh snang ati gak ke? Sabo jela..

::FAIZ:: said... [Reply]

aku tringat kisah masa aku khatan dulu... :P memalukan sikit

syakirahmn said... [Reply]

amboih, baru tiga hari dh kekok. haha

Anonymous said... [Reply]

huhu..ok terasa la jgk ke-owesome-an entry ko.terasa terasa.

ko rasa bole ke kontrok suara kene khatan sambil karok.

Abu Bagi said... [Reply]

mmg pun virus selsema bejangkit.. ko patut kena kuarantin hahaha

haha ko khatan la lagi, buat dua kali baru syok sambil berkarok..

Unknown said... [Reply]

lawaklah YOU ni....teringat zaman berkhatan plak hehehe

Unknown said... [Reply]

aku tak pernah tgk org buat kenduri khatan..

dulu mane main karoake, nnt tuk mudim tuh nak join sekali cmne? tak memasal kau tak berkhatan..haha..

Post a Comment

Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)

Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails