Friday, June 15, 2012

Kenapa kucing keluarkan bunyi "grrrrrrr" ketika makan?

Assalamualaikum


Kalau tak silap kali terakhir keluarga aku bela kucing dalam enam tahun lepas. Kucing terakhir tu mati sebab termakan racun tikus dekat bawah rak dapur. Aku masih ingat lagi dia terbaring dekat bawah ampaian baju dengan mulut yang berbuih. Bapak aku sempat minumkan air kelapa dalam mulut dia, tapi semua tu dah dah terlambat. Sedih.

Tak menangis tak bermakna aku tak sayang kucing tu. Mungkin sebab masa tu aku tak berapa mesra dengan kucing. Akak aku yang beriya menangis tersedu-sedu. RIP Kucheng..

Ok cerita sedih tamat di situ.. Jom layan cerita baru.


Ini kucing baru yang menginap di rumah mak bapak aku. Yang kiri ni bole kira kucing angkat sebab diberi oleh jiran sebelah kanan punya kanan. Untung dia ada dua famili penyayang kan.. ;D Namanya Enot. tengah sarat bunting, nampak gaya macam ada lapan ekor je dalam perut dia tu, enam betina, dua jantan.. Mungkin ok mungkin hehe

Yang kanan pulak betina, aku panggil dia Miko. Suka tidur sebelah aku. Aku suka gurau² dan sesekali cakap² dengan dia. haha. Sedikit manja dengan manusia lebih² lagi lelaki. Al-maklumlah kucing betina. Tengok, binatang pun tahu bezakan antara 'jantan' dan 'betina'. 

Ingatkan manusia je pandai berkongsi makanan? Kalau kucing makan sambl keluarkan bunyi "grrrr" manusia pulak potpet².. Eh silap² kalau manusia tangkap gambar 11, 12 keping dulu sebelum makan.. Jangan lupa Bismillah sudah la.. ;)

Gambar ni menggunakan teknik gambar gegaran mengaburkan muka.. Kebetulan terguna teknik ni.


Jadi apa sebab kucing keluarkan bunyi "grrrrrrr" ketika makan? Maaf aku sendiri tak ada jawapan yang pasti. Mungkin sebab takut makanan dia dikebas. ;D

Tapi yang pasti jangan disakiti makhluk yang bernama kucing ini,
jangan dipotong kakinya,
jangan dipijak, jangan disepak badan dan kepalanya,
Jangan dipotong telinganya..
JANGAN!

40 comments:

Cik TeN10 said... [Reply]

ada bunyi eh time kucing makan ? tak perasan pulak.. tp yg pastinya time kita belai dia dia akan keluarkan bunyi cmne ntah.. tp bunyi tu bunyi manja menurut cik google.. banyaknya kucing.. lepas ni bertambah meriah la bila enot beranak ea :D

arshad muhamad said... [Reply]

aku suka statement kau:

"Tengok, binatang pun tahu bezakan antara 'jantan' dan 'betina'. "

So cuma ratu, diva dan women je orang memang sukar nak dibezakan..

=)

arshad muhamad said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
Rosalia said... [Reply]

hakhakhak penat menunggu jwpnnye -_-

Nana - Rawks said... [Reply]

grrr ! haha XD
comel biletgh makan

bukankosong said... [Reply]

adat haiwan

aku dulu! aku dulu!

Princess Feyqa said... [Reply]

sbb cacing dlm perut kot? haha entahh

syafiqakarim said... [Reply]

oh..ada bunyi ke sop?
xpnh tahu..tp aku takut kucing :(
klo dia dtg dkt,aku yg lari.hahaha



err..bela elok elok ya

si robot comel said... [Reply]

sama mcm kak iqa,haha.

tapi teringin nak pegang kucing

[sutera kasih] said... [Reply]

grrrrr tu mksudnya, meow tu baca doa makan hehe

::FAIZ:: said... [Reply]

kucing saya slalu buat bunyi tu klu kucing lain dkt masa dia mkn...

dan dia akan cakar sapa curi makanan dia...

si ngokngek said... [Reply]

eh ada keluar bunyi ka..kucing aku dapat makanan senyap ja..haha

hani said... [Reply]

akak pn kire baru terfikir fikir gak, ada klua bunyik ek time dorang menyantap?

tadi balik sekolah, turun tangga ada seekor ibu kuceng yg sedang baring sambil menyusukan tiga ekor anak beliau di tangga paling bawah. tacinggggg...

ABU said... [Reply]

sebab dia tak nak makanan dia kena kacau.. sbbb tu dia bunyu gerrrrrrr hhahahahha kott..

aku tak de kucing doh aku nak bela tapi takut nnti bau.. tak de orng nak jaga.. maklum la bujang..

chemay said... [Reply]

kucing chemay pon selalu buat bunyi tu time makan.
last2 terpaksa sediakan 2 3 pinggan.
sebab taknak diorang bergaduh.
ishhh~
banyak songeh kucing2 kat rumah ni.
hehe
:D

Nur Aischa said... [Reply]

woahhh comel comel comel !! suka kucing sgt sgt.. haha :D betul tu, kita peru belai kucing tu sebab kucing ada perasaan juga sbb tu dia syg kan org yg menjaganya dgn baik..

RazFiRa said... [Reply]

comel kucing2 tu

err..x sanggup kot nak potong kaki die :(

semutsengal said... [Reply]

kenapa aku GRRRRR ketika baca entri ni ?


haaa, fikir fikir.


kahkahkahkahkah !!

cimöt said... [Reply]

grrrrrrr.. tu tanda mesra.. hahaha

Yumida said... [Reply]

grrrr...maksudnya..jangan sembang ketika aku makan! haaa..ngam kannn.. tu pasal diorang berebut2 makan.
kucing kaler 3 tu nampak besar..gebusss

ayie zaharuddin said... [Reply]

kucing aku makan die bunyi "umm nyum nyum sedak nyehh umm"

Aqim said... [Reply]

"kalau manusia tangkap gambar 11, 12 keping dulu sebelum makan.."


ok aku suka ayat ni.
aku suka.
hahahaha

♥e'in♥ said... [Reply]

kite xsuke kucing................. huhu

BENA said... [Reply]

aku dah makin takut dengan kucing. sebab penah kena cakau . berlari sampai panjat pagar rumah kot. hahaha :)


cop! grrrr tu trademark org skrag kalo bermsg tanda marah . Errrr . hahaha :D

Cik tikah said... [Reply]

dorang buat bunyi grrr tuh sebab tak nak kucing lain kacau makanan dia. ala ala tamak gitu. hehe

CiK FizA said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
CiK FizA said... [Reply]

sebab kucing tuh lapar sgt kot. msti sop xbg makan selalu nie. erkk :DD

anamizu kaito said... [Reply]

aah mmg ade bunyi kalo kucing tgh mkn. kat umah aku takde kucing sbbnye ayah aku athma.so mmg agak pantang dgn haiwan berbulu2 nih =P





luv,
cik ana

eva said... [Reply]

eyhh terasa pulak snap makanan 11-12 kali sblm mkn hahahah.. xdelah 2 kali cukuplah haha.. ;P


amboi byk pulak sampai 8 anak dia nanti.. haha.. sronok bila dgn kucing.. makluk yg paling faham dgn kita kan hehe..

syakey said... [Reply]

bunyi grrrr tu tandanya dia excited dan keterujaan tu. haha

Azham Vosovic said... [Reply]

huhuhu....walaupun sy tak minat utk memelihara haiwan...tp saya tak nak seksa mereka...mintak dijauhkan sifat itu dr dlm diri saya...

siti kektus said... [Reply]

kalau kucing jenis kedekut, tak mau kongsi makanan, memang akan kua bunyi mcm tu.

sampaikan kat rumah, terpksa asingkan kucing yg kedekut tu tu, dengan kucing2 lain. kalau tak, memang keluarlah kukunya yg tajam tu. :))

Bobo said... [Reply]

mungkin bunyi tu sbb die nak menelan makanan tu kot hehe

tirahzairi said... [Reply]

kucing datang nie...

Hanie Dew said... [Reply]

mak aku punya kucing ada 12 ekor sume kucing pungut.dah jaga makan, mandikan seminggu sekali, dah gebu, org kebas sekor sekor. hangin betul.

kucing ni comel dan faham bila diajar.

manusia tu xde perasaan kalau sanggup sakiti kucing ni.

Amna Qadeeja said... [Reply]

mai takut kucing, haa haa acane tuh? hihi

tapi kan tapi kan, org ckp kalo yg suka kucing ni penyayang taw hikhik haii abam penyayang hahah

a'ah setahu mai kalo kuarkn bunyi grr tu tandanya marah. eh yeke ahaha

Farah Zahid said... [Reply]

eiii... comey....
geram bila tgk kucing...
rasa mcm nak bwk ke mana2 je..
kihkihkih...

Jue said... [Reply]

aku nak bela kucing tp malas buang tahi dia..hoho tu yg smpi skrg mak aku x kasi bela kucing

#xsuka org yg mhukum kucing sesuka hati..eee

Yousof said... [Reply]

Maka kau kena tingkatkan kerajainan. Mudah bukan? ;D

Mat Jelapang said... [Reply]

mungkin sebab bateri abis kot :)

Post a Comment

Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)

Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails