Showing posts with label hati. Show all posts
Showing posts with label hati. Show all posts

Friday, April 18, 2014

Hai awak


*in case someone is missing me and my 'powerful' BB

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Allah, rindunya nak menulis. Tahap rindu aku ibarat rindu seorang anak manja yang duduk berjauhan dengan emaknya.

Tak pasti ada yang rindu blog ni atau tidak, yang pasti InshaAllah lepas ni aku akan cuba kemaskini blog ni sikit² demi kelangsungan hidup seorang penulis blog picisan ;D


Saturday, February 16, 2013

Warkah

Ketika kau mula merasa bahagia, pasti ada kisah duka yang dah kau tinggalkan di belakang. Ya kisah duka yang dah basi tapi tetap mengganggu minda, lagi dan lagi...



C     G
Takkan lagi aku menunggu
Am   Em
kau hadir didalam mimpi-mimpiku
C   G
puas ku mengharapkan dirimu
Am     Em
seperti mereka yang punya cinta

C      G
diriku....tanpa dirimu
Am      Em
kau tempuhi penuh bahagia
C    G
diriku mahu kau tahu
Am      Em
pedih ini kau tak terasa

C     G
warkahku mengharapkan dirimu
Am   Em
seperti yang aku kenali dulu
C   G
setiaku menantikan dirimu
Am       Em
seperti setianya terhadap dirimu

C   G
tapiku melepaskanmu
Am   Em
melangkah namun tak berdaya
C       G
terus ku terus menunggu
Am    Em
cinta yang takkan pernah ada

C G
Oh....oh...
Am Em
oh.....

c   G
Tapiku melepaskanmu
Am         Em
melangkah namun tak berdaya
C       G
terus ku terus menunggu
Am    Em
cinta yang takkan pernah ada

C   G
Tapiku melepaskanmu
Am        Em
melangkah namun tak berdaya
C       G
terus ku terus menunggu
Am     Em
cinta yang takkan pernah ada

Thursday, January 17, 2013

Begini rasanya

31 Disember 2012
Jam 5 petang
(hujan sejurus abah pergi menghadap Ilahi)

Aku yakin kawan² yang pernah rasa kehilangan insan tersayang akan faham apa yang aku rasa  :') Masih jelas lagi apa yang aku rasa lepas pegawai kesihatan mengesahkan yang abah dah pergi tinggalkan kami buat selamanya, perit!

برهنتي مناڠيس
Dulu..

Abah tak pernah jemu hantar kami  adik beradik ke sekolah, berulang-alik asalkan kami dapat ke sekolah.  Kalau cuaca baik Alhamdulillah, kalau hari hujan abah pakai baju hujan, kami  pun pakai 'baju hujan' tempatan hehe. Plastik jernih besar yang dipegang, tutup sampai ke belakang beg dukung.  Mula² tu segan jugak, tapi bila fikir balik lebih baik segan daripada basah dek hujan. Manis kenangan tu ;)


Dulu, masa kanak² kami rajin ikut abah ke ladang kelapa sawit. Tolong apa yang patut; pungut buah lerai, tabur baja, racun dan tebas rumput yang meliar, petik lada yang abah tanam dekat tanah kosong antara pokok kelapa sawit dll. Ah banyak lagi kenangan manis dengan abah yang sentiasa segar dalam kepala aku. Kenangan yang mampu menjatuhkan air mata aku bila dikenang ;')


Antara sebab kenapa aku suka ikut abah ke ladang kelapa sawit sebab aku akan dapat peluang belajar bawak motor. Abah akan bagitau kawasan mana aku kena baja.. Aku cepat² habiskan baja sambil abah masih sibuk baja pokok lain. Aku naik ke pondok rehat dan hidupkan moto dan broooom. Bawak perlahan-lahan, takut abah marah. Rupanya abah dah tau aktiviti aku selama ni hehe. Ada satu hari masa nak balik abah nak test aku. Disuruhnya aku bawak moto sambil dia pegang bahu aku kiri kanan dari belakang ;')


Tak tau macam mana nak gambarkan tahap rindu aku pada abah... Al-fatihah, semoga semua saudara kita dekat sana tenang di bawah redha-Nya aamiin.


Bersambung..

Friday, September 28, 2012

Surat untuk awak (Irm)


Baru saya sedar yang cinta awak beri tu sebenarnya hanyalah Cinta Fotokopi. Sama dengan cinta awak yang lepas². Silap saya juga, mungkin saya tersilap langkah dalam Main-Main Cinta. Bila saya cuba rapatkan persahabatan kita, awak menjauh dan menjauh lagi. Tapi kalau awak rasa itu jalan yang terbaik, saya terima dengan tabah. Saya ok. Asalkan awak bahagia. ;)


Mungkin awak fikir sekarang ni saya dah jadi Bujang Senang, awak silap. Apatah lagi saya bukannya seorang teman yang hebat bertaraf Diva. Saya nak awak tahu yang saya bukannya nak tunjuk baik, saya cuma nak jadi baik. 


Tipulah kalau saya kata saya tak rasa Sepi. Saya sengaja sibukkan diri dengan kerja untuk kurangkan rasa sepi yang awak 'hadiahkan' kepada saya tu. Untuk pengetahuan awak, angan² '2 Hati 1 Jiwa' kita dulu tu sikit² dah mampu saya hapuskan dengan harapan jiwa saya rasa tenang untuk melihat kebahagiaan awak kelak.. Saya yakin Allah ada rancangan terbaik untuk hamba²-Nya.



********

Saya masih ingat, dulu awak pernah bergurau kalau dapat bayi awak nak namakan dia Kasih Alia, jauh awak berangan masa tu kan hihi...

Saya doakan awak dan suami dapat ramai bayi yang comel dan sihat. Saya tak rasa awak nak bagi nama tu dekat baby awak nanti. ;P

Terlupa saya nak tanya berapa Mas Kahwin awak dekat sana, saja nak buat rujukan hihi. Apa pun Segalanya Ku Terima, semoga kalian kekal bahagia hingga ke syurga, aamiin.

• Warna ungu = Antara filem dan drama lakonan Irma Hasmie 
• Surat² lain - [Elya] [Suri]
• Kertasdinding

*Dalam gurau, ada seriusnya. Tak kisah kauorang nak komen apa. Aku suka buat karangan macam ni, angan + realiti, lega dapat luah rasa hati.

Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails