Friday, September 28, 2012

Surat untuk awak (Irm)


Baru saya sedar yang cinta awak beri tu sebenarnya hanyalah Cinta Fotokopi. Sama dengan cinta awak yang lepas². Silap saya juga, mungkin saya tersilap langkah dalam Main-Main Cinta. Bila saya cuba rapatkan persahabatan kita, awak menjauh dan menjauh lagi. Tapi kalau awak rasa itu jalan yang terbaik, saya terima dengan tabah. Saya ok. Asalkan awak bahagia. ;)


Mungkin awak fikir sekarang ni saya dah jadi Bujang Senang, awak silap. Apatah lagi saya bukannya seorang teman yang hebat bertaraf Diva. Saya nak awak tahu yang saya bukannya nak tunjuk baik, saya cuma nak jadi baik. 


Tipulah kalau saya kata saya tak rasa Sepi. Saya sengaja sibukkan diri dengan kerja untuk kurangkan rasa sepi yang awak 'hadiahkan' kepada saya tu. Untuk pengetahuan awak, angan² '2 Hati 1 Jiwa' kita dulu tu sikit² dah mampu saya hapuskan dengan harapan jiwa saya rasa tenang untuk melihat kebahagiaan awak kelak.. Saya yakin Allah ada rancangan terbaik untuk hamba²-Nya.



********

Saya masih ingat, dulu awak pernah bergurau kalau dapat bayi awak nak namakan dia Kasih Alia, jauh awak berangan masa tu kan hihi...

Saya doakan awak dan suami dapat ramai bayi yang comel dan sihat. Saya tak rasa awak nak bagi nama tu dekat baby awak nanti. ;P

Terlupa saya nak tanya berapa Mas Kahwin awak dekat sana, saja nak buat rujukan hihi. Apa pun Segalanya Ku Terimasemoga kalian kekal bahagia hingga ke syurga, aamiin.

• Warna ungu = Antara filem dan drama lakonan Irma Hasmie 
Surat² lain - [Elya] [Suri]
• Kertasdinding

*Dalam gurau, ada seriusnya. Tak kisah kauorang nak komen apa. Aku suka buat karangan macam ni, angan + realiti, lega dapat luah rasa hati.

19 comments:

Anum said... [Reply]

nice:)

EZAN IDMA said... [Reply]

suka baca :)

::FAIZ:: said... [Reply]

? minat Irma ke?

nurdani said... [Reply]

kreatif. aku suka baca

C.M.A @ CikMoonAdnan said... [Reply]

wah hasilkan sendiri nie?

atau..luahan dari hati yg terpendam sekian lama?

ngeee~

inche hlovate said... [Reply]

bgus..redo ye haha..

*irma makin cntik sejak pakai tudung kan

shidaR said... [Reply]

irma mmg cntik..hehee :)

syafiqakarim said... [Reply]

usop mmg bijak buat karangan begini

RazFiRa said... [Reply]

huh ni mmg peminat fanatik Irma ni

Redha je lah :D

Aujinz said... [Reply]

kreatif.. XD

hanaahmad said... [Reply]

nais. :)

si robot comel said... [Reply]

suka baca :)

ehem minat irma ye :P

Bella Bell said... [Reply]

Aku suka baca.. Tapi luahan ko ni sekadar luahan atau ia adalah isi hati ko yang sebenar pada seseorang?

Lea Isnawi said... [Reply]

amboi!. ehem

anamizu kaito said... [Reply]

wahwahwah so sweeeeeetnye la hai surat ni sop.

surat yg Elya & Suri dulu pon aku
ade bace gak.. kreatif ko.hehe

cEro said... [Reply]

very nice one yousof...
Agak terharu aku membacanya...

Ejam Ejam said... [Reply]

hui bro, ingat ke irma tu kekasih lama hang... prghhh... baru nak sentap seketika.

HeNRieTTa JoSe said... [Reply]

bestnye....sangat kreatif....

hani said... [Reply]

comel sangat!!! hehe..

moga berjodoh dgn yg seiras irma. dpt iras2 pn ok la tu kan..

Post a Comment

Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)

Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails