Wednesday, September 26, 2012

Sarapan bersama Bros

Aku memang minat dengan program Sarapan TV3 tu, tak sangka pulak Bro Hisham sanggup jemput aku jadi tetamu dia, thaks bro! Sorry tak sempat borak lama².

Bila berdiri sebelah Bro Hisham Hamzah, aku kelihatan lebih cerah tapi bila berdiri sebelah Bro Sherson Lian, secara automatik aku pulak jadi lebih gelap. Itu namanya ilusi warna heheh. Gambar ni berjaya aku tangkap masa pergi Karnival Nusajaya hari Ahad 23hb lepas. Kawan ajak teman pergi buru jawatan kosong dekat karnival kerjaya. Kali pertama sampai sana, serius jakun. Lebih kurang macam Putrajaya la rupa dan bentuk kawasan tu. 


Tapi apakan daya kereta berderet-deret atas jalan raya, bila sampai sana je banyak booth (dalam bangunan) dah bungkus. Alang² dah sampai kitaorang jenguk la apa yang ada dekat karnival tu. Berpu-pusu orang kita kalau bab² hiburan ni kan. Masa aku datang tu FBI tengah ber-Gangnam style atas pentas dengan artis cina cantik entah siapa namanya. Balik tu sempat menjeling je dekat logo LEGOLAND atas bukit tu. InsyaAllah lain kali dapat bersuka ria dekat sana. *kira duit tabung*


*************


Sebenarnya sebelah paginya aku sempat tolong kawan berniaga jual bunga. Bunga apa? Orkidlah. Bunga apa? Orkidlah. Bunga apa? ORKIDLAH! Hoh! hehe. Selain Orkid, dia juga ada jual Pokok Janda Kaya, Pokok Gula Stevia, Pokok Belimbing, Rambutan Anak sekolah dll. Itu antara sebab kenapa terlambat gerak ke karnival tu.



Sebelum pukul lapan pagi dah sampai dekat tapak. Pasang kanopi, bukak meja, susun pokok² lepas tu kitaorang saparan dulu. Nama je nasi lemak, tapi yang ada nasi tak berapa lemak + sambal + telur goreng. Seekor ikan bilis dan sebiji kacang tanah goreng pun tak ada, Terbaik!;)


Tengah sibuk memerhati pelanggan, tiba² datang dua biji motor Harley Davidson hitam. Satu motor laki bini, satu lagi yang kecik sikit anak dara dia yang bawak. Gadis kecik molek boleh bawak, kenapa tidak kita yang lelaki ni? Terlupa, tiada Harley Davidson ku bawa kauw jalan² ;D

Sebuah Yamaha Ego boleh bertambah egonya menjadi sebuah superbike Kawasaki 600cc, yang penting usaha dan sudah tentulah wang ringgit! ;D
Apa jenis punya penutup karangan entah aku guna ni hihi
Wassalam.

21 comments:

Asrul "iLham" Sany said... [Reply]

owh retis ~

Yousof said... [Reply]

Retis juga manusia biasa cuma lebih pada nama.. ;D

missSenget said... [Reply]

tinggi gak kan ko ucop..

tgk kt tv, bro hisham tu mcm tinggi..

hehehe..

dah bergmbr dgn sherson tu, lepas ni bole masak 5rasa.. :p

cikpinky said... [Reply]

hehe....fuyooo.nk sign usop :P

::FAIZ:: said... [Reply]

Bila berdiri sebelah Bro Hisham Hamzah, aku kelihatan lebih cerah tapi bila berdiri sebelah Bro Sherson Lian, secara automatik aku pulak jadi lebih gelap.

lol

Nur Azila said... [Reply]

serius jelous.. tak dpt pergi karnival tu..nk g sana nk tkt booth kerjaya.. wah nak nangis.. ajak makayah tak nak pergi..

merahitujambu said... [Reply]

itu nasi x berlemak ko..+_=

alien said... [Reply]

tanak amik gamba dgn aku ke

HeNRieTTa JoSe said... [Reply]

xmampu lagi beli superbike...masih setia ngan MR KRISS kesayangan...hehehe...

syafiqakarim said... [Reply]

hamboi...
untung lah khennnn
bunga apa?orkid lah!

Ash Give said... [Reply]

ok ilusi warna la sgt kau kan.. ko sawo matang kot jenis warna kulit diberinama haha..

btw, aku sampai kat semnjung ni baru aku jumpa jenis rambutan budak sekolah.. ke aku yg tak tahu.. comel sungguh nama dia..
cube cerita sikit..

Evagurl Izma said... [Reply]

pergh.

bleh mintak sign ;P

cEro said... [Reply]

Untungnya dapat jumpa geng Bros!
Aku minat dekat Shers, sbb dia pandai masak dlm rancangan 5 rencah 5 Rasa tu..

Ari tu mcam nak pegi gak ke karnival tu..
Tapi apakan daya, ada jemputan kenduri kawan sekolah..
Pergi kenduri yg dijemput kan wajib..hehehe

nabByla said... [Reply]

amboihh lebarnya seyuman. hehe.. :)

C.M.A @ CikMoonAdnan said... [Reply]

suka tgk rcgn sarapan kat tv3.. menarik :)

EZAN IDMA said... [Reply]

ooohhh semart nye abam yousof

shidaR said... [Reply]

ysof ..kau yg baju belang eh heheee..

cimOt said... [Reply]

eh eh
bila nak invite gua plak kan?

;)

anamizu kaito said... [Reply]

ilusi warna pon kira ko punye tone cerah gak hape. hehe


owhh Karnival Nusajaya.ade gak sorang mmber aku post gambar die p sini.. mcm jm heboh gak ke hape sbnrnye ek?


uniknye nama-nama pokok tu sop.
ce ko share sikit gambar die =P


alah takyah harley davidson
sgt aihhhhh hehe

hani said... [Reply]

ye, akak pn br dgr itu rambutan bdk skolah. hm... apekah realiti?

orkidlah! mukhsinnya mana??

dah ke nusajaya, legoland bila pula?

Azham Vsvc said... [Reply]

Ucop bawa Yamaha Ego gak eyh? haha geng! Tp tu motor adik pompuan aku la, pinjam je bawa pegi UPM aku xde kenderaan sendiri lagi huhuhu

Post a Comment

Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)

Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails