Thursday, January 17, 2013

Begini rasanya

31 Disember 2012
Jam 5 petang
(hujan sejurus abah pergi menghadap Ilahi)

Aku yakin kawan² yang pernah rasa kehilangan insan tersayang akan faham apa yang aku rasa  :') Masih jelas lagi apa yang aku rasa lepas pegawai kesihatan mengesahkan yang abah dah pergi tinggalkan kami buat selamanya, perit!

برهنتي مناڠيس
Dulu..

Abah tak pernah jemu hantar kami  adik beradik ke sekolah, berulang-alik asalkan kami dapat ke sekolah.  Kalau cuaca baik Alhamdulillah, kalau hari hujan abah pakai baju hujan, kami  pun pakai 'baju hujan' tempatan hehe. Plastik jernih besar yang dipegang, tutup sampai ke belakang beg dukung.  Mula² tu segan jugak, tapi bila fikir balik lebih baik segan daripada basah dek hujan. Manis kenangan tu ;)


Dulu, masa kanak² kami rajin ikut abah ke ladang kelapa sawit. Tolong apa yang patut; pungut buah lerai, tabur baja, racun dan tebas rumput yang meliar, petik lada yang abah tanam dekat tanah kosong antara pokok kelapa sawit dll. Ah banyak lagi kenangan manis dengan abah yang sentiasa segar dalam kepala aku. Kenangan yang mampu menjatuhkan air mata aku bila dikenang ;')


Antara sebab kenapa aku suka ikut abah ke ladang kelapa sawit sebab aku akan dapat peluang belajar bawak motor. Abah akan bagitau kawasan mana aku kena baja.. Aku cepat² habiskan baja sambil abah masih sibuk baja pokok lain. Aku naik ke pondok rehat dan hidupkan moto dan broooom. Bawak perlahan-lahan, takut abah marah. Rupanya abah dah tau aktiviti aku selama ni hehe. Ada satu hari masa nak balik abah nak test aku. Disuruhnya aku bawak moto sambil dia pegang bahu aku kiri kanan dari belakang ;')


Tak tau macam mana nak gambarkan tahap rindu aku pada abah... Al-fatihah, semoga semua saudara kita dekat sana tenang di bawah redha-Nya aamiin.


Bersambung..

32 comments:

Azham Vsvc said... [Reply]

Ucop....Al-Fatihah saya ucapkan di atas kehilangan orang yang tersayang....Semoga Ucop dan keluarga tabah menghadapi dugaan....

"Menangislah sepuas-puasnya jika itu yang dapat membuat Ucop rasa lega, insyaallah".

Anum said... [Reply]

Al-fatihah

wenkhadi said... [Reply]

salam takziah..

kita senasib...jangan patah semangat

alien said... [Reply]

Al-Fatihah untuk arwah..

fifie said... [Reply]

Al-fatihah untuk arwah ayah awak, semoga arwah tenang disana. Bila baca semua kenangan kenangan awak dengan arwah, fie faham apa awak rasa.

Nastyna said... [Reply]

Al-Fatihah, memang perit bila hilang someone most important to us. Kalau dikenang mmg berjurai air mata.

fadh leyanie said... [Reply]

si anak takkan pernah lupa kenangan bersama arwah abah. Al Fatihah untuk arwah.

Alif Haris said... [Reply]

al fatihah buat arwah ayah kau usop..

semoga arwah tenang disana dgn doa anak-anaknya yg soleh dan solehah. itulah harta paling bernilai bagi seorang ibu bapa.

najihah sahami said... [Reply]

Alfatihahusop..sorryxtau..huhu..xpe2..mula2 biasala..lama2nanti insyaAllah okey..semoga arwah tenang disana.

Teringat masa adik mish meninggal dulu...

Amna Qadeeja said... [Reply]

Usop, usop kuatkan? banyakkan bersabar. memang mai takde kat tempat usop, tapi mai dapat rasa camana perasaan tu. doa bebanyak untuk arwah. moga dia tenang di sana. Al-fatihah.

syafiqakarim said... [Reply]

al-fatihah yg sop.
harap kau sekeluarga terus tabah,

nini said... [Reply]

sabarlah......al fatihah...moga arwah tenang di sana......

Cik TTK said... [Reply]

Takziah usop..aku faham ape yang ko rasa..rindu yang tak akan terbalas..tapi aku harap ko kuat tau..ko masih ada emak, kalau kau yg 24 tahun dengan abah ko rasa ridu apatah lagi mak yg dah berpuluh2 tahun hidup ngn arwah..tabah yea sahabat..kalau bukan untuk diri kau, fikirkan emak tu..

alfatihah~~

pazil said... [Reply]

al-fatihah.
takziah usop untuk pemergian arwah mengadap ilahi.
harap kau tabah. kita juga akhirnya akan ke sana. itu pasti.

::FAIZ:: said... [Reply]

takziah atas pemergian ayah kamu

Cik TeN10 said... [Reply]

Takziah.. Banyakkam berdoa sungguhnya doa seorang anak yg soleh/solehah itu sgt berharga buat mereka..

AnaqiHawwari said... [Reply]

salam takziah.. semoga terus tabah.

ikan said... [Reply]

Semoga Abah tenang di sana. Insyallah :)

Kuat usop

HeNRieTTa JoSe said... [Reply]

Takziah....rietta dh pernah lalui....

Lea Isnawi said... [Reply]

sabar eh ucop

sedih lak bace entry ni


al-fatihah buat arwah ayah

Jurnal Murahan said... [Reply]

anak yg soleh tak kan lupa sedekahkan fatihah & ayat suci selepas semayang waktu

alfatihah untuk ayah anda

ct kektus said... [Reply]

moga kau tabah weh. ^^

cimöt said... [Reply]

doa byk2.. be strong ye usop..

eszyamin said... [Reply]

matinya seorang manusia itu maka terputuslah segalanya kecuali 3 perkara,
antaranya anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan mereka disana..aku tahu kau baik..jgn lepas doa untuk Ayah yer.. :')

eVa said... [Reply]

al fatihah.. kuatkan hati cekalkan diri.. setiap kali rindu ayah, sedekah kan al fatihah.. Allah lebih sayangkan ayah usop.. menangis puas2.. jgn tahan..

iAmCekbolat said... [Reply]

al fatihah . kau kuatkan sop :)

sayA tonaH said... [Reply]

sy pun penah rasa~

huuuu teringat pulak saya kat arwah abah

semoga Allah tempatkan ayah kita di kalangan orang-orang yang soleh.Amin

Al fatihah~




dalisza said... [Reply]

ucop takziah, Allah syg arwah abah ucop.... jgn sedih2 ye... b strong....

khairul akmal bin azman said... [Reply]

kita yg hidup kena teruskan ..
kuatkan semangat
bangga kan famiy anda..
insya allah

cik nur said... [Reply]

nur pernah rasa perasaan tuh yg penting sedekah kan doa tanda ingatan kita tak pernah lupda dengan dia dekat sana :)

winda octavia said... [Reply]

very cute and nice blog, dear =)
i ever felt that way too..
be strong !

www.melodyofmywords.blogspot.com

fathiahRAIHANA said... [Reply]

Assalamualaikum. Lama sangat sangat tak menjenguk kawan2 zaman aktif blog dulu.. Ingat kita lagi tak? Hehe.

Actually masuk blog ni tadi terkejut baca about your ayah. Yes, that kind of eyes yg bengkak, rindu yg taktahu mana nak luah, sebak yg entah dari mana muncul bila teringat.. I know that feelings :') Ini pun dah cecah dua tahun adik saya pergi. Ni dah setahun lebih berlalu rasanya dah kuat sikit kot? Stay strong!

Lets strive for Jannah so that we could meet 'em again, in sha Allah.

Post a Comment

Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)

Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails