Tuesday, February 21, 2012

Kaf untuk كريڤك

Assalamualaikum

كريڤك / kerepek adalah sejenis makanan ringan pelbagai rasa, boleh juga dianggap jajan tradisional barangkali. Ada yang dibuat daripada pisang, ubi, sukun, bawang, udang dan macam² lagi. Ada jugak yang dibuat daripada adunan bahan tertentu dan menghasilkan kerepek seperti kerepek tepung panjang (pedas), kerepek selayang, kerepek pagoda dll.  Rasanya rata² manusia dekat Malaysia ni kenal dengan makanan ni.

Kerepek pisang, kerepek bawang, kerepek ubi masin/ pedas. (Kerepek tepung panjang.terlupa nak letak.)
Nak kongsi sikit pengalaman aku berkaitan kerepek ni. Masa tu aku dan 4 orang kawan baru lepas habis SPM. Daripada goyang kaki petik gitar sambil cipta lagu je kat rumah baik kitaorang kerja kat kilang tu kan. Sambil kerja boleh dapat ilmu buat kerepek, sambil goreng boleh kunyah kerepek, sambil lenyek tepung boleh kunyah kerepek lagi (antara kelebihan kerja dekat situ) ;D


Kami buat multi tasking kat kilang tu. Kejap uli tepung, kejap kopek-sagat-goreng pisang, kejap bungkus kerepek dan lama goreng² kerepek (yang last ni ini paling syiok sebab duduk depan kawah, suhu 'sangat sejuk', memang terbaiklah.).

Kerepek pagoda, kerepek selayang manis/ pedas (ada yang panggil kerepek lidah buaya) dan kerepek ubi jejari.

Selain setiap hari badan akan melekat bau tepung, kitaorang tak boleh  lupa jugak proses menyira (sambal) kerepek. Kalau tengah kacau² sambal yang tengah menggelegak tu tiba² terpercik sedas dua kat kaki atau tangan tu dikira bonuslah. Bukan selalu dapat rasa pengalaman tu. ;D

Ok habis cerita pengalaman bajet best aku tu. Entri ni sebenarnya ditujukan kepada anak bekas majikan aku kat bawah ni, Kak Rabi'atul Adawiyah yang baru bergelar pengantin baru sabtu lepas. Alhamdulillah majlis lancar dalam walau dalam suasana hujan. Selamat pengantin baharu, semoga berbahagia ke anak cucu cicit. InsyaAllah. ;)

UMMI Siti Amanah Sidek (bekas majikan kitaorang)
Yang dah lama tak kunyah kerepek tu apa kata klik --> Aneka Kerepek UMMI. Lepas tu  boleh order, mudah bukan?. hehe. Dengar kata dah buat jualan atas talian. Ap tunggu lagi? Jom kunyah kerepek sama².. haha



Pssst : Pelekatku ada 
benda baharu - upah design
(anda dipaksa kelik) ;D






Sekian, wassalam.
Masih ada plan B.

36 comments:

Anisa Hang Tuah said... [Reply]

kreuk kreuk kreuk *bunyi kerepek dikunyah*

nak!!!!

nis suka kerepek

Mun said... [Reply]

nyummm kerepek.. kalo duk depan tv.. xsah kalo xde kerepek kat tgn ni.. hehe.. mengunyah ajerkk

syafiqa said... [Reply]

kerepek sedapppppp.
amboi sop.

aiEz said... [Reply]

memang feveret ak la kalau dapat makan kerepek pedas..mmg superb...hee

iAmCekbolat said... [Reply]

mane tak bolat si bolat ni.. asyk mengunyah kepek je.. sblom tdo kkdg2 pon sme.. hihi..

pmot letteww

najihah sahami said... [Reply]

kriutt....cacing mish terliur lah kat kerepek ubi pedas tu..huhu..rindunya kolej. dulu selalu ponteng kelas pi beli jajan ni kat cafe. wat ilang ngntuk..

aqmalazmi said... [Reply]

wey telan air liur baca hal kerepek nie...adesss lapaq bak hang :).....

cimöt said... [Reply]

pos kat aku satu peket..keh keh keh

syakirahmn said... [Reply]

kerepek ni mmg bertambah sedap kalau makan sambil sembang2 dgn tgk tv. :D

Cik Jannah said... [Reply]

jannah tau mengunyah jer. kalau dah start makan kerepek mmg susah nak benti unless kerepek tu dah habis. ekekee

Jue said... [Reply]

nak kata nyesal bukak blog ko ni ade jugak sbb aku ni bole dikategorikan sbg kaki jajan

kerepek ubi tu plg ptg..not to mention kerepek pisang lbh lg kalau org tu pndi buat

#skrg aku tgh bkira2 smada nak pantry ke x cr jajan utk dikudap..smua slh ko haha

Sham said... [Reply]

waa siap promote bekas majikan lagi...krepek pedas tu feveret tu...

laskar pelangi said... [Reply]

best!
mmg suka makan kerepek.baik makan kerepek,dari makan jajan kan:)
sedap duk kunyah kerepek depan tv.

wawahida idris said... [Reply]

ida suka jugak makan kerepek. :)

نورعيم said... [Reply]

kalau pekena kerepek ni masa tgk movie ke cerita apa2 pun best. kejap je mesti habis. huhu.

Cik tikah said... [Reply]

i LOVE kerepek! :)

Anonymous said... [Reply]

kalau ada kerepek time nak blogwalking.
huishhhh.
nikmat!
hehe
:)

biela bell said... [Reply]

WOW~ ada kerepek online la..heee~

Unknown said... [Reply]

aku ingat salah masih blog td..hehehe

umi aku dlu business buat n jual kerepek.. now dah brhenti sbb tak larat nk buat dah

Hanie Dew said... [Reply]

hmm...layan giler makan kerepek kalau tengok drama atau anime yang beratus episod. tak pun tgh lepak minum kat laman dgn hubby aku. best weh. ada jualan atas talian. lag bagus..

Rtp Farra Arisha said... [Reply]

arisha paling suka bila dapat menikmati dan merasai bermacam2 jenis kerepek! ngiler ihh hehe :)

tanpa dakwat said... [Reply]

Syok makan kerepek sambil tengok TV sampai lupa ada mak mertua kat sebelah..

Itulah nikmat kerepek.. Muahaha

Cik TeN10 said... [Reply]

Kalau la ada delivery smpai ke sini dh lama order da.. Huhu sedap kunyah kerepek smbil buta keje, smbil layan movie..

K said... [Reply]

makan sambil tengok movie, hehe

semutsengal said... [Reply]

aku suka kerepek sambal, sampai lekat lekat sisa kerepek tu celah gigi sebab mengunyah tak ingat.



HAHAHAHAHAHAHAH

ch000tz said... [Reply]

omigoooooottttt i luv kepek pedasssss so damn muchhh!!!! >_< pak camat belikan pastu antar kat sini eyh :D

Unknown said... [Reply]

kegemaran aku kerepek bawang dan kerepek ubi masin.

Dan juga kerepek free.

BENA said... [Reply]

yeayyyyyyyyy !!! boleh la aku oder . da lame x makan kerepek pedas! heeee :)


aku pernah tengok orang buat kerepek pisang je . errrr :P

-Incek Fik- said... [Reply]

wahhh! best baca pengalaman ko kerja kat industri kerepek, dulu ada gak aku buat kerepek, tolong nenek niaga hehee..

paling suka kerepek ubi pedas! memang padu habaq hang~!!!


*selamat pengantin baru kepada bekas majikan korang.. semoga bahagia sampai ke anak cucu :)

Fyqa said... [Reply]

serius sedapp mkn kepek smbil tgk katon !

inche hlovate said... [Reply]

waaa petg2 ni dapt mkn kerepek ubi jejari tu sedap ni

merahitujambu said... [Reply]

promosi eh ni??XD..sedap terus teliur

Abu Bagi said... [Reply]

balik sabh aku selalu bak balik kerpek yg tak de kat kg aku..

kat opis pun kawan aku selalu bwk krepek drpd banting..

efa said... [Reply]

kerepek yumm sedapnya...suka mkn kerepek hehe

Ezad Skytech said... [Reply]

aku tak boleh mengadap kerepek ni..susah nak berhenti makan..haha~

Nurul Iman Rosman said... [Reply]

alahai, kerepek2 tu! sedap sedap!
nak2 plak kerepek camtu semua tahan lame :)

Post a Comment

Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)

Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails