Showing posts with label pembuatan kerepek. Show all posts
Showing posts with label pembuatan kerepek. Show all posts

Tuesday, February 21, 2012

Kaf untuk كريڤك

Assalamualaikum

كريڤك / kerepek adalah sejenis makanan ringan pelbagai rasa, boleh juga dianggap jajan tradisional barangkali. Ada yang dibuat daripada pisang, ubi, sukun, bawang, udang dan macam² lagi. Ada jugak yang dibuat daripada adunan bahan tertentu dan menghasilkan kerepek seperti kerepek tepung panjang (pedas), kerepek selayang, kerepek pagoda dll.  Rasanya rata² manusia dekat Malaysia ni kenal dengan makanan ni.

Kerepek pisang, kerepek bawang, kerepek ubi masin/ pedas. (Kerepek tepung panjang.terlupa nak letak.)
Nak kongsi sikit pengalaman aku berkaitan kerepek ni. Masa tu aku dan 4 orang kawan baru lepas habis SPM. Daripada goyang kaki petik gitar sambil cipta lagu je kat rumah baik kitaorang kerja kat kilang tu kan. Sambil kerja boleh dapat ilmu buat kerepek, sambil goreng boleh kunyah kerepek, sambil lenyek tepung boleh kunyah kerepek lagi (antara kelebihan kerja dekat situ) ;D


Kami buat multi tasking kat kilang tu. Kejap uli tepung, kejap kopek-sagat-goreng pisang, kejap bungkus kerepek dan lama goreng² kerepek (yang last ni ini paling syiok sebab duduk depan kawah, suhu 'sangat sejuk', memang terbaiklah.).

Kerepek pagoda, kerepek selayang manis/ pedas (ada yang panggil kerepek lidah buaya) dan kerepek ubi jejari.

Selain setiap hari badan akan melekat bau tepung, kitaorang tak boleh  lupa jugak proses menyira (sambal) kerepek. Kalau tengah kacau² sambal yang tengah menggelegak tu tiba² terpercik sedas dua kat kaki atau tangan tu dikira bonuslah. Bukan selalu dapat rasa pengalaman tu. ;D

Ok habis cerita pengalaman bajet best aku tu. Entri ni sebenarnya ditujukan kepada anak bekas majikan aku kat bawah ni, Kak Rabi'atul Adawiyah yang baru bergelar pengantin baru sabtu lepas. Alhamdulillah majlis lancar dalam walau dalam suasana hujan. Selamat pengantin baharu, semoga berbahagia ke anak cucu cicit. InsyaAllah. ;)

UMMI Siti Amanah Sidek (bekas majikan kitaorang)
Yang dah lama tak kunyah kerepek tu apa kata klik --> Aneka Kerepek UMMI. Lepas tu  boleh order, mudah bukan?. hehe. Dengar kata dah buat jualan atas talian. Ap tunggu lagi? Jom kunyah kerepek sama².. haha



Pssst : Pelekatku ada 
benda baharu - upah design
(anda dipaksa kelik) ;D






Sekian, wassalam.
Masih ada plan B.
Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails