كريڤك / kerepek adalah sejenis makanan ringan pelbagai rasa, boleh juga dianggap jajan tradisional barangkali. Ada yang dibuat daripada pisang, ubi, sukun, bawang, udang dan macam² lagi. Ada jugak yang dibuat daripada adunan bahan tertentu dan menghasilkan kerepek seperti kerepek tepung panjang (pedas), kerepek selayang, kerepek pagoda dll. Rasanya rata² manusia dekat Malaysia ni kenal dengan makanan ni.
![]() |
| Kerepek pisang, kerepek bawang, kerepek ubi masin/ pedas. (Kerepek tepung panjang.terlupa nak letak.) |
![]() |
| Kerepek pagoda, kerepek selayang manis/ pedas (ada yang panggil kerepek lidah buaya) dan kerepek ubi jejari. |
Selain setiap hari badan akan melekat bau tepung, kitaorang tak boleh lupa jugak proses menyira (sambal) kerepek. Kalau tengah kacau² sambal yang tengah menggelegak tu tiba² terpercik sedas dua kat kaki atau tangan tu dikira bonuslah. Bukan selalu dapat rasa pengalaman tu. ;D
Ok habis cerita pengalaman bajet best aku tu. Entri ni sebenarnya ditujukan kepada anak bekas majikan aku kat bawah ni, Kak Rabi'atul Adawiyah yang baru bergelar pengantin baru sabtu lepas. Alhamdulillah majlis lancar dalam walau dalam suasana hujan. Selamat pengantin baharu, semoga berbahagia ke anak cucu cicit. InsyaAllah. ;)
![]() |
| UMMI Siti Amanah Sidek (bekas majikan kitaorang) |
Yang dah lama tak kunyah kerepek tu apa kata klik --> Aneka Kerepek UMMI. Lepas tu boleh order, mudah bukan?. hehe. Dengar kata dah buat jualan atas talian. Ap tunggu lagi? Jom kunyah kerepek sama².. haha
Pssst : Pelekatku ada
Sekian, wassalam.
Masih ada plan B.



