Wednesday, May 28, 2014

Coklat



Kes ni terjadi dekat tempat aku lebih kurang 17 tahun yang lepas. Zaman tu adalah zaman paling menerujakan bagi seorang kanak² seperti aku sebab masa tu dunia sosial budak² belum dicemari dengan 'virus' teknologi lagi. Banyak permainan melibatkan aktiviti fizikal dan mengerah tenaga-mengeluarkan peluh yang banyak. Sebab tu budak-budak dulu lebih sihat berbanding budak² sekarang hehe


Aku selalu jugak bermain dengan geng jiran sebelah kiri (budak perempuan sebaya yang comel dan kurus dibandingkan dengan aku masa tu) dengan jiran depan rumah sebelah kiri tadi tu, dengan sorang lagi jiran sebelah kanan rumah jiran yang depan tadi tu (paham kan kedudukan rumah diaorang?) ;D


Kes epic ni membabitkan aku dengan jiran sebelah kiri tu. Kitaorang pernah main lintas² penutup lubang jamban rumah jiran. Tak pasti kenapa masa tu kitaorang pilih permainan tu, mahu lebih cabaran barangkali. Penutup tu daripada zink dan boleh tahan berkarat, lepas tengok dia berjaya melintas je penutup lubang najis tu aku pun dengan yakin terus mulakan langkah.


Disebabkan kilogram aku melebihi kilogram dia sekitar 5-6 KG macam tu ditambah dengan nasib yang kurang baik, aku tak dapat mengawal keseimbangan tubuh lalu terhumbanlah sesusuk tubuh ke dalam lubang yang penuh dengan sesuatu bewarna coklat keemasan yang aku pasti semua tahu apa namanya. *serius



Mujur kawan aku tu sempat panggil makcik empunya jamban. Tak lama lepas tu mak dia dan mak aku pun sampai tolong tarik aku yang dah berenang dalam takungan 'benda' coklat tu. Kebetulan masa tu aku pakai baju melayu sekolah agama. So dapat bayangkan tak baju melayu putih bertukat warna coklat keemasan dalam sekelip mata?


Lepas berjaya je keluar dari lubang tu aku dengan mak terus berjalan balik ke rumah sambil mak membebel pasal pasal 'kehebatan' aku dan terus ke belakang rumah. Mak ambil cangkul, aku membogelkan diri. Terus tanam baju melayu coklat tersebut and we say good bye.


Sebab tu aku berani cakap yang pengalaman budak² dulu jauh lebih mencabar berbanding pengalaman budak² sekarang ;D

14 comments:

cEro said... [Reply]

Peerrrgghhhh!!!!
Hardcore habis jatuh lubang jamban...hahaha
Kalau jadi dkat aku masa kecik dulu, maunya jadi bahan sampai ke dewasa ni...
Terutamanya dr abang2 aku sendiri...hahahha

haryzkhairuddin said... [Reply]

nasib baik mak kau x tanam dengan kau2 sekali. hohoho~

ada termasuk mulut x 'coklat' tu? sedap x? hahaha..

nasib baik termasuk dlm lubang 'coklat' tu je..kalau tercucuk zink karat tu, lagi haru. x pasal2 kena amik injection.

Mek Onie said... [Reply]

dan paling penting aku rindu zaman bebudak dulu,sekarang ni dah lain gila,semua dah tabur dengan teknologi cecanggih,emmm.. ko main kat lubang jamban?aku main lintas parit sekali jatuh hambik,kena bebel,haha..hoih,rindu :(

♥ p a a n i ♥ said... [Reply]

perghh..hehe..npe xsnap gmbr timeee tuuu

anamizu said... [Reply]

tudia aih Sop kemain lejen lagi zmn knk2 engko rupenye ! kikiki

Aujinz said... [Reply]

tediaa.. berapa botol minyak wangi mau kasi hilang daaa.. kah kah kah

Anna Lee said... [Reply]

hahaha. kesiannya ~ nakal!

Syazana Zainn said... [Reply]


eee.. melekat sampai bape hari tu?

:p


p.s: thanks doakan aiman, dia dah makin sihat :)

Cik TeN10 said... [Reply]

Wehhh.ko kelemasan dlm tu ke?seingat ko ada tak ko tertelan 'coklat emas' tu? Hahahahaha seriusly pengalaman yg sgt berharga kot.

Razf said... [Reply]

ko xde rase nak muntah ke ape? hebattt

Syazana Zainn said... [Reply]

tak update lagi ke sof? huhu

acna care solusi lengkap menghilangkan jerawat said... [Reply]

haha ceritanya lucu :0

Anonymous said... [Reply]

Ya ampunnn dibayangkan mmg sangat 'coklat' baju itu. Macam Hershey kot.

CikTeddyCorner said... [Reply]

takleh bayang huaaaa :( tapi lawak loh xD

Post a Comment

Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)

Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails