Krim biru ungu kelabu |
1 Mei 2014
Pengapit jantan -first time aku (kena) jadi pengapit kawan sebaya. Kawan yang sepatutnya jadi pengapit ada hal dan aku adalah pilihan kedua dan terakhir. Mahu tak mahu aku terpaksa relakan jiwa untuk jadi pengapit dengan tanggapan tugas aku cuma sekadar berpeluh menahan kepanasan sambil mengipas dan mengelap muka pengantin tapi tanggapan tu meleset jauh.
Tugas sebenar pengapit adalah kena pegang 'tiga duit.' Satu - upah Tok Kadi lepas selesai akad nikah, dua - untuk segala jenis tol yang ada sebelum pengantin berjaya sampai ke pelamain dan tiga - untuk mak andam, kemudian baru dibukak kipas yang ditutup depan muka pengantin perempuan.
Lepas selesai nikah sambil tunggu pengantin bergambar itu ini aku keluar makan bubur kacang hitam kat luar, tiba-tiba ada sorang akak tanya,
"Eh ada selera lagi nak makan ek? Ohh ye lah dah lepas, lega kan.."
"Err pengantin dekat dalam tengah bergambar tu kak." Aku balas ringkas, sengih, sambung makan.
Tapi serius, perasaan dia lain macam bila tengok kawan sendiri dah berjaya nikah. Semoga Allah permudahkan urusan aku pula nanti, amin.
5 Mei 2014
Alhamdulillah syukur nikmat yang tak terhingga, aku masih bernafas di bumi Allah. Abah, anak abah dah genap 26 tahun dah, tipulah kalau saya tak rindu nak tengok senyuman abah ;'D Umur semakin meningkat maknanya ajal semakin mendekat, kena selalu bersedia dan beringat. Terima kasih untuk semua doa kalian.;')
Jadi bila aku renung balik diri aku, banyak lagi yang aku kena betulkan. InshaAllah T_T
12 Mei 2014
Syukur ada juga masa nak bawak mak, akak dengan adik makan2 sikit. Bukan pasal makan mahal atau makan murah, tapi ni pasal luangkan masa berharga bersama keluarga tersayang. Cuma nak cakap sikit je, kali ni servis kedai makan ni agak hambar hehe. Semalamnya pulak abang belikan kek orea untuk mak, mak tak harap tapi sekurang-kurangnya ucapan "selamat hari ibu" + ciuman + kek dah cukup buat mak rasa dihargai. Hanya Allah yang mampu balas jasa mak yang super duper tabah. ;')
Tarikh ni jugak tiba-tiba aku tergerak hati nak belek lebih lanjut pasal Almarhum Ahmad Ammar. Macam agak terlambat tapi syukur at least hati aku tergerak nak ambik tahu pasal Almarhum. .Ya Allah nak bandingkan diri aku dengan sang pencinta syahid ni, sangat jauh. T_T
Barulah aku betul-betul tertarik nak dapatkan Buku Cerita Cinta Ahmad Ammar dalam kadar segera!
Sebelum keluar jom layan video Tribute to Ahmad Ammar - BINTANG SYURGA.
8 comments:
yousof :)
selamat menulis kembali. jemput datang ke majlis saya.
dill.
shida hari ibu buat benjo kegemaran mak ;)
Wahh!!! Happy belated birthday (walaupun sgt late nak wish jugak)...hahahah
Rajin2 laa update lepas ni ye...hehhe
hepy belated bday Sop !
welkem back hehe
EHH usop la...selamat berblogging kembali dan selamat tambah usia...
Wah jadi pengapit seyhh.. Lepas ni, turn hang plak ye. Kehkeh
memang susah kot nak maintain aktif membelog macam dedulu.
eceywahh. main kipas2 pengantin walawehh :P
Salam Kenal :D - Bagus la menulis kembali.. betul tu biar semangat ada itu yang penting hahhaaa :D
http://timetravelafif.blogspot.com/2014/05/royal-belum-part1-calling-from.html
Post a Comment
Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)