Wednesday, September 12, 2012

Petai ..ik

Kalau dulu mungkin aku suka petai tapi sekarang entah kenapa aku dah tak bernafsu nak makan petai, Kalau tak dapat petai rasa macam lemah longlai. Manusia, berubah. Macam tu jugak dengan selera (kot).

Bungai petai. Dalam masa sehari je ia berubah rupa.
Antara khasiat petai si raja ulam:

Biji Petai
Apabila dimakan dapat merawat masalah hati (liver), busung, bengkak buah pinggang, kencing manis (diabetes). Juga dapat membunuh cacing dalam perut serta usus, lalu keluar bersama najis.

Daun
Daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai, kemudian airnya diminum.


Akar (kulit akar)
Ini khusus untuk rawatan kencing manis (diabetes), juga direbus kemudian airnya diminum. Amalkan selalu.  


Aroma
Mengharumkan mulut dan juga tandas kita dengan jayanya. 

*Sumber



Bapak aku ada satu kebun berdekatan dengan kawasan rumah. Dekat situ ada pokok durian, manggis, kelapa, sukun dan petai. Ada satu hari tu bapak aku upah pakcik depan rumah untuk panjat pokok petai tu. Panjat pokok petai nak buat apa? Petik petai la dik, takkan nak petik buah naga pulak.

Dah nama pun pokok petai, mestilah tinggi gi kan. Memang dah ditetapkan, pakcik tu tersilap pijak dahan yang dah reput/ kecik (tak berapa ingat) dan "gedebuk" terus jatuh ke tanah dari ketinggian lebih kurang setinggi rumah satu tingkat.




Syukur dia masih dipanjangkan umur, cuma retak pinggang dan Alhamdulillah sekarang dah pulih. Bila aku gurau² mintak dia petikkan petai lagi dia jawab..

"Ahh tak nak aku. Serik!" sambil tersengih menampakkan gigi.

28 comments:

Anum said... [Reply]

wow x pernah jumpa lagi

missSenget said... [Reply]

petai sedap...!

aku suka mkn petai belalang...

hahaha..

Syazwan Che Deraman said... [Reply]

aku tak pernah tengok bunga petai.

kat pasar nenek aku ada jual petai.
mahal harganya.
boleh capai RM1 satu papan.

syafiqakarim said... [Reply]

oh.baru first time tgk ni sop :)
aku pun tak makan, errr

si robot comel said... [Reply]

pestime tgk ni bunga dia macam ni,cantik pula kalau tgk dari pandangan bawah tu mcm bunga matahari.

LelakiSemalam said... [Reply]

cantik rupanya bunga petai ni...

shidaR said... [Reply]

eh! ysof 1st time tgk nih..heheeee

RazFiRa said... [Reply]

petai ke tu?

Rain said... [Reply]

rumah aku ada pokok petai. memang tinggi. bunganya selalu buat main masa kecik dulu, sekarang dah tak menjadi buah..

sambai petai udang memang paling lejen!

sapa yang makan petai, bilik air dikuarantinkan hahaha. aromanya menyengat!!

HeNRieTTa JoSe said... [Reply]

Xpnah tgk bunga ptai...tp duan petai dlu kcik kcik suka men buat masak masak nasi....

Psss....nasib baik pcik tu slmat...tinggi tu dia jatuh....

alien said... [Reply]

kebun ayah aku ada jering!
ko cerita la pasal jering pulak...

syakey said... [Reply]

pestime tgk bunga petaii.

err. tak penah makan petaii. tp kalo udang sambal tumis petaii sodappp.

yess, petai sangat penuh aroma. nak nak apabila abg aku gigih meng-haaaaahhhhh-kan mulutnya pada aku. zzzz -__-

ct kektus said... [Reply]

makan petai dgn ikan masin, sayur bening, sambal belacan, sedap woo. tambah berkali-kali. ;)


kat rumah pon ada pokok petai. kalau nak amek petai just guna galah je. tak payah panjat2 dah. ;)

Pokok Manggis Depan Rumah said... [Reply]

sedapnye makan petai..
nyam2.. udang masak petai :-)

merahitujambu said... [Reply]

pertama kali tengok ..serius.thanks share..=)

cEro said... [Reply]

Itu ke gaya bunga petai?
Wooo! Baru tau ooo..
Tak pernah tgk pon sebelum ni..hehehe

cimöt said... [Reply]

bunga petai?
ok pestime nampak..

My Life's Journey said... [Reply]

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa lamanya umi tak jenguk yousof!! apa khabar yousof sekarang?

ni kalai pertama umi tgok gambar petai punya bunga ..cantik jugak rupanya .. sungguh indah ciptaan allah s.w.t ..

umi pernah makan petai .. kadang2 sedap kadang2 rasa tak sedap ..pelik jugak umi ni ..ishk2

HeNRieTTa JoSe said... [Reply]

PSS...hehehe....jangan lew majuk...sebab jarang org rajin baca blk jawapan dekat komen...itu biasa trus jawap kat blog org yang tanya...tapi kdg kdg terlepas pandang...jangan majuk yea sop...


dekat teman negara penang...teluk bahang...pantai tu nama pantai karachut....

info lebih lagi nnti rietta cuba update blog yea...

eva said... [Reply]

ahhahah kesian betul pakcik tu.. sempat lagi nak kacau pakcik.. haha

huhu.. skali jer makan petai.. sedap jugak tp xdalah suka.. skali mkn lps tu xnak.. mungkin sbb bukan selera kita kot.. sbb sy xmkn pedas sgt eheheheh..

wahh.. byk jugak khasiat dia.. xpelah.. kalo sedap makan lagi haha

Ibnu Kassim said... [Reply]

mmg harum toilet...

Ash Give said... [Reply]

hahaha banyka khsiat dia kan.. yg paling best tu mngharukan mulut dan tandas hahahaha

kasihan pakcik depan rumah ko tu.. nasib baik dapat sempuh.. paling bahaya kalau bab bab jatuh ni kena bahagian tulng belakng sbb ada saraf tunjang.. blh paralyzed..

Evagurl Izma said... [Reply]

lawa dowh.

ni capture pakai camera ape? cantik. pandai ko snap :)

najihah sahami said... [Reply]

suka makan petai goreng ngan ikan bilis. nyam2..skang ni mish baru je belajar makan jeruk petai.sedap rupanya. haha..

senang la kalau mish nak makan petai.mish hello usop je eh.

Yuni Aisyah said... [Reply]

wah dasyatnya bunga nie...1st time tgk...unik sgt2....!

ch000tz axoera ヅ said... [Reply]

last tgk benda ni masa sekolah rendah dulu sebab bekalang sekolah ada pokok petai heheheh

anamizu kaito said... [Reply]

woahh ni bunga petai ke sop ?

EZAN IDMA said... [Reply]

festime tengok pokok petai

Post a Comment

Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)

Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails