Showing posts with label bungai petai. Show all posts
Showing posts with label bungai petai. Show all posts

Wednesday, September 12, 2012

Petai ..ik

Kalau dulu mungkin aku suka petai tapi sekarang entah kenapa aku dah tak bernafsu nak makan petai, Kalau tak dapat petai rasa macam lemah longlai. Manusia, berubah. Macam tu jugak dengan selera (kot).

Bungai petai. Dalam masa sehari je ia berubah rupa.
Antara khasiat petai si raja ulam:

Biji Petai
Apabila dimakan dapat merawat masalah hati (liver), busung, bengkak buah pinggang, kencing manis (diabetes). Juga dapat membunuh cacing dalam perut serta usus, lalu keluar bersama najis.

Daun
Daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai, kemudian airnya diminum.


Akar (kulit akar)
Ini khusus untuk rawatan kencing manis (diabetes), juga direbus kemudian airnya diminum. Amalkan selalu.  


Aroma
Mengharumkan mulut dan juga tandas kita dengan jayanya. 

*Sumber



Bapak aku ada satu kebun berdekatan dengan kawasan rumah. Dekat situ ada pokok durian, manggis, kelapa, sukun dan petai. Ada satu hari tu bapak aku upah pakcik depan rumah untuk panjat pokok petai tu. Panjat pokok petai nak buat apa? Petik petai la dik, takkan nak petik buah naga pulak.

Dah nama pun pokok petai, mestilah tinggi gi kan. Memang dah ditetapkan, pakcik tu tersilap pijak dahan yang dah reput/ kecik (tak berapa ingat) dan "gedebuk" terus jatuh ke tanah dari ketinggian lebih kurang setinggi rumah satu tingkat.




Syukur dia masih dipanjangkan umur, cuma retak pinggang dan Alhamdulillah sekarang dah pulih. Bila aku gurau² mintak dia petikkan petai lagi dia jawab..

"Ahh tak nak aku. Serik!" sambil tersengih menampakkan gigi.

Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails