Monday, August 6, 2012

Kelebihan bermain mercun

*Semua gambar di-google


Di musim perayaan ni antara benda yang paling sukar nak dielakkan adalah mercun. Tak kiralah jual mercun, beli mercun, main mercun, putuskan jari guna mercun atau butakan mata guna mercun. Pendek kata mercun dan perayaan memang tak dapat dipisahkan. Panjang kata, betul tu!


Antara mercun dan kelebihannya yang pernah aku tahu adalah:-

• Mercun bawang
Diberi nama bawang kerana bentuk dan bunyinya yang
comel seperti bawang. Eh bawang ada bunyi?
Aku suka main campak ke lantai diikuti bunyi "POMM" di mulut.
Tiada kelebihan









• Mercun lalat
Haa kalau yang ini memang ada rupa dan gaya lalat. Bila
dibakar terus terbang ke sana sini bikin orang kelam kabut.
Suka bila mercun terbang mengenai sasaran (kawan) haha
Tiada kelebihan









• Mercun padi 

Suka cerai dan bakar satu² campak ke arah yang diingini.
Aku rasa bebudak sekarang tak buat macam tu sebab masing²
dah berduit. Beli mercun macam beli jajan.
Tiada kelebihan







• Mercun tarik

Mercun ni nampak best sebab ia boleh diikat pada selipar orang. Bila orang tu melangkah maka ia pun meletup dan dan kita bersedia untuk diperambat haha
Tiada kelebihan










Ok dah malas nak senaraikan kesemua 500 jenis mercun kat sini sebab aku bukan nak promosi tapi aku nak mengingati. Bagi aku tak ada seketul mercun pun yang memberi kelebihan kepada si pemain melainkan risiko semata-mata. Lebih menyedihkan lagi tu bila orang yang tak main mercun pulak yang jadi mangsa mercun. Banyangkan orang tu ahli keluarga kita sendiri ;(

Mula dari tahun lepas sampai sekarang aku tak bakar seketul mercun pun dan aku bangga dengan pencapaian itu.

30 comments:

merahitujambu said... [Reply]

sy tgok org melayu ni main mercun habis tgn..kalau org cina main xde plak putus2 tgn ni..ermmm

syakirahmn said... [Reply]

tak pernah tauuu mercun tarik ponnn.

tp mmg main mercun risiko. tapi main diam diam lah. jangan nak buat naya kt orang. slamat kot gitu. :D

aiEz said... [Reply]

ak dah lama tak main mercun,tp mercun2 tu semua kenangan betul masa kecik2 dulu..tambah mercun lebah tu,kes lepas bakar masuk dlm rumah..abis kena marah,hehe

Unknown said... [Reply]

hehe....suka bila kau ckp main mercun tak ada kelebihan...sbb mmg betul...tak ada kelebihan pun.

-Ganggu ketenteraman awam
-Bazir duet
-Bahayakan nyawa...

tapi ramai yang tak sedar perkara ini huhuuuhu

::FAIZ:: said... [Reply]

tak suka main mercun

si robot comel said... [Reply]

memang takde kelebihan pun malah duit pun habis semata-mata nak beli mercun.

Cik tikah said... [Reply]

Bahya ar main mercun. Jgn2!

Anisa Hang Tuah said... [Reply]

nis suka mrcun katak dgn roket

jap lg nak bakar hewheww

hani said... [Reply]

budak main bunga api pn dah boleh buat akak nebes, inikan pula akak sndri yg nk main itu mercun. memang tak la..hehe

eva said... [Reply]

hehehehe pasal mercun teringat umo 6 taun kalo tak silap sy lah.. skali tgh main bunga api tu, tak sedar ada pelita kat blakang so rambut tekena api.. patutlah ada bunyi mcm pokok ranting terbakar hahaha so rambut pun pendek jd rihana haha..

slps kejadian tu parents banned kitaorg adek bradek men mercun.. dan last year first time kita org dpt main setelah sekian lama kena banned.. parents dh tak risau sbb kita org dah besar.. pandai2 lah sendiri ekkeke.. tp xbrani main mercun yang gap2 tu.. main bunga api jer.. nak rasa jugak main mercun ni ;p

Unknown said... [Reply]

main mercun haram!! hoho

bila dah makin tua ni, *usap janggut* rasa nak main ni makin kurang.. *batukbatuk*

anamizu said... [Reply]

tu la kelebihan main mercun :


-dapat kena perambat
-bikin org kelam kabut
-boleh HAHA bila kena sasaran


sipbekla makin kurang dgr kes
injured psl mercun nih skng..
dah makin insaf kot..




hewww ~

Syazwan Che Deraman said... [Reply]

kat kampung aku.
orang panggil mercun padi tu mercun lidi.

aku pernah pegang bro.
pegang hujung.
tak sakit.
tapi rasa jugak la kebas kebas.

try la.

Raz said... [Reply]

mercun bawang ada kelebihan la

boleh main baling2 kt org tanpa mencederakan

ok x?

Aelin Kent said... [Reply]

aku pernah main mercun ketupat bakar bawah masjid.. dan ya, aku telah menjadi buruan selama seminggu setelah itu.. hahaha

syafiqa said... [Reply]

tahu main pop pop je.
hihi

Aing said... [Reply]

ko ada jual mercun tak wehh??


ok, sajeje..jngn saman aku ~

Anif Abdullah| AA said... [Reply]

mercun bawang boleh buat masakan lah.haha

**Di musim perarayaan ? typo disitu :D

najihah sahami said... [Reply]

Mercun bawang trbaik..haha..xpenah lg org cedera yakat main mercun bawang kan?haha..

Thniah usop..turut bangga dgn pncapaian usop sbb mish dah bertaun2 xbakar mercun.last skali form 4.haha

Unknown said... [Reply]

eh mercun tarik pun ade eh? hehe

Cik TeN10 said... [Reply]

Mercun bawang dengan mercun padi tuernah la nampak..mercun lalat, tarik tu xpenah tau pulak..

Kalau kat jepun ni musim panas ni mcm musim bunga api la..sana sini ada pertunjukan bunga api.. Mercun ada jugak tapi tak banyak dan ada level kebisingan.. Agaknya kl ada mercun bola kat sini kompom jadik kes polis sbb mengganggu privasi org len yg nk tido bagai.. Huhu

Cik TeN10 said... [Reply]

Yg 1st eh ? Ok.. Emm nak tmbah ape ehh?.. Ada idea? Neway thanks sbb sudi bg idea :))) terima kasih daun keladi bagi la idea lagi.. Hihi :p

HeNRieTTa JoSe said... [Reply]

Xpernah taw plak mercun tarik...hehehe...rietta jrg sgt men mercun....kurang mnat....skank lg lew xmen....

CikTeddyCorner said... [Reply]

kelebihan ~> keseronokan.hewhew

Alif Haris said... [Reply]

orang kg aku dah ada yg jadi mangsa dah. huhu..

beringatlah wahai anak2 muda. elok2 anggota tbuh smpurna.jgn minta jadi tak sempurna. nauzubillah

Hanie Dew said... [Reply]

haah..aku baca komen si merahjambu tu pun tertanya tanya.chinese main mercun tak pulak sampai cedera sana sini.

aku main mercun bawang ngan bunga api jew...

Abu Bagi said... [Reply]

mercun bawang dgn mercun padi je aku biasa main.. mercun lalat tu nampak lawak..

ct kektus said... [Reply]

mercun padi pon aku ceraikan satu2 sebab nak rasa banyak. haha :D

Mek Onie said... [Reply]

menyampah dengan mercun ni,sape la pengasas dia eh...geram nak humban dalam sungai ja rasa

Ezad Skytech said... [Reply]

aq pun da lama jugak tak bakar mercun ni..rekod...hee~

Post a Comment

Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)

Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails