*Semua gambar di-google
Di musim perayaan ni antara benda yang paling sukar nak dielakkan adalah mercun. Tak kiralah jual mercun, beli mercun, main mercun, putuskan jari guna mercun atau butakan mata guna mercun. Pendek kata mercun dan perayaan memang tak dapat dipisahkan. Panjang kata, betul tu!
Antara mercun dan kelebihannya yang pernah aku tahu adalah:-
• Mercun bawang
Diberi nama bawang kerana bentuk dan bunyinya yang
comel seperti bawang. Eh bawang ada bunyi?
Aku suka main campak ke lantai diikuti bunyi "POMM" di mulut.
Tiada kelebihan
• Mercun lalat
Haa kalau yang ini memang ada rupa dan gaya lalat. Bila
dibakar terus terbang ke sana sini bikin orang kelam kabut.
Suka bila mercun terbang mengenai sasaran (kawan) haha
Tiada kelebihan
• Mercun padi
Suka cerai dan bakar satu² campak ke arah yang diingini.
Aku rasa bebudak sekarang tak buat macam tu sebab masing²
dah berduit. Beli mercun macam beli jajan.
Tiada kelebihan
• Mercun tarik
Mercun ni nampak best sebab ia boleh diikat pada selipar orang. Bila orang tu melangkah maka ia pun meletup dan dan kita bersedia untuk diperambat haha
Tiada kelebihan
Ok dah malas nak senaraikan kesemua 500 jenis mercun kat sini sebab aku bukan nak promosi tapi aku nak mengingati. Bagi aku tak ada seketul mercun pun yang memberi kelebihan kepada si pemain melainkan risiko semata-mata. Lebih menyedihkan lagi tu bila orang yang tak main mercun pulak yang jadi mangsa mercun. Banyangkan orang tu ahli keluarga kita sendiri ;(
Mula dari tahun lepas sampai sekarang aku tak bakar seketul mercun pun dan aku bangga dengan pencapaian itu.