Thursday, July 5, 2012

Pengalaman patah rahang. Indah!

Assalamualaikum. Entri kali ni mungkin lebih comel daripada biasa, harap maklum. Bangga tak lah tapi syukur aku dah lepas azab merasa Arch Bar ni melekap rapat dalam mulut selama sebulan. Ada sorang kawan tanya pasal besi ni, maka dengan sukacitanya aku nak cerita, sekadar berkongsi pengalaman yang tak seberapa.

Nak dijadikan cerita, satu hari tu seorang hamba Allah telah mengalami patah rahang sebelah kiri gara² satu insiden pada tarikh 20 Mac 2011. Masuk hospital,  Doktor Sharon cek² dan beritahu kena pasang besi atau nama panjangnya Arch Bar. Dalam menahan sakit, aku terus naik ngeri, serius rasa macam nak lari, tapi apa kan daya kakiku sakit lagi.

Langkah pertama yang Doktor Sharon buat adalah menyuntik 7-8 bius ke gusi atas dan bawah.  

A) Kepala tak kena balut, cuma pipi sebelah kiri bengkak. Baring menganga tunggu mulut siap dikerjakan sambil menahan sedap.
B) Benda alah getah untuk ikat  Arch Bar  atas dan bawah kasi rapat.
C, D) Dawai halus siap dipotong dan diselitkan di celah² gigi sebelum Arch Bar diikat.
E) Doktor ikat dawai tu seketat yang mungkin kasi rahang rapat. Masa ni boleh dikatakan sedapnya berada di tahap climax.


Dia pusing² penyepit tu dalam kadar yang agak cepat. Banyak kali juga dia cakap "Yusof kalau sakit angkat tangan ya" dan aku jawab "hmm." Soalan tu berulang-ulang, air mata jantan pun mengalir tapi serius bukan sebab sakit semata-mata, tapi mungkin aku fikirkan mak bapak aku yang risau tunggu aku dekat luar bilik ditambah macam² perkara berlegar dalam kepala aku yang pening masa tu.


A) Syukur aku cuma patah rahang kiri, bukan hilang rahang kiri.
B) Pemasangan dawai halus.
C) Dipasang sampai ke gigi dalam.
D) Bila dah kemas pasang dawai tu barulah diaorang masukkan Arch Bar.
E) Nama pun dawai, hujungnya haruslah tajam apatah lagi bila terkena bahagian dalam mulut. Mahu tak mahu aku kena nikmati rasa sedap tu sebelum benda tu boleh dibuang jauh² sebulan kemudian ;)

Inilah dia yang dipanggil ArBa atau nama panjangnya disebut Arch Bar *buka mulut seperti di atas

Getah² kecik tadi tu diselitkan-selitkan antara atas dan bawah silang menyilangi antara satu sama lain untuk memaksa mulut tertutup rapat.

Sepanjang sebulan tu aku perlu makan menggunakan straw besar. Jemu makan bubur, aku makan nestum/ oat dan yang paling seronok adalah part minum ubat. Nak telan tak boleh, maka ubat dibancuh dan disedut perlahan. Pahit dia membawa ke pedas, nak menangis pun tak guna sebab benda dah lepas.

Insan yang patut merasa paling lega adalah emak aku. Dia yang teman tidur sebelah aku seminggu pertama dekat rumah. Kauorang bayangkan dengan mulut tertutup, hidung tersumbat, Masya Allah susahnya nak tidur masa tu..

Emak aku juga yang rajin jenguk² masa aku baring sorang², dia juga yang sediakan makanan, minuman, dan tak lupa juga ubat² yang pedas tadi tu. Dia juga yang blend-kan bubur berkali-kali bila aku tak dapat sedut melalui celah gigi. Tanpa mak aku tak rasa semangat aku boleh sekuat itu. Terima kasih tak terhingga untuk mak. *tiba² terharu bila dah tiba penutup cerita.. Ok lah, habis kat sini je. Babai ;)

42 comments:

semutsengal said... [Reply]

hmmm.


kelihatan agaks ngeri sedikit. bersimpul simpul gitu. haiyaa

Asrul "iLham" Sany said... [Reply]

saya suka gigi saya just the way they are...hahaha

Anum said... [Reply]

good entry

syafiqakarim said... [Reply]

sgt menakotkan bila membaca nya
sop.apa lagi nak hadap.aku harap
baik baik.
maaf tak de di sisi ketika itu

sobs.

CekbOlat-bOlat said... [Reply]

perghhh.. ngilu pula gigi bolat.. ekekeke.. mmg dsyat,tpi ending die drama yg sdih dan terharu jgk bace :)

hebat awk :)

::FAIZ:: said... [Reply]

tgk pic pun dah rasa ngilu dan sakit....

mak kita adalah insan yg paling baik jaga kita bila sakitkan?

nurdani said... [Reply]

er..rasa ngilu dengan tiba-tiba

Hanie Dew said... [Reply]

ngilu.terasa sakit tang hujung besi wayar tajam tu kene bhgian dlm mulut.dpt bygkan kepayahan ko time tu yousof.alhamdulillah skrg dah beransur sembuh.

ada hikmah di sebalik kesakitan yg Allah bg.untungla.. hee-hee.. =)

Cik TeN10 said... [Reply]

Alhmdllah dh pulih.. :) itulah dia kasih seorang ibu kpd anaknya.. Slagi dia masih ada berbaktilah utk dia.. Tetiba rindu nk balik umah..hampir setahun tak bersua muka dengan family..huhu

HeNRieTTa JoSe said... [Reply]

tkutnyeee.....xmo larr....

nitnot said... [Reply]

Ya Allah sakitnya.
Ngeri.
Alhamdulillah lah abam dah sihat. :)

cimöt said... [Reply]

sekali lg aku ngeri nak pitam.. haishhhh

Akem said... [Reply]

rasa ngeri tetiba.
bersilang-silang lagi.


dan rasa ngeri bertukar menjadi rasa yang mengharukan di akhir entri.

Cik tikah said... [Reply]

eww!! scary!

Azham Vosovic said... [Reply]

Ucop....I can feel your pain while reading this....alhamdulillah you are recovering! Syukur, lepas ni I sendiri kena beringat2 masa menunggang motor tu huhuhuhuhu

Nur Aischa said... [Reply]

ya allah, ngeri :'( mesti sakit kan. adusss.. tp syukur alhamdulillah, semoga cepat sembuh dan pulih spt biasa.

eva said... [Reply]

mula2 bc terasa ngilu pulak.. tp bila dah nak abis bc ending.. sedihh sgt.. kesian usop.. sabar yer.. :)

miss Fyqa said... [Reply]

baca je dah ngeri.. ohhho.

Alhamdullilah ,smua dah ok2 kan skg? :)

onie said... [Reply]

waaaaaaaaaaaaaa,ngerinya...onie yang ada masalah gigi pun sampai sekarang takut nak jumpa, huhu.... nak cantikkkkk,tapi tapi tapi tapi takut :'(

laskar pelangi said... [Reply]

Glurppppp! Ngeri betul -___-

Syahirah Suhaili said... [Reply]

aiseh..usop..trasa nyilu baca entry..adiela baru hapdet pasal braces,tuptup usop hapdet pasal arch bar..hehe..arch bar nie memang untuk masalah rahang je ke? or untuk gigi skali?

Jue said... [Reply]

aku ngilu giler bc entry ko weh
sbb aku pnah xcident truk dulu waktu study..tp x smpi tahap gini la kan

#aku join touching bab mak tu tp bkn sbb mak aku teman aku time aku sakit, bapak aku temankan huhu

khairul akmal bin azman said... [Reply]

gg gua x lawa la..

xpe.
janji colgate lbh..
hehe

ABU said... [Reply]

eh sangta menakutkn.. lagi seram banding masa aku opret gigi tuh.. banyaknya dawai dalam mulut.. so mcm tu la bulut ko, kena ikat ikat bagai..


tu la dlm keadaan2 mcm tu msti mak dan orng tua kita yng paling risau kan..

najihah sahami said... [Reply]

memang ngeri kot usop.kalau mish, tobat msh terajang je doc tu kalau rasa sakit. haha. tak main angkat tgn dh. hehe..

besarrr pengorbanan ibu usop...dan para ibu yg lain kan.

alif haris said... [Reply]

huhu mcm ngeri je cita ko ni sop.. huhu
jadikan pengalaman hidup sop.. dan minta jgn berulang lagi benda2 yg menyakitkan.. huhu..

gamepoint said... [Reply]

gigi gua ok lg stakat ni

Samad said... [Reply]

erghh, scary the marry beb. gua ingat lu sudah sembuh. semoga bertabah ye bro

Bunga Layu . said... [Reply]

ohh nampak agak saket .dan ..sedih nya bila baca part yang ibu jaga tu ..macam macam ..macammm rindu drkat ibu kita T.T

BENA said... [Reply]

maaf la jika aku tak dapat menemani ko untuk mnyuapkan ubat untuk kau usop . kita patut rasa bangga dan menghargai ibu bapa kita yang masih ada :D



*terharu

popcorn said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
anif abdullah| AA said... [Reply]

memang ngilu lah dengar ada wayar2 dlm mulut ni.aiyoo..

apa yang penting,jangan lupa "kasih sayang ibu" menyembuh lagi kesakitan yg kita tanggung itu..

lilypelangi said... [Reply]

hmmm..hmmm..

aku harap kau cepat sembuhh

siti kektus said... [Reply]

tengok pon dah ngeri, apatah lagi kau yg merasainya. =_=

ye, mak lah yg terbaik. sanggup berkorban untuk anaknya. ;)

Fee Hafeezah said... [Reply]

Usop, serius aku ngeri bce entri ni. Apatah lg kau yg merasa. Masya Allah. Sila tabah, dugaan Allah utk kau. Kuatkan semangat utk pulih spt sedia kala okayyy. *aku mampu bg semangat je :) eh jap, means mmg kau tak boleh makan mcm biase lg ke skrg? Still bubur n mknan yg diblend? Takley kunyah lg eyyyh? Tetbe curious gle nk tahu.

syakey said... [Reply]

baca sambil menahan ke-ngilu-an.

itu lah ibu. kasih pada anak tu mmg tak berbelah bahagi. even anak layan buruk mana pon, diorang tetap setia dengan kasih diorang.

:')

Sophie Al-Yahya said... [Reply]

Ya Allah.. ngeri gila baca..

CouLeur de Chiqu3 said... [Reply]

ya allah..negerinye kulihat...
ngeri lagi ko kan usop..

anyway..aku doa ko cepat sembuh..dah
sentiasa sihat..wloponaku lmbt ikot news..huhuu



salam Ramdhan aku ucapkan .. :)

Adylia Qarissa said... [Reply]

takotnya tengok gambar tu...macam perit sangat!

eszyamin said... [Reply]

owh ko eksiden ye sop tu yg pipi ko parut..siannye ko..alhamdulillah skrg sume dah okey..

amirul najqime said... [Reply]

mcm ni la yg gua sdg alami skrg..tp gua xda pkai Arch Bar..juz dawai saja dibelitkan pada semua gigi..sakit?? xpayah nk ckp la..hnya Allah n diri sendiri ja yg tahu..

ahdek kechik said... [Reply]

saya Pun excident Patah Rahang Kanan Bawah Sekarang Masih Pakai...sakit dia hanya allah je tahu waktu dia pasang arch bar ....1 bulan makan blend Tpi x mkn blend pun sebab ade gigi patah soo makan Ikut lubang tu je pakat main telan haha...disebabkan Rahang patah teruk soo kena pakai plate sampaii seumur hidup..siapa Yang merasa je akan tahu seksa dia macam mana .....

Post a Comment

Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)

Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails