Thursday, May 10, 2012

Aktif sihat

Assalamualaikum.

Berminggu-minggu dah aku tak kongsi pasal khasiat pemakanan ni kan. Kali ni aku nak kongsi tips hidup aktif dan badan sihat, anda buat anda yang dapat. Tahan makan 12 jam sekalipun kalau tak buat aktiviti yang membakar kalori aku rasa payah nak dapat hasil yang diidamkan. Lainlah kauorang ambik JusMate  5 TULEN dari Dr. Rozmey hehe.

Aku pun dah kurang sangat keluarkan peluh kebelakangan ni, badan dah rasa kurang cergas, lembik  pun iye, kesihatan belum mengizinkan nak kembali aktif. Kita saling mendoakan ya kawan². ;)


Kalaulah ada extreme park dekat² kawasan sini memang tiap minggu aku datang main skateboard, parkour, roller blade semua tu kasi keluar peluh... Ok gimik je nama² game tu semua. Paling kurang aku joging dekat trek tak pun main tali skipping je. haha.


Tapi serius aku paling teringin nak cuba wall climbing. Lepastu nak cuba go-kart, ATV, bungee jumping,  flying fox dan segala jenis game yang mencabar. Kebetulan peneroka dapat durian runtuh ni, ingatkan nak suruh bapak aku binakan satu mini extreme park dekat tepi rumah (berangan sungguh), tapi beliau dah ada plan lain yang lebih baik untuk seisi keluarga.

Ok selesai, cukup untuk hari ni. Babai.

27 comments:

cha'e said... [Reply]

kau kemas rumah tolong masak-masak pon kira aktiviti sihat lagi berkat. haha xD okey, hidup aktif , badan sihat !

YouSOF said... [Reply]

Betul tu.. Ilmu memasak pun meningkat.. ;D

[sutera kasih] said... [Reply]

cuci pinggan kira senaman jgk la kan? itu je senaman yg selalu dbuat hehe

Anonymous said... [Reply]

aduh,terasa gaya hidup ni sguh x sihat....asik mngadap kmputer je 24 jam...keje pon guna kmputer gak.. ==" kalo cm tuh nk keje jadi gym trainer r..hahaha

syafiqa said... [Reply]

wall climbing.
baru teringat nak cuba nanti ^^

sop,yg menyapu,mengemas,mmg hari2 da.haha

Asrul "iLham" Sany said... [Reply]

asalkan bahagia... :D

نورعيم said... [Reply]

jalan kaki 2,3 km pun excercise dah. hihi.

Cik TeN10 said... [Reply]

Dlm byk2 yg disebut, fatin plg plg plg teringin nk men go-kart !!! Kat sini petang2 g men badminton la.. Fatin mmg suka men badminton t xsuka jogging sbb rsa mcm boring je jogging..jogging dlm selimut lg besh..hahahhh

hani said... [Reply]

naik tangga turun tangga kejar kelas hari hari. memang berbaloi baloi akak kurus. hehe..

Raz said... [Reply]

makan susah nak kontrol mula2 tapi terpaksa try. umur dah meningkat. huhu

cimöt said... [Reply]

weyhhhh..sama laaa..aku pon teringin sangaat nak wall climbing and bungee jumping..ajak laa aku laa ko dapat pi mane2..


aku ngah on da way tulih fasal flying fox.. tunggu mae..

Puteri Kayangan?@#$%???? said... [Reply]

wahhhh ...aktiiti yang yousof nak buat tu betl2 mencabar ..umi tabik gan yousof :)

Unknown said... [Reply]

YOU: Dulu masa Form 4 I desperate sgt nk kurus...so I skipping selama 4 bulan... turun 4 kg je waktu tu...so I sedih I makan lg banyak hahaha

♥ solehah ♥ said... [Reply]

yg pentingg..dapat "durian runtuhh" ye.haha!

Unknown said... [Reply]

dahla susu tak minum. aktiviti outdoor pun kurang. alahaii memang tak sihat betul T__T

Nani Neijie said... [Reply]

haiii..saya ni tubuh sihhhaaaaatttt..sihat gemuk..heheheheh..*maluuuuu*

bagus betul la kamu ni..gaya hidup sihat

Lea Isnawi said... [Reply]

wah wah wah untunglaaa dpt durian runtuh

Aleen Aiden said... [Reply]

hmm macam banyak je extreme park. tempat kau xde eyh?

Cik tikah said... [Reply]

yeah! jom hidup sihat :)

ch000tz said... [Reply]

Kunyah chewing gum pun exercise gak kan pak samad hehe

Anonymous said... [Reply]

aku rasa kadang-kadang malas juga. tp, bila makan banyak2 pun berat macam tu je. bosan deh. yg penting aku sihat. kira ok lah kan?

eva said... [Reply]

huhuh sama gak. skrg dh kurang.. nak mcm dulu tp xder geng dah nak join sama..

Abu Bagi said... [Reply]

aku pun atak pernah main game game yg osem yang macam ko sebut tu..

teringin gak sebenrnya.. aku ada nampak kat PJ tempat panjar wall climbing.. nak sajoh aku singgah kat situ kalau lalu daripada jabatan kimai..hahaha

Abu Bagi said... [Reply]

btw, aku baru tahu.. aktiviti pun ada piramid dia hahahahaha serius baru tahu..

Hanie Dew said... [Reply]

mmg tgh amalkan la piramid makanan dan aktiviti sihat tu. skrg ni kalau dating ngan hubby aku weekend bwk baju sukan siap siap. pas dating ptg tukar baju jogging. hehehe.

kemain ko siap nak ada mini extreme park.

Jue said... [Reply]

br nak ckp "Wah..ko skate gak eh?!" tp x jadi hahaha

aku p men flying fox 1st time giler kecut urat perut tp sbb ramai lelaki, maka aku tpaksa jadi macho wuahahahahaha

bapak ko peneroka?dpt duit tu jugak?

baik!

Bapak2..sy kwn rapat Yusof..bole sy tumpang sekaki merasa hihi

♥ p a a n i ♥ said... [Reply]

harituuu baru pegi flying fox!!! hehehe mmg bestt!! :)))

Post a Comment

Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)

Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails