Tajuk khutbah Jumaat dekat tempat aku tadi berbunyi "waktu itu kehidupan." Waktu (masa) tak akan mampu dibeli mahupun diputar balik walau sedetik. Berbaloikah kita hidup jika masa yang ada tidak kita hargai dan syukuri ?
Antara ayat yang aku ingat dalam khutbah tu berbunyi lebih kurang macam ni,
Seseorang manusia itu dipandang bukan dari segi tinggi kedudukan ayau pangkatnya, tetapi dia dipandang dari segi bagaimana dia beramal untuk Allah dan agamanya (Islam)..
Andai saja hidup ini ibarat teritip, masa yang lepas mahu saja dihargai dan dikutip. |
..Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian. Ingat lima perkara sebelum lima perkara..
1. Masa sihat sebelum masa sakit.
2. Masa muda sebelum masa tua.
3. Masa kaya sebelum masa papa.
4. Masa lapang sebelum masa sibuk.
5. Masa hidup sebelum masa mati.."
Empat perkara yang akan disoal oleh Allah di Padang Mahsyar.
1. Umur - Dimana dihabiskan, untuk maksiat atau taat. Nabi memuji orang yang “tua dalam Islam” iaitu orang-orang yang Islam sejak dari muda lagi. Kata Nabi lagi, Orang yang paling baik ialah orang yang umurnya panjang dan lidahnya masih basah berzikir mengingati Allah. Dalam satu hadith qudsi, Allah bersama orang yang berzikir selagi bibir mulutnya masih bergerak mengingatinya.
2. Ilmu - Antara ilmu yang wajib dipelajari ialah Fardhu Ain seperti ilmu akidah iaitu ilmu tentang ketuhanan. Selain itu apa-apa ilmu yang dipelajari hendaklah diamalkan walaupun ianya hanya sunat, (sekurang-kurangnya sekali seumur sehidup-bagi perkara sunat)
3. Harta - Setiap sen yang diterima dan dibelanjakan akan ditanya tentang halal haramnya.
4. Tubuh Badan - Akan ditanya “dimanakah tuanya badan”, samaada tubuh badan diguna untuk perkara baik atau jahat.
Sekian, wassalam.
Masih ada plan B.
27 comments:
sesungguh nya manusia kerugian klo
x mengguna kan ke arah kebenaran.
nice entry sop :)
nice entry gak.
beringatlah sebelum tiba lima perkara tersebut
dill.
hidup ini cukup singkat untuk dibazirkan. demi masa, hargailah. :)
thanks for sharing.
ingat 5perkara sebelum 5perkara
:)
Bila bc entry ko ni, tringat lak aku pnah tak sengaja buat bos sentap
Bos aku time tu sbuk cite psl status sgala
Aku jwb simple je 'bos, bila kita mati nanti, kita semua sama. Amalan sj yg mbezakannya'
thnks usop! =) nice entri dan sy dapat muhasabahkan diri
insyaAllah =)
rumah dan kereta besar mana pun..tapi tidak pernah nak beramal, hidup didunia adalah sia2..muhasabah buat diri sendiri :)
selagi ada masa
gunakan sebaiknya kan
:)
Setuju sangat2..bukan kedudukan, bukan rupa paras, bukan juga bentuk fizikal yang membezakan kita tapi amalan yang akan diambil kira..so gunakan masa dengan sebaik-baiknya..peringatan utk diri sendiri jugak..peaceeee :)
sesungguhnya manusia di dalam kerugian. pun begitu masih ramai yang meminta lebih dari 24 jam..
yang 4 tu, aku baru tahu.
thanks for sharing bro.
suka baca. terima kasih di atas peringatan ini. dapat tambah ilmu sedikit demi sedikit.
aku baca entry ni sambil teringat lagu raihan, demi masa :D
biar yang jahil merugikan masa mencipta mesin masa .
biar yang berakal memaafaatkan masa dengan ilmu didada (akhirat dan dunia).
done following.
http://coretpujangga.blogspot.com
mudah mudahan gunakan masa yg ada dgn perkara2 yg berfaedah :)
Skrng ramai orng habiskan masa dok on9 dpn pc.. Bw, update Blog dan satus atau tweet.. Macam2 betol...
Enty kau semakin lama semakin berilmiah la..
takde sorang pung di antara kite yg mampu ulangi waktu yg sudah berlalu walau hny sedetik dan xde sorg pun d antara kite yg mampu mengehentikan berjlnnya wktu wlau hanya sedetik sb tu lah semua pelaku maksiat di akhirat sgt menyesal dan minta dikembalikan ke dunia.
wallahualam.
perkongsian y menarik..
Tu la masa skrg semkin pantas.jarak yg jh semakin dekat.apakah maknanya itu.
Ni Shanie dtg ni.hahahahaha.....nmpk aje ko aku nye komen kan.hahaha
thanks ats perkongsiannya :)
we dont have much time..
ingat mengingati dalam ruang masa dan kesempatan yang ada ..
terima kasih
Antara dua nikmat yang manusia sering terlupa ialah nikmat kesihatan tubuh badan serta nikmat masa lapang :)
btol2..
kena sentiasa beringat n beramal sentiasa....:)
macam lagu raihan tu ha demi masa. dalam lagu bernasihat :)
Usop ! makin berilmu la entry kau usop. Good Good :)
tak semua manusia yang celik, celia pengetahuannya tentang benda2 mcm ini......thanks for sharing pak camatttttt :D
Post a Comment
Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)