Saturday, March 3, 2012

Bila tiba masa

Assalamualaikum


Kisah tentang sepasang tunang,  A dan Gadis. Kedua-duanya gembira namun berdebar memikirkan majlis perkahwinan yang dirancang bakal berlangsung insyaAllah pada bulan depan. Persiapan semua sudah di peringkat akhir. 

A satu-satunya anak lelaki dalam keluarga. Menghidapi penyakit gastrik tapi tak pernah memberitahu ahli keluarganya kerana tak mahu mereka risau. Setip kali sakit  A  hanya ke klinik mengambil ubat tahan sakit. Berulang-ulang, dari penyakit di tahap biasa hinggalah menjadi tahap kronik.

Google punya



Dari segi luaran tak menunjukkan yang  A  sedang menghidapi gastrik di tahap kronik. Sehingga satu hari tu sakitnya datang menyerang. Tapi kali ni sakitnya bukan kepalang dan tak tertahankan lagi. Diminta ayahnya tolong hantarkan dia ke klinik di kampung sebelah. 

Sesampai di sana,  A  sudah tidak bersuara lagi. Mungkin pada mulanya si ayah menganggap yang anaknya sedang tidur.. Tetapi apakan daya, Allah lebih sayangkannya. telah menyambut seruan Ilahi sebelum sempat mengambil ubat, sebelum sempat bergelar suami kepada Gadis. Namun semua tu ada hikmahnya, Allah Maha Mengetahui. 

Kesedihan keluarga dan tunang tak dapat aku ceritakan, kita cuma mampu tumpang simpati tapi mereka yang merasai sendiri bagaimana peritnya rasa kehilangan orang tersayang.

Kejadian ni baru berlaku pada hari Khamis lepas dan rumah arwah tak jauh dari rumah aku. Bila tiba masa nyawa kita pasti akan dicabut dari jasad tanpa terkurang atau terlebih sedetik pun. Sudah cukupkah amalan kita? Sudah bersediakah kita?

 Al-Fatihah untuk semua mereka yang di sana.. Semoga ditempatkan bersama orang² yang beriman, aminnn. 



Sekian, wassalam.
Masih ada plan B.

32 comments:

Wadi AR said... [Reply]

ade hikmah disebalik kejadian tu yusop


:)

syafiqakarim said... [Reply]

mesti lah sedih mereka sekeluarga,
hmm.yer sop.Tuhan je mengetahui
ajal,kenapa,bila,bagaimana,semua..

semoga keluarga mereka tabah.
al-fatihah

hani said... [Reply]

agagagaaa.. nebes pulak baca entri ni. nak nak lagi akak baru pulang final cek layout kad kawen.

pun begitu, dari sudut positifnya, sesungguhnya Allah tangguhkan jodoh si gadis kerana yang TERBAIK sedang menunggunya. dan beruntunglah si A kerana sempat melihat semua persediaan sebelum ajalnya. tapi kesedihan itu yang paling berat ditanggung!oh..

-Incek Fik- said... [Reply]

Setiap perkara yang berlaku mesti tersingkap hikmah di sebaliknya... semoga keluarga mangsa serta keluarga si tunang dapat bersabar dengan suratan takdir yang telah berlaku..


*Al-Fatihah untuk Allahyarham sahabat kita, semoga rohnya dicucuri Rahmat :)

.........cP~ said... [Reply]

Salam.

Ajal tu tak datang beritahu, bulan depan aku jemput kau. Sebab tu, kena bersedia selalu. Hmm. Tapi, bersedia ke?

Amna.Qadeeja said... [Reply]

Tuhan lebih sygkan arwah. Al-fatihah tuk arwah dan takziah untuk kuarga arwah.moga tabah hadapi semua ni. setiap yg berlaku ada hikmah, Insyaallah.

Uncle Jonni said... [Reply]

Al-Fatihah....

Cik tikah said... [Reply]

:(

Lea Isnawi said... [Reply]

sedih :(

rasanya aku pun dh kena gastrik gara2 diet teruk. T_T

biela bell said... [Reply]

bahaya gastrik nie..

robotkuning said... [Reply]

gastrik tu sekadar penyebabnya.yang pastinya tidak lambat sesaat dan tidak cepat sesaat pun bila sudah tiba masanya.

Al-Fatihah.

Rapunzel Cikilolo said... [Reply]

nice entri. aku baru gado ngan bf. bile bace cerita ko. terus nak pegi mntak maaf skang.

Muhammad Saiazuan Norhalik said... [Reply]

al-fatihah..

it is one sad story for..

ayiehulk said... [Reply]

al-fatihah pada A dan salam takziah buat family nye...
dah ajal, nak buat macam mana kan..
kena lah redha..

tuhan nak ambil, tak kire, esok nak kawin ke, da sunat ke, da habis degree ke, bila tiba masa, kita pergi x lambat sedetik pon...

moral of the story, betaubat aku sekejap... ye lah, da sedia ke belom nak di jemput ilahi...
ibadat pon tunggang langgang lagi... :"(

Cik TeN10 said... [Reply]

Amin.. InsyaAllah.. Tu lah kan.. Kalau dh smpai msa tu takkan terawal atau terlambat walaupun sesaat..

cotton candy said... [Reply]

al fatihah...huhu

suzie rahman said... [Reply]

salam, al-fathihah, salam takziah wat keluarga A. xsangka gastrik boleh wat kematian. tp mmg btul ajal maut d tgn thn. sama2 kita beramal :)

Juliet_iRa~" said... [Reply]

sedihnyaa..

mmg ada hikmahnya setiap apa y berlaku..

kena banyakkan bersabar buat si gadis...sedih mmg xblh diungkapkan dgn kata2..

Noraim said... [Reply]

Al-Fatihah utk keluarga arwah.

Siapkan diri dgn amalan utk menghadapNya.

si robot comel said... [Reply]

sedih :(

al-fatihah,moga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman,amin.

Zakaria's daughter said... [Reply]

setiap kejadian pasti ada hikmah.

errr. wa touching wehhh T___T

takziah kt dorang .

alfatihah buat si arwah.
semoga ditempatkan antara org2 yg soleh.

amin

semutsengal said... [Reply]

Errr,


dah ajal kan. Nak buat cmne kan. huh.




#eh, usop. esok aku pm entri yaa. =)

FIFIEY LYCHEE MARATION said... [Reply]

pasti semua berdukacita. salam takziah buat keluarganya!!!

BENA said... [Reply]

Al-fatihah ,
semestinye bila orang tersayang pergi untuk selamanya akan sedey. hanya orang yang mengalaminye akan tahu perasaannya .


# pakcik utop! ank sedara angkat mu ini nak bertanyakan sesuatu. tapi segan la pulak. heeee :P

ABU said... [Reply]

Alfatihah sedih la pulak... Semoga dia ditempatkan bersama2 dgn orng2 yg beriman..aminn..

Ezad Skytech said... [Reply]

Al-Fatihah...

kadang2 kita tak jangka akan berlaku sepantas itu kan...ajal maut semua kekuasaanNya...

faridah nazurah said... [Reply]

al-fatihah..

sedih pulak aku baca. tapi takpe semua ni ada hikmahnya

HeNRieTTa JoSe said... [Reply]

Memang ada hikmat disebaliknya sof....pape pown AL-FATIHAH....and rietta tetap sedey....pernah merasa kehilangan dia dia dan dia....huhuu....

C.M.A @ CikMoonAdnan said... [Reply]

mmg sedih..

xde sape akan terlepas dari kematian..kan..

bersedia atau tidak.. kita tetap akan menghadapinya..

c'axoera ヅ said... [Reply]

biarlah.......yang hidup lawannya mati.......yang mati lawannya hidup kembali NANTI kiamat nanti :D

Hanie Dew said... [Reply]

tu la. masa tidak pernah akan menunggu kita. ajal itu pasti.

eh eh nanti ko x-change ngan anep. bila bila. cepat la publish.

Jue said... [Reply]

masa mmg tidak menunggu kita tp tu la, kita sentiasa lupa

Post a Comment

Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)

Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails