Showing posts with label demi masa. Show all posts
Showing posts with label demi masa. Show all posts

Friday, March 2, 2012

Demi masa | دمي ماس

Assalamualaikum


Tajuk khutbah Jumaat dekat tempat aku tadi berbunyi "waktu itu kehidupan." Waktu (masa) tak akan mampu dibeli mahupun diputar balik walau sedetik. Berbaloikah kita hidup jika masa yang ada tidak kita hargai dan syukuri ?

Antara ayat yang aku ingat dalam khutbah tu berbunyi lebih kurang macam ni,

Seseorang manusia itu dipandang bukan dari segi tinggi  kedudukan ayau pangkatnya, tetapi dia dipandang dari segi bagaimana dia beramal untuk Allah dan agamanya (Islam)..

Andai saja hidup ini ibarat teritip, masa yang lepas mahu saja dihargai dan dikutip.

..Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian. Ingat lima perkara sebelum lima perkara..

1. Masa sihat sebelum masa sakit.
2. Masa muda sebelum masa tua.
3. Masa kaya sebelum masa papa.
4. Masa lapang sebelum masa sibuk.
5. Masa hidup sebelum masa mati.."


Empat perkara yang  akan disoal oleh Allah di Padang Mahsyar.
1. Umur - Dimana dihabiskan, untuk maksiat atau taat. Nabi memuji orang yang “tua dalam Islam” iaitu orang-orang yang Islam sejak dari muda lagi. Kata Nabi lagi, Orang yang paling baik ialah orang yang umurnya panjang dan lidahnya masih basah berzikir mengingati Allah. Dalam satu hadith qudsi, Allah bersama orang yang berzikir selagi bibir mulutnya masih bergerak mengingatinya.
2. Ilmu - Antara ilmu yang wajib dipelajari ialah Fardhu Ain seperti ilmu akidah iaitu ilmu tentang ketuhanan. Selain itu apa-apa ilmu yang dipelajari hendaklah diamalkan walaupun ianya hanya sunat, (sekurang-kurangnya sekali seumur sehidup-bagi perkara sunat)
3. Harta - Setiap sen yang diterima dan dibelanjakan akan ditanya tentang halal haramnya.
4. Tubuh Badan - Akan ditanya “dimanakah tuanya badan”, samaada tubuh badan diguna untuk perkara baik atau jahat.


Sekian, wassalam.
Masih ada plan B.
Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails