Monday, March 5, 2012

Air Terjun Kota Tinggi popular (bhg. 1)


Bermandi-manda sambil berenang adalah antara aktiviti yang menyihatkan badan. Siapa² yang ada kolam renang dekat rumah tu mungkin tahap kejakukan untuk berenang tu kurang kot... Dah lama tak berenang di air yang tenang, biasa berenang dekat Pantai Tanjung Balau je.

Jadi untuk mengurangkan kejakunan dan kerinduan berenang tu aku buat keputusan bermandi manda pada minggu lepas bersama Aerul dengan Amen. Sorang lagi cancel pada minit akhir. Bertiga pun ok, asal dapat lepaskan angin dalam air kerinduan berenang tu ok la kan. Kamera PaSaiPa aku tiba² buat hal sebelum pergi tu, agak spoil jugak la. Mujur Aerul bawak kamera Cyber-shot merah jambunya.

Seingat aku kali terakhir aku masuk sini masa darjah 5 dulu. Jarak masa yang sangat lama.. Banyak jugak dah berubah, tempat ni pun kerajaan dan swastakan pada orang Singapura. Asalkan tempat ni terus popular ok la kan. "Air Terjun Kota Tinggi popular" tu pun tajuk dekat dalam surat khabar yang aku baca tak lama sebelum tu. Dari rumah aku nak ke bandar Kota Tinggi dalam 25 minit, dari bandar nak ke air terjun tu pulak dalam 15 minit je.


Sesampai je kat sana aku terus nampak gelungsur, tapi aku tahan rasa teruja tu sebab diaorang nampak saja je.. Tapi aku rasa Amen pun buat² rileks jugak sebab kami berdua dah lama tak ke sana. hahah.


Cari punya cari kami jumpa port hujung sana tu ha. Betul² bawah air terjun kecik tu. Duduk bawah tu dah boleh dapat rasa urutan bagus mengalahkan urutan mesin Gintell mahupun Ogawa. Cuma ada sedikit ganggunan mata. Sepasang kekasih bermandi-mandian manja depan mata  kami. Bosan dengan gangguan tu kami cari port dekat atas pulak. ;D


Makanan dan minuman je tak dibenarkan, tapi diaorang tak tulis dilarang makan dan minum. Jadi, bawak jajan dan minuman ringan adalah jalan yang terbaik bagi mengelak kebuluran selepas bermandi-manda.

Merasakan tangga kurang mencabar untuk sampai ke atas,  kami  memilih jalan 'pintas' yang lebih menguji kelelakian kami iaitu dengan memanjat batu. *sungguh memenatkan (kalau buat betul² la)



Wajah kesejukan + teruja. Bawah tu port yang mula² kitaorang lepak. Amen mungkin sedang mencari pasangan kekasih tadi kot.. heheh

Masa dekat atas kami terjumpa datuk kepada ulat gonggok. Tak pasti datuk ni dah ada berapa ratus cucu. Tapi yang pasti tu kali pertama kami jumpa ulat gonggok sebesar jari telunjuk.

Aerul cuba mengira jumlah kaki ulat gonggok. Namun ia terlalu banyak, dia putus asa, maka kami sambung jalan naik ke atas lagi.

Ini yang kami cari. Ibu air terjun tertinggi di Kota Tinggi. hehe. Ada la setinggi bangunan tiga tingkat beratap genting. Kawasan belah bawah tu sangat dalam. Kalau manusia paling tinggi di dunia masuk  ke situ pun boleh lemas aku rasa.

Kalau tak ada jaring ni mungkin aku berani berenang ke tempat dalam tu.. Berani pada mulut je la.. hahah

Bila kau sudah seronok, tiada masa untuk cover macho lagi ok. Setiap masa perlu dihargai sebaiknya, betul tak? Maka itu aksi² sebegini kami buat secara berulang-ulang.

Mengapungkan diri sambil menenangkan hati mampu mengelak rasa bosan. Masa ni jam dah dekat² pukul 5.30 petang. Makin petang makin ramai yang naik atas. Tak pasti apa yang diaorang cari..


Dua gambar gelungsur ni aku cedok dari Google je. Teruja  sangat mandi manda, terlupa nak ambik gambar dekat sini. ;D


Gelungsur putih tu ada la panjang dekat 200 meter macam tu. Untuk menambah rasa seronok aku menjerit masa naik berdua dengan Aerul. Ramai yang pandang, nak je aku jerit semula "saya dah bayar dan dah jerit, anda bila lagi?"

Gelungsur kuning tu pulak terbaik (mungkin sebab aku jakun) la saya cakap sama anda. Berulang-ulang aku main sampai sekali tu ada geng mamat indian mandi bawah tu masa aku turun. Ngam² pelambung biru tu kena sama dia punya kapla. Orang lain gelak. Aku pun gelak sambil mengucapkan "sorry bro" dan sambung berenang.


Bersambung

36 comments:

INNANIE ARIFFIN said... [Reply]

lama dah tak datang sinI!!!

iAmCekbolat said... [Reply]

waaaa.. ait tejun ade gelongsor !
tak gayat ke tggi sgt ? ade jumpe bunian x?

syafiqa said... [Reply]

dah lama tak pergi mandi manda sop.
betul lah.kau sopan.xde seksi.haha

YouSOF said... [Reply]

• Innanie | Ariffin > Jemput datang.. ;D


• CekbOlat-bOlat > Tak tinggi mana dan tak gayat. Enjoy je.. ;D

Alhamdulillah tak ada.


• syafiqakarim > Plan la satu masa nanti, seronok² hilangkan stress sambil berenang renangan.. heheh

Seksi² pun buat apa ia akan basi.. hahah

Unknown said... [Reply]

tapi bayaran dia mahal sangat :(

semutsengal said... [Reply]

sejuk tak usop ?


Waaahh, kalau ulat gonggok tu boleh dimakan, mesti dah pupus spesis

hani said... [Reply]

best gile rumah dekat ayaq terjuunn..
ape pun, akibat satu kjadian ngeri dulu2, aku takut air terjun mahupun laut, soo... rugi satu nikmat dunia kah?

HeNRieTTa JoSe said... [Reply]

Bestnye sungai dan hutan...rietta sangat suka...huhuhu...

Ceiler Mun said... [Reply]

pehhh. macam best je! bawak aku lepas ni. kih2.

Unknown said... [Reply]

lama gua x mandi air terjun.. jeles beb ngan lu~

Nursyahira izzati Ngadimon said... [Reply]

bestnya bestnya ! ade gelang khas for sesapaa yag masuk sini ? bayar bape 1 kpale ? WAHH ! nanti kalau p sanee ajak ayh p sinii laa ;') wahhhh !

si robot comel said... [Reply]

pergh ini menimbulkan kecemburuan tahap melampau ni, :D

Unknown said... [Reply]

hehe dah lama tak mandi air terjun. biasa mandi kolam air panas je hihi

usop, kat sintok ni selambak ulat gonggok besar camtu haha geli geleman :D

Aleen Aiden said... [Reply]

ok siap ada gelongsor, itu osem!

dill said... [Reply]

besarnye gonggok!!!

dill.

aerul bieber pedas said... [Reply]

jom p ramai2....usop bleh blanje tp tungu gaji katenye....hehehehe

aerul bieber pedas said... [Reply]

rase bertuah bile diketumukan ngan gonggok sebeso tu....yeeeee!!!!! :)

aerul bieber pedas said... [Reply]

diketumukan??? hehehehe

Ezad Skytech said... [Reply]

belum pernah lagi jejakkan kaki ke sana...kalau boleh satu hari nanti nak pergi ke sana...hee..macam best je...:D

suzie rahman said... [Reply]

salam yousof, wah nmpk menarik. lama xpg air terjun. ni skrg tgk pon dh rs sejuk. hihi. just xsuke ulat gonggok tu.eee :p

Raz said... [Reply]

"saya dah bayar dan dah jerit, anda bila lagi?"

- hahahahha. memang menarik ayat tu!

dulu mase kecik2 memang selalu g sini, tapi skarang dah tak sebab dah mahal.. memang tak setuju masa air terjun tu jadi mcm taman tema. nampak tak semulajadi dah.

Hanie Dew said... [Reply]

aku nampak ko menggigil kesejukkan. hhahaha..

baca cerita ko kat air terjun baut aku rindu kg..waaa...kalau balik kg wajib berpiknik kat Taman Bukit Tawau. Lebih kuran gcenggini jugak la view dia tapi xde gelungsur. tp ada baaaaanyak air terjun. dan air lagi seeeeejuk macma ais batu yang dah cair, ko terjun dlm tu..bbrrrrr..

Hanie Dew said... [Reply]

eh jap lupe nak cakap.. GELIIIII gilerr kat ulat gonggok tu. eee..korg bleh sentuh lagi..kalau aku jumpa cucu dia pun aku da lari sebatu.

Awie Omar said... [Reply]

Dari awieomar.blogspot baru folo sini. Keep bloging :)

ILA HonEyBuNNy said... [Reply]

besttnya...amat teruja bila dah tgk gambar....ne rasa nak g mandi manda neh..hehehhe

Rain said... [Reply]

konpius ni.. hensem hensem belaka..

hahaha..(gatai sungguh isk isk)



hati hati yep, sekarang ni penularan kencing tikus. panas panas ni, mandi air terjun memang syok! :)

Anonymous said... [Reply]

walaupun duk Johor tapi tak pernah gi sana!! hahahah

syira said... [Reply]

best2

nabByla said... [Reply]

bestnyee!!

btw, tempat nie kat mana tadi ?

kota tinggi kat ne? -.-"

anamizu said... [Reply]

datuk ulat gonggok tu...euuuwwww geli la sop =P





luv,
cik ana

Anonymous said... [Reply]

seronoknya dapat mandi kat air terjun.
baru tengah hari semalam chemay update status,
cakap teringin nak mandi sungai.
lepas baca entry yousof ni.
lagi lahhh bertambah2 keinginan tuh.
:'(

Liza Razak said... [Reply]

saya pegi air terjun kota tinggi ni 3-4 tahun lepas.lama dah x pergi..huhu

Jue said... [Reply]

wah tone color pix sgt kacak skali!

ko buat aku rs nak naik gelungsur kuning tu berkali-kali
xthn part ko nak jerit cenggitu haha

bayangkan ko buat haha

BENA said... [Reply]

fuiyooooooo ! da makin maju la air tejun kota tinggi . dulu xde pon gelongsor2 niiii . jeles sehhh ! dulu time duk joho boleh dikatakan tiap minggu aku pergi siniiii .


wahhh ! pandai kau mengapungkan diri . boleh la geng ! HAHAHA :)

najihah sahami said... [Reply]

huwaaa..jelessssnya~best giler air terjun ni.banyak kot temoat mandi. tak payah nak berhimpit ramai2. geli je.

serius kalau pegi tempat cmni, pasangan kapel lahhh yang paling tak menahan hati. haha

Unknown said... [Reply]

hahaha, mmg best pegi time bujang cam tu...

masa akak pegi tu, mandi sket2 je sbb sejuk giler pastu sibuk jaga barang....

teringin gak nk panjat atas tpi jgn haraplah sbb ada anak kecik kan, leceh sket so mandi yg cetek je...huhuuu

Post a Comment

Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)

Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails