Showing posts with label kota tinggi waterfall resort. Show all posts
Showing posts with label kota tinggi waterfall resort. Show all posts

Tuesday, March 6, 2012

Air Terjun Kota Tinggi popular (bhg. 2)


Ok ini adalah sambungan untuk bahagian 1 semlam. Ok ka ko sila kasi tahu di ruangan komen. Terima kasih.

Oleh kerana Amen telah menggigil awal² lagi, dia dengan rela hatinya menjadi tukang tangkap gambar dan rakam aksi kami.. heh heh heh.



Bosan berenang berirama, aku main terjun² botol pulak. Nak terjun bagus² susah sebab batu licin. 


 Bila tengok balik muka sendiri ada gaya dan muka Popeye pun iye. ;D



Aerul dengan aksi luah dan telan dan luah dan telan semula..





Psst: Mintak pendapat sikit tentang blog sorang mamat ni. Adakah elok ditutup terus kerana kurang sambutan?




Sekian, wassalam.
Masih ada plan B.

Monday, March 5, 2012

Air Terjun Kota Tinggi popular (bhg. 1)


Bermandi-manda sambil berenang adalah antara aktiviti yang menyihatkan badan. Siapa² yang ada kolam renang dekat rumah tu mungkin tahap kejakukan untuk berenang tu kurang kot... Dah lama tak berenang di air yang tenang, biasa berenang dekat Pantai Tanjung Balau je.

Jadi untuk mengurangkan kejakunan dan kerinduan berenang tu aku buat keputusan bermandi manda pada minggu lepas bersama Aerul dengan Amen. Sorang lagi cancel pada minit akhir. Bertiga pun ok, asal dapat lepaskan angin dalam air kerinduan berenang tu ok la kan. Kamera PaSaiPa aku tiba² buat hal sebelum pergi tu, agak spoil jugak la. Mujur Aerul bawak kamera Cyber-shot merah jambunya.

Seingat aku kali terakhir aku masuk sini masa darjah 5 dulu. Jarak masa yang sangat lama.. Banyak jugak dah berubah, tempat ni pun kerajaan dan swastakan pada orang Singapura. Asalkan tempat ni terus popular ok la kan. "Air Terjun Kota Tinggi popular" tu pun tajuk dekat dalam surat khabar yang aku baca tak lama sebelum tu. Dari rumah aku nak ke bandar Kota Tinggi dalam 25 minit, dari bandar nak ke air terjun tu pulak dalam 15 minit je.


Sesampai je kat sana aku terus nampak gelungsur, tapi aku tahan rasa teruja tu sebab diaorang nampak saja je.. Tapi aku rasa Amen pun buat² rileks jugak sebab kami berdua dah lama tak ke sana. hahah.


Cari punya cari kami jumpa port hujung sana tu ha. Betul² bawah air terjun kecik tu. Duduk bawah tu dah boleh dapat rasa urutan bagus mengalahkan urutan mesin Gintell mahupun Ogawa. Cuma ada sedikit ganggunan mata. Sepasang kekasih bermandi-mandian manja depan mata  kami. Bosan dengan gangguan tu kami cari port dekat atas pulak. ;D


Makanan dan minuman je tak dibenarkan, tapi diaorang tak tulis dilarang makan dan minum. Jadi, bawak jajan dan minuman ringan adalah jalan yang terbaik bagi mengelak kebuluran selepas bermandi-manda.

Merasakan tangga kurang mencabar untuk sampai ke atas,  kami  memilih jalan 'pintas' yang lebih menguji kelelakian kami iaitu dengan memanjat batu. *sungguh memenatkan (kalau buat betul² la)



Wajah kesejukan + teruja. Bawah tu port yang mula² kitaorang lepak. Amen mungkin sedang mencari pasangan kekasih tadi kot.. heheh

Masa dekat atas kami terjumpa datuk kepada ulat gonggok. Tak pasti datuk ni dah ada berapa ratus cucu. Tapi yang pasti tu kali pertama kami jumpa ulat gonggok sebesar jari telunjuk.

Aerul cuba mengira jumlah kaki ulat gonggok. Namun ia terlalu banyak, dia putus asa, maka kami sambung jalan naik ke atas lagi.

Ini yang kami cari. Ibu air terjun tertinggi di Kota Tinggi. hehe. Ada la setinggi bangunan tiga tingkat beratap genting. Kawasan belah bawah tu sangat dalam. Kalau manusia paling tinggi di dunia masuk  ke situ pun boleh lemas aku rasa.

Kalau tak ada jaring ni mungkin aku berani berenang ke tempat dalam tu.. Berani pada mulut je la.. hahah

Bila kau sudah seronok, tiada masa untuk cover macho lagi ok. Setiap masa perlu dihargai sebaiknya, betul tak? Maka itu aksi² sebegini kami buat secara berulang-ulang.

Mengapungkan diri sambil menenangkan hati mampu mengelak rasa bosan. Masa ni jam dah dekat² pukul 5.30 petang. Makin petang makin ramai yang naik atas. Tak pasti apa yang diaorang cari..


Dua gambar gelungsur ni aku cedok dari Google je. Teruja  sangat mandi manda, terlupa nak ambik gambar dekat sini. ;D


Gelungsur putih tu ada la panjang dekat 200 meter macam tu. Untuk menambah rasa seronok aku menjerit masa naik berdua dengan Aerul. Ramai yang pandang, nak je aku jerit semula "saya dah bayar dan dah jerit, anda bila lagi?"

Gelungsur kuning tu pulak terbaik (mungkin sebab aku jakun) la saya cakap sama anda. Berulang-ulang aku main sampai sekali tu ada geng mamat indian mandi bawah tu masa aku turun. Ngam² pelambung biru tu kena sama dia punya kapla. Orang lain gelak. Aku pun gelak sambil mengucapkan "sorry bro" dan sambung berenang.


Bersambung

Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails