Daripada Aisyah, katanya: "Rasulullah SAW lebih suka mendahulukan yang kanan dalam segala hal (perbuatan) seperti memakai terompah, bersikat, berwuduk dan mandi." (Hadis riwayat Muslim)
kaf alif nun nun |
Memandangkan mulianya yang kanan daripada kiri maka Islam menyarankan kita mendahulukan anggota kanan termasuk ketika makan, minum dan mengambil serta memberi. Bahkan di akhirat kelak orang yang menerima buku amalnya melalui tangan kanan menunjukkan ia bakal menjadi penghuni syurga dan begitulah sebaliknya.
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Jika kamu memakai sandal (kasut), pakailah yang kanan terlebih dulu. tetapi jika membukanya, yang kiri dulu dibuka. Maka yang kanan adalah yang mula-mula dipakai dan yang terakhir dibuka." (Hadis riwayat al-Bukhari)
Rasulullah SAW adalah contoh teladan terbaik dalam segenap aspek tatacara hidup seorang Muslim sama ada dari segi tutur kata, tingkah laku serta ibadahnya. Baginda mengajar kita adab sopan yang sepatutnya membezakan kita dengan penganut agama lain.
Daripada Salmat Al-Akwaa', seorang lelaki makan di sisi Rasulullah SAW dengan tangan krinya lalu Baginda menegurnya dengan bersabda: "Makanlah dengan tangan kananmu. Lelaki itu menjawab: Aku tidak berupaya berbuat demikian. Baginda bersabda lagi: Kamu tidak berupaya? Sebenarnya tidak ada sesuatu yang menghalang kamu daripada berbuat demikian melainkan kerana didorong oleh perasaan sombong. Salmat berkata: Orang itu akhirnya tidak dapat mengangkat tangan kanan ke mulutnya (cacat selamanya)." (Hadis rimayat Muslim)
Umat Islam dilarang menggunakan tangan kiri semasa makan atau minum kerana perbuatan itu melambangkan sikap orang yang sombong. Ketika melakukan sesuatu kebajikan seperti sedekah, berwuduk, memakai pakaian, hendaklah dilakukan dengan menggunakan tangan kanan atau tangan kanan didahulukan. Sementara untuk hal berkaitan membersih kotoran hendaklah dilakukan dengan tangan kiri.
Sumber : Bharian
Sekian, wassalam.
Masih ada plan B.
37 comments:
orang yang menulis tangan kiri, jgn anggap ia satu yang tak best ok.
sambungsambung..HAHAHAHAHAH
sharing is caring
setiap bnda memg digalakkan bt dengan tangan kanan
hehe
tp kalau yg kidal tu..tak pe
tp suke tgk orang yg gune tgn kidal
nmpk comel
hehee :D
dan dahulukan segala perbuatan dengan bismillah :)
owhh bab tangan kiri nih . de dulu aku penah buat entry , hee :) betol2 , dahulukan kanan kemudian kiri , tapi klo nk masuk tandas , masuk kaki kiri , keluar kaki kanan . KAN ? heeee :)
jom serbu kedaikiz . hee :P
hehehe. sokong2 kata2 semutsengal tu
bagus la entry neh. selalu dahulukan kanan
langkah kanan perkara baik..langkah kiri perkara tak baik. kan kan?hehe
tp orang tulis tangan kiri baik2..:P
betul.apa apa pun kanan dahulu :)
kalau tulis tgn kiri cmne tuhhhhh
terima kasih utk entri ni..:)
Alamak saya kidal...camne ni..hihi
bermula dengan kanan itu baik berbanding kiri.
and its a good sharing on fridayy. thank you! :)
Alhamdulillah.setakan ni suke pakai tgn kanan. =)
betul2.. fatin lak sume bnda buat pkai tgn kanan smpai tgn kiri jd slow sgt.. cthnya msa ngh mkn kan.. tgn kanan ade sisa lauk so gna mouse pakai tgn kiri.. nk klik minimize tp TERklik pangkah.. huhuhu
Hehe, rasanya semalam aku ada terbaca/terlihat/terdengar informasi pasal anggota badan sebelah kanan...banyak kebaikan mendahulukan anggota kanan kan?
ooo..aku tau. si anep tu kidal sebab komen dia camtu.huhuhuu...
oleh sebab itu tangan kanan dijadikan lebih kuat berbanding kiri. bagi yang bukan lefthanded la.
ok...semua kanan dahulu..hehe,,,;-)
salam jumaat..
Kalau berkenan nak buat sesuatu yang baik, mulakan dengan langkah kanan.
Nak kata tingginyer martabat kanan ni, sampai dalam pangkat pon digunakan istilah kanan ni; "penolong kanan"..
cuba hangpa cek, ada ker penolong kiri?
hehehee.. sekadar bergurau ^^
Oh! Tahun Baru Cina di Beijing
agak janggal bagi orng kidal mcm aku ni :)
hahahaha orng kidal oh orng kidal.. mana kau..
nak buat macam mana dah kalau kidal..
gua kanan je.. :)
hehe kalau kidal cmne?
nice entry btw :)
Ari tu aku ingat sapa la datin maimun tu.hahaha.angkara boboi rupanya.hahahaha.
akak kidal okeh..
hehe..
ade yg bertangan kidal mkn gune tgn kiri. mungkin daa terbiase, dose laa ehh?
i love right!! hahahha~
nice entry duh..=D
sye kidal,tak delah mkn tgn kiri,tp kan...kdg2 terguna tgn kiri time bg duet kat cashier..huhu,xsdr la..
Teringat pulak mase sekolah dulu,
mase tu cikgu panggil ke dpn suruh amek kertas exam yang dah dimark.
Bile dah hulur tgn, ttbe cikgu main2.kejap cikgu pegang ke atas, pegang ke bawah kertas tu. pelik lah kan. Last2 cikgu renyuk2 kan kertas exam and campak kertas exam iman kat luar pintu.
Puncanya sebab Iman amek gune tangan kiri. Adoii, mmg malu giler mase tu. Dah la kena dengan cikgu disiplin okay. Serius mase tu tak sedar Iman gune tangan kiri. sedih -,-
info yang baik nih.. pernah suatu ketika makan tgn kiri,kene tegur .. terus segan nak makan depan org pakai tgn kiri..huhu
Saya Kadal, KAnan DAri Lahir..
Si Dia Kidal, KIri DAri Lahir..
Walaupun menulis tangan kiri, makan tetap tangan kanan.. Peace yaww..
Perkonsian yg bagus bro,tq
Yousof terbaik!
aku pon kadal gak :)
korek hidung guna tangan kiri,err boleh?hehehe
tapi utk org kidal, kena praktis banyak2 baru terbiasa buat benda guna kanan
nice entry.. ;)
Good info.. tahnks for sharing..
Post a Comment
Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)