Friday, January 27, 2012

Kanan | كانن

Assalamualaikum


Daripada Aisyah, katanya: "Rasulullah SAW lebih suka mendahulukan yang kanan dalam segala hal (perbuatan) seperti memakai terompah, bersikat, berwuduk dan mandi." (Hadis riwayat Muslim)

Kanan menunjukkan makna yang baik. Oleh itu anggota kanan diutamakan dalam segala perkara dilakukan melainkan untuk mencuci kotoran atau najis di mana tangan kiri yang akan mengambil alih.


kaf alif nun nun
Memandangkan mulianya yang kanan daripada kiri maka Islam menyarankan kita mendahulukan anggota kanan termasuk ketika makan, minum dan mengambil serta memberi. Bahkan di akhirat kelak orang yang menerima buku amalnya melalui tangan kanan menunjukkan ia bakal menjadi penghuni syurga dan begitulah sebaliknya.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Jika kamu memakai sandal (kasut), pakailah yang kanan terlebih dulu. tetapi jika membukanya, yang kiri dulu dibuka. Maka yang kanan adalah yang mula-mula dipakai dan yang terakhir dibuka." (Hadis riwayat al-Bukhari)


Rasulullah SAW adalah contoh teladan terbaik dalam segenap aspek tatacara hidup seorang Muslim sama ada dari segi tutur kata, tingkah laku serta ibadahnya. Baginda mengajar kita adab sopan yang sepatutnya membezakan kita dengan penganut agama lain.

Daripada Salmat Al-Akwaa', seorang lelaki makan di sisi Rasulullah SAW dengan tangan krinya lalu Baginda menegurnya dengan bersabda: "Makanlah dengan tangan kananmu. Lelaki itu menjawab: Aku tidak berupaya berbuat demikian. Baginda bersabda lagi: Kamu tidak berupaya? Sebenarnya tidak ada sesuatu yang menghalang kamu daripada berbuat demikian melainkan kerana didorong oleh perasaan sombong. Salmat berkata: Orang itu akhirnya tidak dapat mengangkat tangan kanan ke mulutnya (cacat selamanya)." (Hadis rimayat Muslim)


Umat Islam dilarang menggunakan tangan kiri semasa makan atau minum kerana perbuatan itu melambangkan sikap orang yang sombong. Ketika melakukan sesuatu kebajikan seperti sedekah, berwuduk, memakai pakaian, hendaklah dilakukan dengan menggunakan tangan kanan atau tangan kanan didahulukan. Sementara untuk hal berkaitan membersih kotoran hendaklah dilakukan dengan tangan kiri.

Sumber : Bharian



Iklan untuk para gadis:
Kedaikiz  ada  kontes
ohsem, jom serbu!














Sekian, wassalam.
Masih ada plan B.

37 comments:

semutsengal said... [Reply]

orang yang menulis tangan kiri, jgn anggap ia satu yang tak best ok.



sambungsambung..HAHAHAHAHAH


sharing is caring

Anonymous said... [Reply]

setiap bnda memg digalakkan bt dengan tangan kanan
hehe
tp kalau yg kidal tu..tak pe

tp suke tgk orang yg gune tgn kidal
nmpk comel
hehee :D

Pamie said... [Reply]

dan dahulukan segala perbuatan dengan bismillah :)

BENA said... [Reply]

owhh bab tangan kiri nih . de dulu aku penah buat entry , hee :) betol2 , dahulukan kanan kemudian kiri , tapi klo nk masuk tandas , masuk kaki kiri , keluar kaki kanan . KAN ? heeee :)



jom serbu kedaikiz . hee :P

Lea Isnawi said... [Reply]

hehehe. sokong2 kata2 semutsengal tu

Fathiah Hamim said... [Reply]

bagus la entry neh. selalu dahulukan kanan

najihah sahami said... [Reply]

langkah kanan perkara baik..langkah kiri perkara tak baik. kan kan?hehe

tp orang tulis tangan kiri baik2..:P

syafiqa said... [Reply]

betul.apa apa pun kanan dahulu :)

Sarah Mohd Saleh said... [Reply]

kalau tulis tgn kiri cmne tuhhhhh

Anisa Hang Tuah said... [Reply]

terima kasih utk entri ni..:)

KizZ said... [Reply]

Alamak saya kidal...camne ni..hihi

Aweyn said... [Reply]

bermula dengan kanan itu baik berbanding kiri.

and its a good sharing on fridayy. thank you! :)

safurara said... [Reply]

Alhamdulillah.setakan ni suke pakai tgn kanan. =)

Cik TeN10 said... [Reply]

betul2.. fatin lak sume bnda buat pkai tgn kanan smpai tgn kiri jd slow sgt.. cthnya msa ngh mkn kan.. tgn kanan ade sisa lauk so gna mouse pakai tgn kiri.. nk klik minimize tp TERklik pangkah.. huhuhu

Unknown said... [Reply]

Hehe, rasanya semalam aku ada terbaca/terlihat/terdengar informasi pasal anggota badan sebelah kanan...banyak kebaikan mendahulukan anggota kanan kan?

Hanie Dew said... [Reply]

ooo..aku tau. si anep tu kidal sebab komen dia camtu.huhuhuu...

oleh sebab itu tangan kanan dijadikan lebih kuat berbanding kiri. bagi yang bukan lefthanded la.

ILA HonEyBuNNy said... [Reply]

ok...semua kanan dahulu..hehe,,,;-)

salam jumaat..

-Incek Fik- said... [Reply]

Kalau berkenan nak buat sesuatu yang baik, mulakan dengan langkah kanan.

Nak kata tingginyer martabat kanan ni, sampai dalam pangkat pon digunakan istilah kanan ni; "penolong kanan"..


cuba hangpa cek, ada ker penolong kiri?


hehehee.. sekadar bergurau ^^


Oh! Tahun Baru Cina di Beijing

Unknown said... [Reply]

agak janggal bagi orng kidal mcm aku ni :)

Abu Bagi said... [Reply]

hahahaha orng kidal oh orng kidal.. mana kau..

nak buat macam mana dah kalau kidal..

gua kanan je.. :)

♥ p a a n i ♥ said... [Reply]

hehe kalau kidal cmne?

nice entry btw :)

Hanie Dew said... [Reply]

Ari tu aku ingat sapa la datin maimun tu.hahaha.angkara boboi rupanya.hahahaha.

hani said... [Reply]

akak kidal okeh..
hehe..

haniamira said... [Reply]

ade yg bertangan kidal mkn gune tgn kiri. mungkin daa terbiase, dose laa ehh?

stuck said... [Reply]

i love right!! hahahha~

nice entry duh..=D

SN said... [Reply]

sye kidal,tak delah mkn tgn kiri,tp kan...kdg2 terguna tgn kiri time bg duet kat cashier..huhu,xsdr la..

Nurul Iman Rosman said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
Nurul Iman Rosman said... [Reply]

Teringat pulak mase sekolah dulu,
mase tu cikgu panggil ke dpn suruh amek kertas exam yang dah dimark.

Bile dah hulur tgn, ttbe cikgu main2.kejap cikgu pegang ke atas, pegang ke bawah kertas tu. pelik lah kan. Last2 cikgu renyuk2 kan kertas exam and campak kertas exam iman kat luar pintu.

Puncanya sebab Iman amek gune tangan kiri. Adoii, mmg malu giler mase tu. Dah la kena dengan cikgu disiplin okay. Serius mase tu tak sedar Iman gune tangan kiri. sedih -,-

Anif Abdullah| AA said... [Reply]

info yang baik nih.. pernah suatu ketika makan tgn kiri,kene tegur .. terus segan nak makan depan org pakai tgn kiri..huhu

arshad muhamad said... [Reply]

Saya Kadal, KAnan DAri Lahir..
Si Dia Kidal, KIri DAri Lahir..

Walaupun menulis tangan kiri, makan tetap tangan kanan.. Peace yaww..

Unknown said... [Reply]

Perkonsian yg bagus bro,tq

syahirooAhmad said... [Reply]

Yousof terbaik!

Khairi Fakhri said... [Reply]

aku pon kadal gak :)

aiEz said... [Reply]

korek hidung guna tangan kiri,err boleh?hehehe

syakirahmn said... [Reply]

tapi utk org kidal, kena praktis banyak2 baru terbiasa buat benda guna kanan

nabByla said... [Reply]

nice entry.. ;)

burnkelana said... [Reply]

Good info.. tahnks for sharing..

Post a Comment

Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)

Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails