Saturday, November 26, 2011

Awal Muharam 1433H




Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.


Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.


• Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.

• - Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali.
- Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali.




Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

Melapangkan masa/belanja anak isteri.
Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

Memuliakan fakir miskin.
Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

Menahan marah.
Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

Menunjukkan orang sesat.
Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

Menyapu/mengusap kepala anak yatim.
Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

Bersedekah.
Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya pada neraka jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti . Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

Memelihara kehormatan diri.
Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

Mandi Sunat.
Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

Bercelak.
Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali.
Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

Sembahyang sunat empat rakaat.
Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala."

Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.

Menjamu orang berbuka puasa.
Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

Puasa.
Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya pada neraka.
Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala."



Sekian, wassalam.
Masih ada plan B.


42 comments:

Rtp Farra Arisha said... [Reply]

berdoa untuk kesejahteraan dan kedamaian semua orang, anytime, anywhere..

salam maal hijrah sebelumnya :))

abyahuys said... [Reply]

:)

Anisa Hang Tuah said... [Reply]

Semoga tahun baru ini menjadikan kita org yg lebih baik dlm semua hal :)

Si Orkid said... [Reply]

trme kasih atas perkongsian ni encik yousof..hehe

Nia Ridzwan said... [Reply]

perkongsian yang menarik. syukran ya akhi.

salam muharam =)
jom berubah dari buruk kepada baik, baik kepada terbaik.

Ceiler Mun said... [Reply]

thanks :)

wenk said... [Reply]

nice info bro

Cik TeN10 said... [Reply]

Betapa besarnya fadilat yang Allah kasik kan.. Sempena tahun baru ni sama2 kita berubah ke arah kebaikan.. Thanks for sharing.. :)

ch000tz said... [Reply]

salam maaj hijrat pak samat :D

BENA said... [Reply]

salam maal hijrah Encik UTOP . jom sama2 kite membuka kehidupan baru . tinggalkan yang buruk . amalkan yang baek2 .



InsyaAllah ;)




#dulu dekat kolej selalu buat ramai2 baca doa akhir tahun dengan awal tahun ;)

ankeljonni said... [Reply]

terima kasih...

dill said... [Reply]

Salam Ma'al Hijrah. terima kasih, yousof atas ingatan :)

dill.

khairul akmal bin azman said... [Reply]

bagusnye tips!

WZulhilmi said... [Reply]

Salam Maal Hijrah. Thanks for all the info. =)

azalia hjsalleh said... [Reply]

suka entri nie
thanks for sharing this info ;)

Lea Isnawi said... [Reply]

sabar menunggu 10 muharam

salam maal hijraj yoosuf taiyob

Qistina said... [Reply]

salam maal hijrah~

hope thn ni lbeh baek dr thn lepas :D

aiEz said... [Reply]

yousof,salam maal hijrah...semoga ada perubahan pada diri dan penghijrahan yg dilakukan nanti mendapat keredhaanNya..^^

si ngokngek said... [Reply]

salam maal hijrah,buang yg keruh,ambil yg jernih..:))

Wanie said... [Reply]

salam maal hijrah :)

stuck said... [Reply]

salam maal hijrah..=D

syakirahmn said... [Reply]

salam maal hijrah ;)

Syahirah Suhaili said... [Reply]

banyak nya fadhilat yang allah bagi kan..salam maal hijrah usop! smoga lembaran baru membawa perubahan yang lebeh diredhai allah :D

cik wanie Lovela (CWL) said... [Reply]

SETUJU

Unknown said... [Reply]

selamat beramal :)

adwafarahin said... [Reply]

salam maal hijrah! adwa pon ingat nk berpuasa bulan muharam nie ^^

thanx share!

laskar pelangi said... [Reply]

salam maal hijrah;)

Adam Ikan said... [Reply]

insyallah amin :)

http://seliparhitam-taliturqoise.blogspot.com/2011/11/contest-blog-simple-by-bubu.html

sila lawat . hang kna tag!

Cik tikah said... [Reply]

salam maal hijrah jugak YOUsuf :)

Cik Anita said... [Reply]

terima kasij atas infonya.

:)

Nurrul Hazieqah said... [Reply]

SALAM maal Hijrah..
semoga tahun ini lebih baik daripada sebelumnya :)

ishiko said... [Reply]

setiap amalan ada pahalanya
pemurahkan

Masyallah ^^

syahirooAhmad said... [Reply]

terima kasih sahabat.. :)

♥ p a a n i ♥ said... [Reply]

salam maal hijrah.. semoga tahun ni azam2 baru akan terlaksana.. :)

InsyaAllah puasa jom!

Unknown said... [Reply]

wahhh..bulan yang mulia..ayuh!!hehe..apik nak buat smeua tu..tapi kena ikhlas..

Asrul "iLham" Sany said... [Reply]

perkongsian ilmu yg pintar

:)

Ca Ezah said... [Reply]

banyak fadhilatnya ye..insyaALLAH ku cuba melaksanakan.. :)

Nalisa Syahira said... [Reply]

ooo , insyaallah cuba buat .

anie said... [Reply]

bulan yang mulia ,banyak fadilatnya

Unknown said... [Reply]

salam maal hijrah :)

anie said... [Reply]

terimakasih kongsi ilmu

nabByla said... [Reply]

salam bulan muharram.. masih x terlambat nak ucapkan? :)

Post a Comment

Tinggalkan komen² wangimu di bawah ini ↓ ;)

Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails